Teringin melancong ke Sapporo, Jepun? Nak rasa musim sejuk kan? Masih mencari pakej menarik dan penginapan yang menjimatkan?
Nah Mommy kongsi peluang menarik yang disediakan oleh J Horizons Travel ini.
Untuk pengetahuan korang semua, J Horizons Travel adalah agensi pelancongan yang bertanggungjawab ‘membawa’ Kembara KBBA9 ke Jepun baru-baru ini. Mommy adalah salah seorang daripada team yang menyertai Kembara ke Jepun tersebut.
Sejujurnya Mommy sangat berpuas hati dengan pilihan penginapan di sana, penjimatan dari segi pemilihan pass untuk travel dan sebagainya sepanjang di sana. SUPERB! Memang tidak mengecewakan. Baca journey Mommy tau..
Baca : Pengalaman Mommy di Osaka, Shima & Kyoto, Jepun selama seminggu.
Terima kasih J Horizons Travel. Jepun, ku pasti kembali!
PAKEJ TOUR
Pihak J Horizons menyediakan 2 jenis pakej tour seperti di bawah :
1. 3 hari 2 malam Sapporo Flexi
Untuk pakej 3 hari 2 malam ini, diskaun sebanyak RM198/pax diberikan, di mana pakej termasuk penginapan, sarapan, airport transfer dan tour.
Subsidi ditanggung oleh kerajaan Jepun.
2. 5 hari 4 malam Sapporo / Otaru Tour
Untuk pakej 5 hari 4 malam ini, diskaun sebanyak RM396/pax diberikan, di mana pakej termasuk penginapan, sarapan, 1x lunch, airport transfer dan tour.
Subsidi ditanggung oleh kerajaan Jepun.
PAKEJ HOTEL
Jika korang ingin melancong sendiri tanpa menggunakan mana-mana pihak, tetapi inginkan penjimatan hotel yang diberi subsidi oleh Kerajaan Jepun, nah Mommy sediakan beberapa jenis hotel yang boleh korang pilih.
1. HAKODATE ONUMA PRINCE HOTEL (MODERATE TWIN)
2. HOTEL RESOL HAKODATE (TWIN)
3. HOTEL RESOL HAKODATE (SEMI DOUBLE)
4. JR TOWER HOTEL NIKKO
5. SAPPORO TOKYU REI HOTEL, EXCEL HOTEL TOKYU
Semua pakej di atas boleh ditempah melalui J Horizons Travel. Dan perlu diingatkan bahawa penginapan tersebut adalah sehingga 27 Feb 2019 sahaja. Jadi, jangan tunggu lama-lama ya..
HUBUNGI J HORIZONS TRAVEL
Untuk penerangan lanjut, korang boleh hubungi J-HORIZONS seperti maklumat di bawah :
J-Horizons Travel (M) Sdn.Bhd.
Alamat : Lot L4-C, Level 4, The Weld, No.76, Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia
Phone : 03 – 2161 0922
Email : tour@j-horizons.com.my
FB Page : www.facebook.com/J-Horizons-Travel-M-Sdn-Bhd-373441562686739/
Website : www.j-horizons.com.my
wow best…lama dah dengar pasal sapporo nih
bila tengok shehan travel.Rasa mudah betul pergi dengan pakej agensi ni. Takpayah bsusah payah memikirkan mana tempat nak pergi yer. Semuanya diaturkan..pilihan hotel pun ada.standby jer duit
Eh kawan saya pun nak gi sapporo next year Februari. Memang best!