Tue. Dec 3rd, 2024
Salam
Selalunya ada nampak orang jual online. Dan pernah jugak beli. Tahun lepas, Mommy siap tolong jual. Memang sedap. Tapi kadang2 tu, ada yang letak perasa macam ajinomoto. Hidung hamba nih keturunan raja. Kena jaga. So xle over sangat. Japgi paham2 jelah.. Hihihi
So, nak dijadikan cerita, Daddy share resipi nih kat FB. So, weols beli bahan kat Aeon malam tu. Simple sangat lah.
While waiting for berbuka puasa semalam, Daddy yang amat teruja, x sempat tunggu Mommy tolong (ececey), yo lah.. Chef Daddy memang rajin pun bab masak. Kalah Mommy. Kalau dia nak sesuatu, dia akan rajin pegi dapo. X mintak tolong pun. Hii. Kredit utk Daddy. Mommy cuma bagi pendapat je sket2 tentang cara nak potong etc.
So bahan2 ialah
1) Crab Stick Halalan Toyyiban
2) Daun Kari (sedih gila dok KL. Daun Kari pun kena beli)
3) Minyak sayur utk deep fry kalau boleh
4) Serbuk Kari
5) Serbuk Cili / Chilli Flakes
6) Lada hitam
7) Garam
8) Gula (optional)
Cara buat
1) Buka gulungan crab stick itu
2) Potong halus2 memanjang untuk dapat hasil yang banyak. Jangan buat sikit, rugi sebab sedap!
3) Letak dalam satu bekas, then tabur serbuk kari, serbuk cili atau chilli flakes tu, lada hitam, garam, daun kari. Perap sekejap.
4) Jangan guna sebarang perasa. X elok untuk kesihatan.
5) Panaskan minyak (medium heat). Jangan tinggi takut hangit. Jangan slow takut makan minyak & lembik nanti
6) Goreng sampai jadi brown2 gitu (sekali daun kari tau)
7) Tos & letak atas kitchen towel (tisu dapur)
8) Simpan dalam bekas kedap udara
X sempat tunggu esok, habis malam tu jugak.. Hahaha
Tq Daddy. Nanti Mommy buat version Mommy. Yang malam tadi, ada besar, ada kecik. Hiii. 1st time la katakan.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!