Fri. Jan 17th, 2025

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI – KONICHIWA CAFE

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (19)

KONICHIWA CAFE, BANGI – MUSLIM JAPANESE, WESTERN, LOCAL CUISINE.. MACAM-MACAM2 ADO!!

Hebat dan kagum dengan idea bijak pemilik Konichiwa Cafe di Bangi untuk membuka Restoran Masakan Muslim Jepun yang pertama di Malaysia berkonsepkan sajian masakan Jepun, Barat & Tempatan di bawah satu bumbung. Ini berjaya memikat hati Mommy sebagai peminat makanan Jepun tegar.

KONSEP RESTORAN

Berpeluang untuk datang dan merasa sendiri makanan di Konichiwa Cafe semalam (Sabtu, 04032017), di fikiran Mommy.. kalau dah makanan Jepun, mesti sushi over banyak! Woohaa!! Terima kasih sahabat Blogger KBBA9 yang sudi ajak.

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (16)

Apabila sampai je depan restoran ini, terpampang besar nama kedai Konichiwa Cafe. Hiasan dalamannya bagi Mommy agak kemas dan rasa terpanggil untuk duduk melepak sambil layan sushi. Rileks dan selesa je..

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (21)

Perkataan Konichiwa membawa maksud Selamat Tengahari/Petang/Malam/Hai semua..

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (4)

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (22)

MAKANAN

Rupanya, bukan makanan jepun sahaja yang dihidangkan. Konsep restoran muslim jepun ini turut menyediakan makanan Barat & Tempatan. Haaaa. Untung.. Bukan semua orang suka makanan Jepun kan? Jadi dah tak payah nak berpisah untuk makan kat tempat lain. Semua boleh makan di bawah bumbung yang sama.

Untuk pengetahuan korang, restoran ni baru 1 bulan++ dibuka. Masih dalam proses memohon sijil Halal daripada Jakim. Namun, produk yang digunakan memang ada sijil Halal. Jadi, jangan risau..

Menu akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa. Range harga makanan dan minuman di sini bermula dari 50 sen sehingga RM39.90 sahaja. Tak mahal kan??

Ok jom tengok apa yang kami sempat nikmati semalam.

Japanese Section

Untuk Japanese Section, ada Japanese Appetizer seperti Cheezy Tori Karaage, Agedashi Tofu. Pilihan makanan lain antaranya ialah Japanese Sushi Jumbo Roll, Japanese Sushi Temaki/Hand Roll, Japanese Small Roll, Japanese Bento, Teppanyaki & Noodle (Udon).

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (20)
Heaven!!
RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (3)
Tokyo Drift. Ini Mommy sempat makan.. Wasabi tak pedas beb! Hahaha..
RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (1)
Okonomiyaki – Ini adalah Japanese Seafood Pizza
RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (1)
Agedashi Tofu – deep fried soft tofu
RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (1)
Bento Set. tengok ChawanMushi tu, teringat anak-anak. Favourite dorang tu..
RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (1)
Set ni nampak Aben makan. Sedap katanya. Hii. Tengok pun terliur. Tapi dah kenyang makanan lain dah..
RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (8)
Cheezy Tori Karagae atau Jepun punya ayam goreng cheese. Sedap ni.. Takdan toleh dah licin.
RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (5)
Udon. Fuh dah lama cari. Last makan 2008 kot. Nangis! Haha Sedapp!!

P/s : Wasabi tak pedas beb. Tapi korang boleh request wasabi yang take away punya. Haa. Yang tu pedas. Soyu mereka pun agak masin. Mommy ada request kicap manis semalam. Tapi kena gelak. Hahhaha. Lidah melayu beb..

Western Section

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (1)
Grilled Chicken Chop super sedap dan lembut.

Selain chicken chop, ada lagi pilihan lain antaranya Lamb Chop, Spagetthi dan Aglio Olio.

Malaysian Section

Seleksi makanan tempatan yang sempat kami rasa antaranya ialah Mee Udang Serai, Mee Kari Bonda dan Konichiwa Fried Rice.

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (18)
Set Mee Udang Serai
RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (6)
Mee Kari Bonda dap dapnyee
RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (6)
Specialty mereka – Nasi Goreng Konichiwa

Menu untuk anak-anak pun ada tau..

Air pilihan Mommy semalam ialah Banana Milkshake ini..

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (6)

Gambar-gambar lain korang boleh tengok di Instagram @konichiwacafe sendiri ye..

Sesi beramah mesra dengan Owner & Chef

RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI - KONICHIWA CAFE (13)

Chef Jeffri yang sediakan makanan di restoran ini sebenarnya dah ada pengalaman selama 32 tahun dalam bidang menyediakan makanan Jepun ni. Dah berhijrah ke Malaysia semula selepas 15 tahun di Dublin.. Dia sendiri yang sediakan hidangan sushi & teppanyaki untuk kami hari ini.. Sedikit modifikasi untuk makanan Jepun telah dibuat untuk menjamin makanan yang Halal. Sebagai contoh, bahan makanan seperti gula melaka digunakan menggantikan Mirin.

Untuk pengetahuan korang, mereka turut menyediakan khidmat catering, majlis harijadi, sajian berbuka puasa dan take away service.

KAT MANA RESTORAN NI?

Mudah je. Korang boleh search terus Konichiwa Cafe di Maps/Waze. Ia terletak sebaris dengan D’One Steak, Bandar Baru Bangi. Atau korang klik je maps link ni : KonichiwaCafe maps

Alamat:

Konichiwa Cafe, No 9, Jalan 6/7B Persiaran Pusat Bandar 2, Seksyen 6, Bandar Baru Bangi.

Waktu beroperasi :

  • Selasa-Ahad : 12 tengah hari – 10 malam
  • Jumaat : 2 petang – 10 malam
  • Isnin : CUTI

Sebarang tempahan, korang boleh hubungi 012-2002090.

Serius, rasa nak repeat! Tak puas lagi makan! Hahahaha.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

13 thoughts on “RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI – KONICHIWA CAFE”
  1. memang suka makanan jepun terutamanya sushi sebab ringkas dan mengenyangkan ngan pelbagai pilihan …

    tq yb info dalam blog….sebab memang bukan senang nak cari makanan jepun yg halal ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!