Sun. Mar 16th, 2025

PETUA RUMAH KEKAL WANGI

Siapa yang tak suka rumah wangi kan? Mommy ada 4 ketul Young Living Diffuser so far. Bukan setakat mewangikan rumah, malah setiap Essential Oil yang digunakan itu mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya nak bagi tidur nyenyak, Mommy gunakan Lavender EO.

Petua di bawah ini Mommy baca di fb Siakap Keli pagi ini. Dan tips ini sebenarnya Mommy pun pernah amalkan. Jom Mommy kongsi sekali lagi untuk readers Mommy.

PETUA RUMAH KEKAL WANGI

Kak Nik ni bukanlah ada masa banyak untuk mengemas rumah setiap hari. Cuma peruntukan hujung minggu je masa untuk mengemas dan mencuci apa yang patut.

So, Kak Nik kena cari cara mudah dan kekal lebih lama untuk rumah lebih bersih dan wangi.

Yang penting, bahan bahan yang nak digunakan tu ada dalam rumah kita je, tak susah kan.

Jom follow 4 cara mudah ni

  1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

  1. Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba

Kredit: Nik Zainah Muhammad
*Gambar Sekadar Hiasan

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!