Sat. Sep 14th, 2024

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND | HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA.. HERE WE COME (PART 2)

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (16)

HOBBITON MOVIE SET – JELAJAH NEW ZEALAND DAY 2 | 30 September 2017, Hari ke 2 di Auckland.. Segar sungguh bangun pagi ni. Cuaca sejuk menyelebungi diri. Jam 1.30 pagi waktu tempatan baru Mommy tidur. Dan tetiba, jam 530 pagi dah bangun. Ala cepatnya.

BACA PART 1 : TIBA DI NEW ZEALAND

Tapi memikirkan tempat pertama yang bakal kami, geng #kembaraKBBA9 terjah pagi ni iaitu Hobbiton, the Real Hobbit Village di Matamata, perasaan mengantuk dan gigil tu wajib ditepis. Teruja yang lebih. 😂😂

PENGINAPAN (1ST NIGHT) : GOLD STAR MOTEL, MANGERE

Eh.. berasap mulut juga pagi ni. Boleh tahan sejuk. Ini merupakan penginapan pertama yang kami duduk malam tadi. Selesa. Ada tempat memasak. Dan kami difahamkan, adalah menjadi satu amalan orang NZ, lantai toilet dan sinki tidak boleh dibiarkan basah. Sebelum check out, kami perlu pastikan semuanya kering. Wow. Good to know.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA

Sambil hirup udara segar yang amat, sempat lah posing2 dulu sebagai kenangan.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (1)

Thanks for photographer yang rajin pagi ni. Miahaha.

Persekitaran motel ni memang selesa. Siap ada swimming pool. Tapi ada ke yang nak mandi sejuk-sejuk ni? Oh grup photo yang wajib.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (2)

HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA

Jam 730 pagi, kami bertolak menuju ke Matamata untuk ke set penggambaran Lord of the The Ring (Hobbiton Movie Set). Pengangkutan kami sepanjang trip ini ialah Toyota Estima.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA

Memandangkan kami perlu berpindah randah, kereta ini memang dah cukup selesa buat kami. Terima kasih Ikhlas Tours kerana buat pilihan tepat buat keselesaan kami semua.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (2)

2 jam perjalanan dari Gold Star Motel, Mengere, Auckland yang kami inap malam tadi menuju ke Matamata, tapi tak sempat bosan sebab pemandangan kiri kanannya cun yang amat. Allah. Bersyukur sangat dapat tengok negara orang. Ini baru North New Zealand tau.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (3)

PARKING & TIKET HOBBITON MOVIE SET

Jam 1000 pagi kami sampai ke Matamata. Cari parking bersebelahan Matamata Tourist Information Centre dan terus beli tiket ke Hobbiton Movie Set.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (5)
Map turut diberikan. Kalau korang nak shopping barang berkenaan Hobbiton, boleh juga beli di Info Centre ni

Harga tiket ialah NZD79 (dewasa) dan kami menaiki bas untuk ke sana.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (5)

NAIK BAS SAMBIL USHA LADANG YANG LUASSSS!!

Sepanjang perjalanan, kami disajikan info mengenai latar belakang kewujudan Hobbiton Movie Set dan pemandangan ladang biri-biri milik Mr Alexander sepanjang perjalanan memang terlalu mengasyikkan. Aduhh. Bahasa Mommy pun dah macam bahasa buku haaa. Tapi memang betul pun.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (9)
KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (9)

Sekitar ladang

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (9)

Terlalu luas dan berbukit bukau menjadi tarikan utama kenapa tempat ini dipilih sebagai tempat perfileman. Dan ianya kekal sehingga sekarang.

HOBBITON TOUR

Experience the magic of Hobbiton™
in the heart of New Zealand, you can step into the lush pastures of the Shire™, as featured in The Lord of the Rings and The Hobbit trilogies.

