Fri. Jan 17th, 2025

PUNCA TRAGEDI REMPUHAN DI MINA

Punca Sebenar Tragedi Rempuhan di Mina yang Korbankan 717 Jemaah.
p/s : Daddy khabarkan ketika kejadian, beliau tak berada di situ. Dan dengarnya bukan laluan orang Malaysia. Hmm..
Makkah: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan berkata tragedi rempuhan yang mengorbankan 717 jemaah haji di Mina petang semalam, berlaku berikutan pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan.

Jurucakap kementerian itu, Mejar Jeneral Mansour al-Turki berkata, cuaca panas serta keterujaan jemaah juga menyumbang kepada bencana itu yang dianggap paling buruk dalam sejarah 20 tahun musim haji. 

Menurutnya, tiada petunjuk pihak berkuasa haji Arab Saudi patut dipersalahkan dalam kejadian malang itu. 

Menurutnya, Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Salman sudah mengarahkan siasatan menyeluruh kejadian berkenaan. 

Sementara itu, dua jemaah yang terselamat dalam kejadian itu juga berkata, tragedi berlaku akibat pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan. 

Jemaah dari Mesir, Abdullah Lotfy, 44, berkata dia nampak seorang jemaah jatuh ke atas jemaah berkerusi roda dan beberapa lagi jemaah jatuh ke atas mereka. 

“Mereka yang jatuh kemudian saling memanjat atas jemaah lain untuk keluar dari bawah timbunan manusia dan pada masa sama, semakin ramai yang jatuh,” katanya. 

Menurutnya, pertembungan itu tidak sepatutnya berlaku dan mendakwa pihak Arab Saudi tidak melakukan persiapan.

video di sini

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!