Sat. Jan 18th, 2025

PENDERITAAN ANAK OKU – PENDAPAT IBU ROSE

Assalamualaikum.Hanya Kasih-Sayang penamat bencana

(Penulisan ini adalah dari Ibu (Prof Dr. Rozieta Shaary) dan Ibu izinkan anda berkongsi dengan berintegriti, sekiranya anda mendapati ianya menambah nilai kepada anda dan ramai orang).

Ibu telah diminta untuk mengulas mengenai berita ini oleh TV Al Hijrah.
TV AL Hijrah:

“Salam Ibu. Minta komen Ibu berkenaan kejadian tersebut. Tergamak seorang ibu sanggup meninggalkan anak yang OKU dalam keadaan macam tu. Kenapa terjadi perkara sedemikian?”

Bila Shahrul bertanya bagaimana perasaan Ibu bila mengetahui berita itu, Ibu menjawab dengan sebak di hati, bahawa pertama Ibu berasa sangat sedih akan melihat keadaan Firdaus. Hati Ibu berasa sangat kasihan akannya. Dan memang prioriti kita adalah untuk membantu Firdaus dan menempatkannya di bawah jagaan mereka yang prihatin. Alhamdulillah, JKM telah mengambil langkah itu. Terima kasih, JKM dan semua yang terlibat membantu Firdaus.

Kemudian, Ibu menyatakan bahawa hati Ibu juga kasihan kepada si ibu itu; terlintas difikiran Ibu ini, apalah yang telah dihadapinya sehingga dia boleh melakukan perbuatan seperti itu. Di manakan suaminya? Kaum keluarganya? Adakah dia sebatang kara sehingga perlu melalui keadaan ini tanpa sokongan dan bantuan kaum keluarga?

Ya, perbuatannya kejam dan lebih teruk dari binatang. Dalam masa yang sama, jika kita menghantarkan tenaga benci dan marah sahaja kepadanya, ini tidak memperbaiki keadaan ini. Memang, ibu itu perlu menerima hukuman sekiranya didapati bersalah. Dalam masa yang sama, biarlah didalam hukuman itu dimuatkan juga terapi untuk memulihkan dia kembali agar boleh kembali ke pangkal jalan.

Seorang anak lahir dengan hati penuh kasih-sayang kerana anak datang dari syurga. Bagaimana hati yang penuh kasih-sayang ini berakhir dengan hati yang tidak berperikemanusiaan? Apakah yang berlaku kepada empunya hati ini?

Marilah anak-anak Ibu semua, kita jangan terus mengutuk dan mengherdik ibu ini. Mari kita siasat dulu apakah punca yang menjadi dia berkelakuan begitu dan apakah yang boleh kita pelajari.

Tuhan menjadikan peristiwa di dalam hidup kita untuk kita belajar darinya. Jika kita menyangka semua itu tiada kaitan dengan kita, itu adalah salah. Jika ia tiada kaitan dengan kita, maka kita tidak akan mengetahui akan peristiwa itu. Ada mesej yang Tuhan mahu kita pelajari dan Dia memilih kita mempelajarinya untuk kebaikan kita.

Suatu hari, beberapa tahun yang lepas, anak Ibu yang baru bekerja pada masa itu balik dan terus meminta Ibu ke satu sudut jauh dari orang lain. Dia memberitahu Ibu bahawa Bosnya baru meninggal dunia akibat membunuh diri. Dia memberitahu, orang menjumpai mayatnya setelah 2 hari dia tidak kelihatan.

Rupa-rupanya, bosnya itu datang ke Malaysia kerana dipencilkan oleh keluarga. Dia seperti tidak diterima keluarga lagi. Kenapa? Kami tidaklah menyelidik pula. Lama dia berkelana di Malaysia ini, cuba membina bisnes demi bisnes tetapi tidak berjaya. Akhirnya, dia mengambil nyawanya. Tentu kerana tekanan jiwa yang amat besar.

Disebabkan tekanan jiwa, seorang yang waras,boleh mengambil tindakan yang tidak waras.

Ibu belajar banyak dari peristiwa itu. Salah satu daripadanya ialah untuk tidak cepat menuduh dan menghakimi sesaorang. Malah perlu melihat dan memahami mengapakah sesaorang itu bertindak diluar tindakan seorang manusia. Dan berusaha mencari jalan membantu orang itu kembali ke pangkal jalan. ” Berpesan dengan kebenaran, berpesan dengan kesabaran.” -(surah Al-Asr ayat 4-5)

Bila kita bersimpati dengan ibu yang melakukan kesilapan itu, itu TIDAK bermakna kita bersetuju dengan buruknya perbuatan dia. Kita TETAP tidak bersimpati dengan perbuatan itu. Yang kita bersimpati ialah apakah yang melanda jiwanya, sehingga hatinya menjadi kejam begitu. Bersimpati supaya kita boleh membawa dia kembali kepada hati yang insaf dan penuh kasih-sayang. Semoga bila dia pulih, dia boleh bertaubat dan mungkin boleh menebus dosanya dengan anaknya itu.

Dua kebencian iaitu ibu bencikan anak, masyarakat bencikan ibu itu tidak boleh membawa kasih-sayang dan menamatkan penderitaan pada diri dan masyarakat. Tapi sebuah kasih-sayang boleh menamatkan satu kebencian yang boleh menjadi punca memakan masyarakat dan dunia.

Semoga Allah memelihara hati kita dan menempatkan rahmahnya dan kasih-sayang ke dalamnya.

(Penulisan ini adalah dari Ibu (Prof Dr. Rozieta Shaary) dan Ibu mengizinkan anda berkongsi dengan berintegriti, sekiranya anda mendapati ianya menambah nilai kepada anda dan ramai orang).

Salam Kasih, Ibu RoseDr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) – Empower With Love

Family & Love Guru
www.facebook.com/familyguru
www.rozietashaary.com/blog

**************
Mommy : setuju. bila dihimpit tekanan, yang waras akan jadi x waras. Sempena bulan puasa bakal tiba nih, mohon Ibu Muhammad Firdaus insaf dan bertaubat. Belajar berpuasa dan jika dari puasa pun anda x tahan, apakah agaknya yang Muhammad Firdaus rasa?
Mommy sedih, marah, tekanan bila pertama kali Mommy baca berita nih, nampak video masa hari ops PATI kat HMetro, Mommy nangis!! Gila2 punya nangis. Ah.. Even menaip nih pun Mommy dah bergenang air mata. Mommy teringat anak2. Mommy pohon hati Mommy xkan jadi kejam macam tu. Hannah Damia tu, susah sangat nak makan. Bila makan biskut, kemudian susu, Mommy dah jadi gelisah & moody even kua jenjalan. Sebab Mommy risau. Tp bila dia nak makan, minta nasi, n makan banyak, terus mood Mommy ok sepanjang hari. Sebab Mommy xnak dia tantrum tiba2 sebab lapar. Tapi sekarang dah x tantrum dah. Alhamdulillah..Mommy doakan ibu Muhammad Firdaus insaf & harap mahu tebus kesalahan beliau yang x masuk akal tu. Aminnn

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!