Tue. Dec 3rd, 2024

RESIPI MUFFIN PISANG CHOC CHIP KUKUS

Assalamualaikum
Bosan tul pk pisang yang cepat lebam nih. Kerap jugak la bazir cmtu je. Sebab xtau nak masak ape. Ye la. Hamba ni kan ‘rajin’ masak. Hahaha.
So, memikirkan pisang ni sayang bebenor nak buang, Mommy ambil resipi nih dari IG Magh. Tq Magh.
Ni ha hasil Mommy. Hihihi
 
Resipi:
1/2 cup oil (Mommy guna olive oil)
1/2 cup molasses
1 biji telur
1 cup tepung gandum (Mommy guna Superfine flour sbb x perlu ayak)
1 tbs serbuk koko
1/2 tsp soda bikarbonat
Secubit garam
1 biji Pisang (Mommy saje ltk lebih sbb dah lebam sgt)
Cara2:
1. Blend oil, molasses, telur
2. Gaul dengan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam
 3. Jadi cmnih. Mommy mula2 macam pelik. Xkan kena letak cecair apa2 pulak kan?
4. Letak pisang, terus ok.. Hiii
 5. Scoop masukkan dalam papercup tapi cup Mommy tu agak besar. Kompem dapat besar2 je size nanti. So scoop 1/2 papercup tu je.
6. Assistant Mommy, si kakak tu busy dengan archery game yang Daddy baru beli. So Mommy je la buat semua 100%. Ikutkan ni feveret ni kena tabur choc chips.
6. Didihkan air then kukus 10 minit
 Siap
Review: Gemuk sket. Hiii. Rasa nyum2. Dalam masih rasa pisang sebab td Mommy lenyek2 je masuk dalam adunan kan?
Kakak??
Dengar je Mommy buat cupcake.. Laju la nak makan. Abeh 2 cups.
Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!