Mommy pergi AEON MALL ni sebenarnya sebab nak feel sendiri vibe Holiday Season tahun ni. Dari parking lagi dah nampak dekorasi warna-warni, dan bila masuk, WOW, rupanya tema tahun ni DC Chibi Super Heroes. Comel betul, tak macam dekorasi biasa yang Mommy selalu nampak.
Masuk bahagian tengah mall je, terus nampak giant inflatable superhero versi chibi. Kepala besar, badan kecil, muka cute. Semua orang ambik gambar, Mommy pun join sekali sebab rugi kalau tak ambik.

APA YANG BUAT DC CHIBI SUPER HEROES NI LAIN DARI YANG LAIN?
Kalau Mommy nak describe, DC Chibi ni macam superhero favourite kita – Batman, Superman, Wonder Woman, The Flash, tapi dalam versi miniature yang super cute.
Yang Mommy perasan:
- parents kenal karakter asal, so diorang excited
- kids pulak suka sebab muka semua friendly
- pop-culture lovers memang tak lepaskan peluang ambik gambar
Pendek kata, konsep ni ringan, tak complicated, dan memang sesuai untuk semua umur. Senang nak enjoy.

HOLIDAY SEASON DI SEMUA AEON MALL
Satu benda Mommy suka, konsep ni bukan dekat satu mall saja. Semua AEON MALL dekat Malaysia pakai setup yang sama, so sesiapa pun boleh rasa vibe festive + pop culture ni tanpa perlu pergi jauh.
Gabungan pop culture dengan suasana perayaan memang buat dekorasi nampak lain dari biasa. Tak terlalu formal, tak terlalu sarat, just nice.
Kenapa Mommy rasa bagus:
- mall nampak hidup dan fun
- kids happy
- parents pun dapat nostalgia sikit
- pop-culture fans dapat content

GIANT INFLATABLE DC CHIBI SUPER HEROES
Mommy rasa ni memang magnet terbesar – patung inflatable superhero bersaiz gergasi.


Yang ni memang “star of the show”. Patung superhero gergasi dalam versi chibi, towering, colourful, dan memang eye-catching.
Bukan jenis inflatable murah-murah ya:
- saiz besar gila
- boleh ambik gambar 360°
- special design untuk AEON MALL
- pertama kali dibuat untuk Holiday Season
Confirm jadi tempat orang buat TikTok & Reels
AKTIVITI MENARIK SEPANJANG HOLIDAY SEASON
Untuk yang datang dengan family, banyak benda boleh buat dan enjoy bersama.
Meet & Greet dengan DC Chibi Super Heroes
Kids confirm happy jumpa hero kegemaran dalam versi comel.
- Light-Up Countdown
- Moment paling meriah bila seluruh dekorasi hidup dengan cahaya festive.
- Holiday Market-Inspired Activities
- Ada promo, gift idea, dan aktiviti family-friendly sepanjang musim perayaan.




APA YANG BUAT KONSEP INI RELEVAN
Mommy honestly suka bila AEON MALL tak buat dekorasi yang sama setiap tahun. Tahun ni mereka gabungkan:
- ikon pop culture global
- elemen perayaan
- setup interactive
- storyline yang fun
Plus, ini first-ever konsep DC Chibi Super Heroes dekat Malaysia. Limited, special, dan memang ada value untuk orang yang suka benda unique.
Mommy juga suka bila AEON MALL buat dekorasi bukan sekadar cantik, tapi ada elemen bonding. Bila tengok parents ambik gambar dengan kids, semua tengah happy, benda simple macam ni pun dah cukup jadi moment kenangan.
Setup ni juga buat ramai datang dari area lain sebab pop culture fans memang suka cari spot untuk ambik gambar.
PENDAPAT MOMMY
Untuk Mommy, Holiday Season kali ni memang rasa playful dan sweet. DC Chibi Super Heroes berjaya bagi mood ceria, fun, cute dan sangat-sangat IG-friendly.
Kalau korang singgah mana-mana AEON MALL, try explore photo spots dia, join aktiviti yang ada, dan enjoy vibe Holiday Season tahun ni. Memang simple outing je, tapi cukup untuk buat hati rasa warm & happy.

