NATUREHIKE OUTDOORS CAMPING MALAYSIA MEGA GATHERING 2.0

NOCM Megath 2.0 | Glamping, atau “glamorous camping” adalah pengalaman berkhemah yang menggabungkan keselesaan dan kemewahan tanpa kehilangan hubungan dengan alam. Seakan menjadi trend, peminat aktiviti outdoor kini memilih konsep glamping sebagai salah satu aktiviti percutian mereka. Dan buktinya baru-baru ini seramai 300 peserta perkhemahan dari komuniti Naturehike Outdoors Camping Malaysia terlibat dalam Mega Gathering kali ke 2 (NOCM MEGATH 2.0), bertempat di Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak.

nocm megath 2

Tapak perkhemahan glamping biasanya menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan sumber elektrik serta menyediakan pelbagai aktiviti santai seperti meneroka alam sekitar, BBQ, aktiviti sukaneka dan sebagainya. Ini yang disediakan oleh Felda Residence Hot Spring sebagai pihak yang membuka tapak perkhemahan NOCM MEGATH 2.0 ini buat julung kalinya.

nocm megath 2

Kemudahan khas seperti tandas yang selesa, taman tema air panas dan sejuk untuk peserta, kafe, kemudahan makanan dan minuman, tempat membasuh pinggan mangkuk, dan tempat parking yang berpagar, buatkan aktiviti ini menjadi selesa dan meriah.

Namun, aktiviti berkhemah di sini belum lagi dibuka secara individu ya. Perlu berunding dengan pihak Felda Residence Hot Spring untuk aktiviti komuniti sebegini.

TUJUAN PROGRAM NOCM MEGATH 2

Program NOCM Megath 2.0 ini disempurnakan oleh Encik Mohd Faharuddin Hatmin, Pemangku Pengarah Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia.

kredit NOCM Official
nocm megath 2.0

Tujuan program perkhemahan kali ini bertujuan mengumpulkan peminat-peminat daripada pelbagai jenis khemah dibawah jenama Naturehike.

Sebagai komuniti yang berkonsepkan kekeluargaan, Mega Gathering 2 ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang mempunyai minat yang sama sambil menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.

NOCM MEGATH 2

Aktiviti NOCM Megath 2 ini bukan sahaja menjadi medan pencinta glamping berkumpul, malah mereka dapat berjumpa kenalan baru dan meluaskan jaringan. Berkhemah dan menjalani aktiviti luaran bersama-sama memupuk persefahaman, kerjasama, dan persahabatan yang erat.

Baca Juga :  DAH BELI KELENGKAPAN SEKOLAH? JOM KE PASARAYA HARI-HARI. ADA TAWARAN HEBAT!!

Aktiviti berkhemah membantu meningkatkan tahap kesihatan fizikal dengan meningkatkan kecergasan, kekuatan dan daya tahan. Mengemas barang dari rumah, memasang khemah, menyusun dan menghias , memasak segalanya memerlukan tenaga. Mereka juga membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental.

Anak-anak boleh turut timba pengalaman dan lebih menghargai alam sekitar.

nocm megath 2

Inilah antara tujuan program NOCM Megath 2.0 diadakan.

INTIPATI PROGRAM NOCM MEGATH 2

Antara acara utama program ialah “Malam Gala” yang bertemakan Patriotik dengan kehadiran istimewa Pusat Pungutan Zakat “Slot Bersama Ustaz Don Daniyal”. Pengisiannya ringkas namun membawa maksud yang mendalam iaitu mengenai kekeluargaan. Sesuai dengan aktiviti berkumpul sebegini yang berkonsepkan kekeluargaan.

kredit NOCM Official
kredit NOCM Official

Selain itu, program ini turut menyelitkan aktiviti seperti permainan menyeronokkan untuk kanak-kanak, Aerodance, pertandingan khemah tercantik, dan pertandingan pakaian bertemakan Patriotik.

Pada malam kedua di sana, ada majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Diselit dengan persembahan Sape yang mengasyikkan. Majlis diakhiri dengan persembahan bunga api.

Tahniah diucapkan buat semua penerima hadiah dan untuk lantikan baru Duta NOCM 2023-2024, Mr Eboy Arbaain, pempengaruh dan juga merupakan suami Asyallie Ahmad.

naturehike mega gathering 2
bersama Asyallie

PERTANDINGAN KHEMAH TERCANTIK

Mommy turut serta dalam melawat semua khemah di sini. Memang tak terjangkau dek akal kerana masing-masing betul-betul komited dan gigih memasang dan mengemas khemah yang memakan masa hampir 5-6 jam.

Bagi mereka, walaupun ianya mungkin memakan masa yang lama dan tenaga yang banyak digunakan, namun penat mereka berbaloi. Rata-rata yang Mommy tengok kebanyakannya memilih konsep scandi, minimalis namun masih mengekalkan deko gaya mewah. Jangan tak tahu, tema honeymoon pun ada tau.

Mereka tidak mengorbankan keselesaan walaupun melalui perkhemahan.

Cantik dan kreatif semuanya. Mommy kumpulkan dalam bentuk video juga. Maaf jika ada yang terlepas pandang.

TOP 5 KHEMAH TERCANTIK NOCM MEGATH 2

Tahniah diucapkan buat 5 pemilik khemah tercantik ini.

