Anugerah akhir tahun | Akhir tahun, pasti akan ada pelbagai majlis. Dan baru-baru ini, 2 November 2019, Mommy hadiri Majlis Akhir Tahun untuk sekolah Ariq. Daddy pula terlibat dengan Garmin Marathon pada hari yang sama. Hukhuk. Maka, hanya kami bertiga lah pada hari tersebut.
Majlis akhir tahun ini bertempat di McD Kajang Perdana. Ada yang datang bersama parent, ada yang hanya dihantar parent. Oh ya, semua pelajar adalah dari kelas PPKI sahaja. Maksudnya kelas khas sahaja. Tidak termasuk pelajar aliran perdana.
Simple event but yet still menggembirakan semua pihak. Syabas ajk dan guru-guru PPKI serta semua pihak yang terlibat.
Cabutan bertuah dan game pun banyak dorang berdua ni dapat. Hahaha. Seronok bawak balik banyak betul barang. Hahaha..
Mereka turut meraikan anak-anak yang sambut hari lahir dalam masa terdekat ini. Nampak gaya, Ariq orang terakhir sambut birthday dan tak boleh sambut di sekolah kot tiap-tiap tahun. Hahah. Tarikh lahir Ariq 28 November, cuti sekolah biasanya awal dari tarikh tu.
Alhamdulillah, Ariq merangkul 2 anugerah dalam majlis ini. Yang pertama, Sijil Penghargaan Kehadiran Terbaik. Yang kedua, Peningkatan Akademik.
Terkejut juga la Mommy untuk anugerah akhir tahun ini. Tak bersedia untuk terkejut tau. Hahaha..
Tahniah adik.
Dan semalam, 14 November 2019, Mommy terima 1 lagi berita gembira iaitu Hannah Damia dah terpilih untuk menjadi pengawas pusat sumber. Tercapai la cita-cita kakak! Tak sabar nak shopping baju untuk pengawas PSS pula lepas ni.
Mommy selesaikan semua bayaran dan tempah vest serta tanda nama siap-siap. Senang.
Last but not least, tahniah juga buat Daddy yang sahut cabaran Garmin Marathon.
Bukan kaleng-kaleng dia join. 1st marathon pun dah amek 21km. Haiyaaa.. Berani sungguh. Stamina tu padu. Moga lepas ni boleh ikut jejak Alif Satar nak jadi Iron Man. Sekarang pun dah dok request nak basikal. Dia tak tahu ke Mommy susah nak berpisah. Kalau rindu, macam mana? Eh.
Tahniah Daddy!
tahniah untuk semua
terima kasih Farah
Bestnya dapat hadiah . Tahniah for both of you . Make you parents proud ya . All the best
Tq uncle Afiq yg ensem
Tahniah! Moga lebih banyak lagi kejutan yg positif buat Mommy pasni