06/12/2023
vitamin e CREAM cosmoderm untuk kulit kering

VITAMIN E CREAM COSMODERM

Mommy balik dari Korea dah dekat 2 bulan dah. Dan sepanjang 5 hari di sana, Mommy setia dengan set travel Cosmoderm untuk menjaga kulit Mommy.

INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM TRAVEL PACK COSMODERM

Namun selepas pulang dari Korea, Mommy tak tahu mana Mommy campak Vitamin E Cream tu. Yang lain ada, Mommy syak anak-anak ambil main & tak tahu letak mana.. Huwaaaaaaaaaaaaaa..

Berkira-kira nak beli lagi sebab dah serasi sangat, tapi asyik terlupa je.

Dan kesannya, muka Mommy makin dry! Nampak kering dan kasar. Stress betul!!

Dan pelbagai krim Mommy dah cuba sepanjang 2 bulan ini, keadaan masih sama.

Dan baru-baru ini kan Mommy ada kemas rumah sewa untuk berpindah ke rumah sendiri, tetiba Mommy terjumpa bawah katil Hannah. Ohmai! Kat sini rupanya!! Mommy rasa, Mommy yang bawa ke bilik tidur. Lepas tu, jatuh bawah katil Hannah. Hahahaha. Salah sendiri la ni.. Sori anak.. Hii..

Jadi, sepanjang seminggu Mommy di rumah baru ini, Mommy amalkan semula Vitamin E Cream Cosmoderm 3000 I.U ini.. Sapu je setiap kali lepas mandi..

VITAMIN E CREAM COSMODERM 3,000 I.U

Ciri-ciri Vit E ini adalah:

  • Penyelamat kulit daripada kering, diperkaya dengan minyak Vitamin E, Minyak Rosehip dan Minyak Zaitun
  • Melindungi kulit dan menghalang kekeringan melampau yang boleh menyebabkan kulit mengelupas
  • Membantu mengurangkan garis halus, kedutan, parut dan kulit kusam
  • Yang bestnya, semua produk Cosmoderm memang selamat dan Halal!

Dan dalam masa yang sama, Mommy minum air kosong lebih banyak dari biasa.

Magiknya, Mommy dah mula rasa kulit makin lembap. Nak apply foundation pun mudah sikit dari sebelum ini. Ahhhh bestnya. Tak rugi amal Vitamin E Cream Cosmoderm untuk kulit kering cam Mommy ni ha.. Lupakan yang lain. Paling best, murah der!!

Baca Juga :  TIPS EFEKTIF ELAK BIBIR KERING, PECAH DAN MENGELUPAS DENGAN LIPBALM NUUR SUCHI

Tergugat pula tengok sahabat Mommy, salah seorang #hdaecrew dah borong Cosmoderm ni. Banyak pulak tu. Katanya untuk rawat wajah kusam dan nak hadiahkan untuk adiknya sekali. Masalah yang sama dengan Mommy la.. kulit kering!

CARA RAWAT KULIT KERING CUBA VITAMIN E CREAM COSMODERM

Jeles. Jeles. Nak juga la.. Hehe..

24 thoughts on “CARA RAWAT KULIT KERING DENGAN VITAMIN E CREAM COSMODERM

  1. salam kak..sy baru guna produk cosmoderm luminous tue..tp macm xserasi ngan sy..wajah saya macam gelap..tp still pakai lagi sebb xcukup sebulan dan xhabes lagi satu set sy pakai..agknya xserasi ngan sy ker cmne yer?

  2. salam kak..sy baru guna produk cosmoderm luminous tue..tp macm xserasi ngan sy..wajah saya macam gelap..tp still pakai lagi sebb xcukup sebulan dan xhabes lagi satu set sy pakai..agknya xserasi ngan sy ker cmne yer?

      1. saya xda ig sis..saya baru tau tadi..sebb saya ad makan ubat untuk hilangkan panau di muka..so effect dia kulit jadi burn..xpe sis..sy continue jer pakai..tq yer

      2. Sis boleh ke Facebook Cosmoderm dan DM untuk mendapatkan konsultasi. Ataupun whatsapp no. ni untuk bertanya (waktu pejabat sahaja)

        016-2104287 (waktu pejabat sahaja)

  3. Salam kak saye pakai prodok ini nak hilang kan jeragat di karenakan pakai tak sesuai sye nak hilangkan jeragat ini dgn pakai yang mana ye

  4. Saya dh guna cream 3000 2 bulan sebab kulit kering dan sensitive..semua ok..tp sekarang naik byk jerawat di dahi dan tepi telinga..besar2(tk pernah sblum ni)..apa cdgan..kena tukar ke tea tree oil ke camne??

    1. vitamin e tu, sy akan stop klu ada nampak jrwt naik.. sy akan pkai time kulit sihat shj.. pencuci muka boleh guna TTO Cosmoderm, ssuai utk yg berjerawat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!