1. Pinkkie Glam Camp – Encik Mohd Yusof dan Puan Rokiah

2. The Origami Camp – Encik Ruzaini Zainol

3. Irrena_miamikkayad – Puan Noor Irrena Nordin

4. AK Campz – Encik Azmar dan Puan Khayrany

5. Eja x Iftaz – Puan Eja

PENDAPAT MOMMY

Sejujurnya ini adalah pengalaman pertama Mommy merasai pengalaman berkhemah di dalam kawasan resort yang pertama kali diadakan di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak.

Baca Juga :  TIPS TRAVEL : PERSEDIAAN AWAL SEBELUM KE LUAR NEGARA

Merasa angin sejuk malam, berkumpul di bawah khemah yang disediakan sambil menikmati juadah yang sedap-sedap belaka. Semua ini Mommy lalui sepanjang 3 hari 2 malam di sini atas kerjasama Tourism Malaysia.

nocm megath 2

Terima kasih atas peluang yang hebat ini dan tahniah buat semua pihak terlibat.

Baca : Pengalaman mendaki Gunung Banang

PERTAMA KALI GLAMPING : APA YANG PERLU ANDA ADA?

Sebenarnya Mommy sendiri pun jadi teruja dan teringin sertai aktiviti sebegini untuk timba pengalaman sendiri. Mommy ada buat sedikit research tentang apa yang perlu anda ada jika pertama kali glamping.

Ada beberapa perkara yang perlu disediakan dan difahami untuk memastikan pengalaman yang memuaskan.

1. Khemah Glamping yang Selesa

Anda tidak perlu membawa khemah tradisional ke dalam glamping. Kemah glamping biasanya sudah disediakan oleh tempat glamping. Pastikan anda memilih lokasi yang menawarkan kemah glamping yang selesa dan dilengkapi dengan perabotan dan peralatan yang diperlukan. Contohnya yang Mommy pernah pergi di Tanah Aina Fahad.

Baca : Pengalaman Glamping di Tanah Aina Fahad

Namun, jika anda memilih untuk memiliki khemah glamping anda sendiri, ada banyak pilihan yang disediakan antaranya dari jenama Naturehike sendiri.

Nak beli kat mana? Nah.. cuma lawat Tiktok Campguru contohnya. Semua ada.

2. Peralatan Tidur

Sekiranya kemah glamping yang anda pilih tidak menyediakan peralatan tidur, pastikan anda membawa selimut, bantal, dan cadar yang selesa. Anda juga boleh membawa tilam angin contohnya untuk meningkatkan keselesaan tidur.

Lihat sahaja contoh khemah glamping yang Mommy kongsikan di atas, semuanya peralatan sendiri tau.

3. Pakaian Serta Aksesori

Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca dan aktiviti yang akan anda lakukan semasa glamping. Selain itu, jangan lupa membawa kasut yang selesa untuk berjalan di alam semula jadi. Juga, bawa lampu suluh untuk membantu anda bergerak di dalam gelap.

4. Kelengkapan Mandi dan Keselesaan

Walaupun glamping mungkin menawarkan kemewahan, pastikan anda membawa alatan mandi asas seperti sabun, syampu, dan tuala. Anda mungkin juga ingin membawa alatan peribadi seperti berus gigi dan pasta gigi. Tambahan pula, anda boleh membawa cermin kecil dan alatan solekan jika anda mahu.

Baca Juga :  APA ADA DI DECATHLON, 8TRIUM SRI DAMANSARA?

5. Peralatan Masak dan Bekalan Makanan

Sekiranya anda memilih lokasi glamping yang membenarkan masak sendiri, bawa peralatan masak ringan seperti periuk, pemanggang, dan pinggan mangkuk. Juga, bawa bekalan makanan yang sesuai dengan keperluan anda. Jika anda ingin menjimatkan masa, beberapa tempat glamping menyediakan perkhidmatan makanan.

6. Aktiviti Hiburan

Selain menikmati alam semula jadi, fikirkan tentang aktiviti hiburan yang anda ingin lakukan semasa glamping. Bawa buku, permainan papan, atau alat muzik jika anda berminat. Beberapa lokasi glamping juga menawarkan aktiviti seperti mendaki, berbasikal, atau menunggang kuda.

7. Alat Perlindungan Diri

Pastikan anda membawa alat perlindungan diri seperti pelindung matahari, spray anti serangga, dan ubat-ubatan kecemasan jika diperlukan. Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan.

8. Kepelbagaian Elektronik

Anda mungkin ingin membawa alat elektronik seperti telefon bimbit, kamera, atau tablet. Pastikan anda membawa pengecas dan bekalan bateri yang mencukupi.

9. Etika dan Kepelbagaian

Apabila anda glamping, ingatlah untuk menjaga etika berkhemah yang baik. Jangan meninggalkan sampah, hormati alam semula jadi, dan tidak mengganggu hidupan liar.

KESIMPULAN

Glamping adalah cara yang unik dan mengagumkan untuk menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan keselesaan dan kemewahan. Dengan persediaan yang sesuai, pengalaman glamping boleh menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan. Lokasi yang anda pilih juga memainkan peranan penting dalam pengalaman glamping anda, jadi pastikan untuk melakukan penyelidikan terlebih dahulu dan memilih tempat yang sesuai dengan keperluan dan keinginan anda. Dengan cara ini, anda dapat menikmati alam semula jadi dengan keselesaan dan gaya yang unik.

error: Content is protected !!