Wed. Dec 17th, 2025

Kasut Sekolah Pallas | Setiap kali nak beli barang sekolah anak, benda pertama Mommy akan check mestilah kasut sekolah. Sebab kalau kasut tak selesa, habis satu hari mood anak spoil. Balik rumah mula lah cerita kaki sakit, tumit pedih, cepat berpeluh, cepat rosak.

Tahun ini Mommy target nak cari kasut yang selesa, tahan lasak, tak berat, so Mommy terus aim jenama yang dari dulu memang tak pernah mengecewakan, Pallas.

Kasut Pallas selalu steady, tak cepat koyak, dan anak memang boleh pakai lama. Percaya atau tidak, kasut Pallas memang tahan lasak. 2 tahun pakai pun masih ok. Kena tukar pun sebab saiz kaki bertambah.

 Plus, Mommy nak cari kasut yang boleh elak sakit belakang dan sesuai dengan flat foot untuk Ariq contohnya. Dan jenis ringan untuk Hannah since dia suka join sukan di sekolah.

3S PALLAS – SELAMAT, SIHAT & SELESA

Dan kenapa ramai ibu bapa suka Pallas? Sebab Pallas ni memang dari dulu ikut konsep 3S :

  • Selamat: Tapak yang grip elok & stabil, anak tak mudah tergelincir.
  • Sihat: Insolen khas yang jaga posture dan beri arch support.
  • Selesa: Material breathable & cushioning yang buat anak boleh pakai lama tanpa rasa sakit.

Simple, tapi memang beza gila bila anak pakai kasut seharian dekat sekolah.

Dan untuk tahun ini, ada dua model Pallas yang Mommy rasa memang wajib korang beli.

MODEL 1 : PALLAS 306-0218BK – KASUT LACE-UP YANG CONFIRM SEDAP PAKAI

Model ini vibe dia klasik, tapi semua ciri dalaman memang dah upgrade. Mommy pilih kasut ini untuk Ariq.

APA YANG BEST SANGAT UNTUK PALLAS 306-0218BK?

  • Lace up dengan metallic eyelets – kuat, tak mudah longgar.
  • Durable canvas upper – memang tahan lasak.
  • Ada foam lining & padded collar – tak melecet.
  • Insolen dia padu:
    • Comfy Arch Support – kurangkan strain
    • Comfy Bounce – rasa lembut masa berjalan
  • 12mm heel cushion – anak berdiri lama pun kurang sakit kaki.
  • Outsole X-Tone – grip stabil.
  • Saiz besar sampai 13 – penyelamat untuk kaki lebar.

PENDAPAT MOMMY : Kasut ini sedikit berat berbanding model satu lagi tapi buat anak rasa selesa dari pagi sampai balik sekolah. Plus, kaki anak Mommy jenis flat foot. Jadi, kasut ini sangat sesuai untuk menjaga kaki anak Mommy.

Link online : Pallas 306-0218BK

MODEL 2 : PALLAS 307-0227BK – UNTUK ANAK AKTIF YANG TAK DUDUK DIAM

Model ini memang untuk budak yang nonstop bergerak. Sesuai lah untuk Hannah yang memang aktif di sekolah.

APA YANG BUAT MODEL PALLAS 307-0227BK INI POWER?

  • Velcro strap + elastic lace – anak boleh pakai sendiri.
  • Mesh upper dengan ventilation system – kaki tak panas.
  • Quick Dry – kalau kena hujan, sekejap je kering.
  • Upper printing design – nampak stylish sikit.
  • Ada foam lining & padded collar juga.
  • Insolen upgrade:
    • Comfy Arch Support
    • Better Rebound – ada springy feel.
  • 8mm heel cushion – sedap masa pijak.
  • Paling win: X-Light – ringan sangat!
  • Dan jangan risau, ada nametag untuk tulis nama anak di kasut

PENDAPAT MOMMY : Memang kasut untuk anak yang hyper seperti Hannah. Kuat bersukan dan menggunakan kasut ini 100% untuk semua aktiviti di sekolah. Selesa, sejuk, ringan, cepat kering, semua ada. Sangat puas hati.

Link online : Pallas 307-0227BK

Best Part, Beli Kasut Pallas & Automatik Join Contest!

 Tak kisah beli online atau offline, setiap kotak kasut sekolah Pallas akan ada borang penyertaan.

Boleh menang hadiah besar wehh! Hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Utama (x3)

  • RM3000 Tunai
    • E-Baucar RM100

Hadiah Kedua (x10)

  • RM300 Tunai
    • E-Baucar RM100

Hadiah Ketiga (x10)

  • RM100 Tunai
    • E-Baucar RM100

Hadiah Penyertaan (x100)

  • E-Baucar RM30

 Boleh scan QR (seperti dalam poster) untuk daftar & tebus E-Baucar RM10.

KAT MANA NAK BELI KASUT PALLAS?

Kalau tengah pening nak pilih kasut sekolah anak, try salah satu daripada 2 model ni. Dua-dua selesa, tahan lasak, ringan dan memang dibuat untuk pelajar yang aktif.

Beli sekarang & jangan lupa hantar borang contest dalam kotak kasut! Anak dapat kasut best, parent ada peluang menang duit tunai. Win-win!

 

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

error: Content is protected !!