Diambil dari sumber twitter JPN, Mommy suka usaha ini. Caranya lebih mudah dan tak perlu ke kaunter.
MyKad rosak? Cip rosak? Gantian biasa atau Gantian sebab hilang (kali pertama), nah ini cara lebih mudah sekarang.
INFO PENTING MENGENAI SISTEM GANTIAN MYKAD SECARA ONLINE
Layari laman web mykadganti.jpn.gov.my/mykadganti untuk permohonan.
1. Pembayaran melalui kad debit dan kad kredit sahaja.
2. Alamat yang direkodkan melalui sistem ini adalah untuk kegunaan sistem dan bukan untuk pertukaran alamat di MyKad. Pengguna perlu hadir ke kaunter JPN yang berdekatan untuk urusan pertukaran alamat.
3. Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN adalah seperti berikut:
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
- Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
- Cuti umum : Sistem ditutup
4. Hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu :
- Gantian kad rosak
- Gantian cip rosak
- Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k)
- Gantian disebabkan kehilangan
5. Tempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :
- Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN W.P. Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC
- Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
- Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak
6. Hanya individu yang juga pemilik MyKad yang dipohon sahaja dibenarkan untuk mengambil MyKad di kaunter JPN menerusi sistem ini.
Klik sini untuk cara isi Permohonan Gantian MyKad.