Panas atau sejukkah warna daku”
Akhirnya malam yang ditunggu telah tiba. Itu pun Mommy terlambat juga. Hihi.
So, menurut video yang Puan Wawa share dalam entrinya, warna terbahagi kepada 2 jenis iaitu Warna Panas dan Warna Sejuk.
Menurut Puan Wawa lagi, walaupun tergolong dalam kategori Cool colours (warna lembut), tidak bermakna golongan ini berpewatakan lembut, mesra atau mudah didekati. Manakala mereka yang di dalam Warm colours, tidak pula bermakna mereka ini pemarah atau ganas. Jom baca lagi..
Topik yang diajar malam tadi ialah “teknik melalui warna“.
Soalan pertama dari Puan Wawa ialah melalui gambar ini..
Jawapan rata2 ialah yang ketiga dan memang tepat. Kombinasi warna merah dan hitam ialah kombinasi kontra yang paling maksimum! Lantas, ia mencirikan imej “powerful”. Contoh yang diberikan ahli KBBA ialah Donald Trump. Bijak betul. Mommy pun setuju!
Cuba tengok imej Donald Trump dalam The Apprentice. Tak hensem pun tapi nampak tak kewibawaan beliau. Ahaha. Mampos kalau dia saman Mommy sebab cakap dia tak hensem. Agaga.
************
TIPS WARNA UNTUK SI DIA BERBADAN KURUS – COLOUR BLOCK
Jawapan Puan Wawa, colour block akan buat penampilan orang yang kurus nampak besar. Ihihi. Itu sebab penting untuk Mommy!
Contoh gambar colour block yang Puan Wawa beri ialah ini
************
TIPS WARNA UNTUK SI DIA BERBADAN COMEL – MONOCHROMATIC COLOURS
Mono di sini mengikut fahaman Mommy ialah single atau satu. Untuk yang berbadan gempal atau comel, pilihan warna yang sesuai menurut Puan Wawa ialah Monochromatic colours. Penampilan warna monochromatic akan menampakkan diri lebih kurus. Contoh yang diberikan puan Wawa ialah seperti ini:
Monochromatic colours = Warna yang sama dari atas sampai bawah, akan menampakkan diri lebih kurus.
Juga, ada sedikit tone shading 1 warna seperti ini, akan menghasilkan ilusi kurus.
Menariknyaaaaaa!
************
Mommy juga ada tunjukkan gambar Mommy yang ini kerana pilihan warna tudung yang kadang2 Mommy main hentam je nak match dengan pakaian Mommy.
Menurut Puan Wawa, dalam Mix & Match concept, jika kita nak kombinasikan warna, sebaik-baiknya 2 warna sahaja. Pilih 2 warna yang menampakkan ciri elegan. Komen Puan Wawa untuk gambar Mommy ini, “nice.. i like. the belt make the outfit look exclusive”
Gitu.. Mujurlah 2 warna sahaja yang Mommy guna ni. Fuhhhhh. Ingat! 2 warna!!