Hijauuuu dan segar je mata nih lihat bukit bukau dan binatang-binatang peliharaan dibiar bebas berkeliaran. Bila dah sampai, kami diberi taklimat oleh tour guide kami yang comel dan kecik macam Hobbit. Huhu. Ingat Hobbit betul dah tadi. Dia pun dengan bangganya cakap rela dianggap nerd & hobbit jugak.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (12)

Tak kisahla sayang, tempat ni memang terlalu cantik untuk dinikmati. Kami perlu bergerak mengikut kumpulan dan tour guide kami akan menjalankan kerjanya dalam menerangkan latar belakang Hobbiton Movie Set ini dan kronologi filem-filem tersebut.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)
Jangan jauh sangat dari grup korang ok?

Sungguh Mommy tak jangka. Ingatkan teknik khas kamera je. Tapi rupanya, memang wujud sungguh movie set seindah ini.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)

Ikutkan hati, nak lepak dari pagi sampai petang tau. Tak puas belek satu persatu rumah yang ada. Ada yang boleh masuk, dan ada yang dipagar atas faktor keselamatan. 3 jam tour memang tak puas tau! Korang tengok la sendiri.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)
Kalau korang perasan, dalam filem ada sebiji labu yang sangat besar di sini. Dorang buat contest labu siapa paling besar kat orang sekitar, untuk diletakkan di sini.
KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)

Kami dibawa pusing sekitar 12 ekar bermula dari Hobbit Holes, the Mills dan diakhiri Green Dragon yang merupakan satu-satunya restoran di sini. Perjalanan sambil memanjat bukit tidak langsung terasa penatnya sebab keindahan landskapnya yang langsung tidak membosankan. Rumah-rumah yang comel menjadikan Mommy tetiba rasa macam tengah berlakon sekali pulak. Haha.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)

Too cute, right?

Hobbiton ini merupakan perkampungan hobbit atau orang kerdil seperti yang digambarkan dalam filem LOTR, dan mereka tidak bercampur dengan dunia luar kerana merasa malu dengan saiz mereka yang kerdil. Selebihnya korang tengok lah sendiri filem tu. Mommy ni cepat lupa. Dan tak pernah hafal sebarang filem pun. Dulu-dulu, berangan je tengok. Tak sangka kali ni betul-betul dah sampai.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)
Ingat Travel, Ingat Cosmoderm
KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)

Kalau korang masuk pun, nothing inside.

Outside, marvellous!! Katanya penggambaran bahagian dalam rumah bukan di sini, sebaliknya di Wellington.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)

Suka betul. Bagi Mommy memang berbaloi kalau datang Auckland, wajib untuk ke sini. Barulah boleh bangga, aku dah pegi dahhhh Hobbiton tu. Astaghfirullah. Takbur!

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)

Jom ke tempat terakhir – Green Dragon! Sedar tak sedar dah dekat 3 jam dah.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)

Dan banyak betul gambar. Kang tamak sangat nak letak semua dalam blog ni.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)

Jom.. dahaga. Boleh minum Ginger Beer dalam Green Dragon tu.

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)
KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)

#kbba9 the best!

KEMBARA KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA (30)

BERGERAK KE ROTORUA

Selesai pusing Hobbiton Movie Set ini, kami menuju ke Rotorua pula. Perjalanan hampir 2 jam dan hari ni merupakan hari pertama Mommy drive Estima menuju ke Rotorua. Apa yang ada di Rotorua? Apa yang kami boleh buat di Rotorua?

Dan penginapan malam kedua kami ialah di Rasa Sayang Villa.. Bes ke? Tungguuuuuu sambungan Part 3 eh..

NOTA KAKI :

Teringin bercuti ke New Zealand seperti Mommy? Dapatkan info lanjut dan harga pakej di fanpage Ikhlas Tours. #kembarakbba9 #cosmoderm #ikhlastours #samuraiwifi #airasia #ybtravelogue

Untuk tajaan, jangan malu-malu hubungi Mommy ya?

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

7 thoughts on “KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND | HOBBITON MOVIE SET, MATAMATA.. HERE WE COME (PART 2)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!