Sat. Mar 22nd, 2025

RESIPI PAVLOVA MUDAH & SEDAP

RESIPI PAVLOVA MUDAH & SEDAP
RESIPI PAVLOVA MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum. Nah. Sape nak???

Ya iyalah. Ini namanya PAVLOVA.
Hasil kerastangan Mommy & Daddy pada Sabtu malam yang lalu.
Perdebatan idea sentiasa berlaku untuk TAKNAK FAIL ketika buat nih. Kos bukan murah. Harus la hati2. Beb, buah saje pun dah RM20. Hadeyyyy

Disc:

  • 1 mixer yang wajib beli kalau xde (kau rajin nak pukul pakai tangan?)
  • 4 biji Putih Telur (kuning tak perlu langsung)
  • 200 gram @ 1 cup Gula Caster
  • 1/2 tsp @ 2.5ml Esen Vanilla
  • 1/2 tbs @ 4gm Tepung Jagung
  • 1 tsp @ 5ml Cuka
  • Kertas minyak utk alas loyang
    [tsp = tea spoon, tbs = table spoon]
p/s : beli je jenis-jenis cup & sudu macam dalam gambar nih.. yang hijau tu. serius sgt membantu. Mommy beli kat Daiso. RM5.

Topping:

  • 240ml whipping cream (any brand. Mommy nak beli brand Anchor, tapi nan hado ler pulak. Sbb Anchor nice, kurang manis. Tapi Emborg pun ok!)
  • 20 gram @ 1 tbs + 1 tsp Gula Caster
  • Buah2 (strawberry, blackberry, mango, aprikot, etc)
  • Sejukkan whipping cream & buah2 tu (bukan bekukan). Mommy keluarkan untuk snap gambar aje. hiii

CARA BUAT PAVLOVA MUDAH & SEDAP

Disc

1. Masukkan putih telur ke dalam bowl yang kering. Lap betul-betul sampai kering ok!

2. Putar sampai berbuih.

3. Masukkan gula sedikit demi sedikit selepas putih telur itu berbuih.

4. Jangan mix gula dan putih telur tu dari awal.

5. Putar sampai berkrim dan berkilat.

6. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.

7. Putar sampai jadi bertanduk bila angkat mixer, dan bila cuba terbalikkan macam ni, tak jatuh pun. Itu tandanya dah lulus! (Mommy takut-takut gak nih nak terbalikkan terus. kahkah)

8. STOP MIXER

9. Masukkan tepung jagung dan cuka ke dalam adunan tadi. Gaul guna senduk kayu / senduk yang ada sekali masa beli mixer Pensonic RM79.90 nih

10. Gaul sampai sebati. Tak perlu lama.

Cun?

12. Alas dengan kertas minyak. Kemudian buat la bentuk bulat yang tinggi tapi rata. Sebab nanti nak letak topping. tapi Mommy hentam je. Kertas minyak pn xde. Letak secalit je butter supaya x melekat. Hiii.. Jangan tiru.
13. Letak dalam oven. Oven ni warisan turun temurun. Pinjam mak punya. Hiiiiii
 

12. Bakar dengan suhu 150 celsius selama 60 hingga 75 minit atau nampak perang-perang cun

13. Bila dah masak, biar seduh (sejuk sendiri) dalam oven tu dulu. Kang baru keluarkan.

Hasil titik peluh membuat disc.

TOPPING

1. Sementara tunggu disc masak, pegi bekukan sekejap bowl & pemutar mixer tu. Tips ini sangat ok untuk putar whip cream nanti.

2. Masukkan whip cream dan gula caster

3. Putarkan sampai sebati. Tapi putar jangan lama sangat. Make sure gebu-gebu dan masih warna putih. Kalau terlama putar, nanti krim tu jadi kuning (tanda pecah minyak)
p/s : camne Mommy tau? Weols tpksa buat 2 kali malam tu. Sebab terlajak. Hahah

4. Piping & hias dengan buah2

Tadaaaaaaaaa

Tips: Boleh kurangkan gula castor tu sket, kalau xnak manis sangat. Tapi bila letak buah2an masam nih, akan jadi neutral balik. Cara makan ialah, kena sudukan semua sekaligus. Jangan miss makan buah sekali. Ngam???Chaiyokkkkkkkk

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “RESIPI PAVLOVA MUDAH & SEDAP”
  1. Next time try guna non dairy whipping cream pula… best pd tekak sy dan nk pukul sampai kental pun x cerewet dan lebih senang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!