Buffet Ramadan Klana Beach Resort 2026 | Setiap kali Ramadan menjelma, Mommy memang jenis yang akan cari tempat berbuka yang buat hati rasa tenang. Bukan sekadar nak kenyang, tapi nak rasa suasana Ramadan itu sendiri, perlahan, damai dan tak rushing.

Tahun 2026 ni, Mommy berpeluang hadiri previu Buffet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson yang bertemakan “Senja Seri Warisan”, dan sejujurnya, konsep dia memang kena dengan jiwa Mommy yang sukakan masakan klasik dan suasana berbuka yang santai.

Bufet Ramadan ini berlangsung dari 3 Ramadan hingga 28 Ramadan 1447H (21 Februari – 18 Mac 2026). Waktu Mommy sampai tu, matahari tengah nak terbenam, angin laut sepoi-sepoi. Dari situ Mommy dah boleh rasa, ini bukan jenis bufet yang sesak dan kelam-kabut. Dia lebih kepada tenang, luas dan selesa.
BILA MASAKAN KLASIK JADI FOKUS UTAMA
Apa yang Mommy perasan dari awal, bufet tahun ni memang tak cuba jadi terlalu moden. Mereka tak kejar menu viral semata-mata. Sebaliknya, fokus betul-betul pada keaslian resipi turun-temurun.
Semua menu disediakan oleh pasukan dapur yang diketuai oleh Chef Sarimah, dan ini jelas terasa pada rasa setiap hidangan.
Menu yang memang ditunggu-tunggu setiap tahun sudah tentu Kibas Golek. Dagingnya lembut, berjus dan kaya dengan aroma rempah. Mommy perasan ramai akan ulang ambil menu ni, dan memang tak hairan langsung kenapa ia sering dianggap antara menu paling popular di Port Dickson.

Selain itu, Mommy juga sempat rasa Gulai Kawah Batang Pisang dan Sup Kibas yang pekat dan cukup rasa jenis masakan yang selalu buat orang teringat suasana kenduri kampung.


WARISAN TANAH BERADAT – RASA NEGERI SEMBILAN YANG JARANG JUMPA
Satu bahagian yang buat Mommy betul-betul suka ialah kewujudan stall khas “Warisan Tanah Beradat”. Di sinilah identiti Negeri Sembilan betul-betul ditonjolkan.
Menu seperti:
- Rendang Minang Ayam Tua dan Maman
- Sambal Daun Kayu Tempoyak
- Rendang Kepayo (rendang betik)
- Masak Lemak Kuning Cendawan Hitam & Ikan Bilis




Ini bukan jenis hidangan yang senang jumpa di bufet biasa. Ini jenis menu yang buat Mommy spontan cakap, “oh, ni memang masakan lama yang makin susah nak cari sekarang.”
SETIAP HARI ADA KELAINAN – BUKAN MENU SAMA BERULANG
Sepanjang Ramadan, bufet ini juga menawarkan menu putaran harian, jadi menu utama tak akan sama setiap hari.
Antara hidangan yang akan bergilir termasuk Rendang Tok, Daging Kerutup, Ayam Opor dan Ayam Ungkep.

Untuk yang suka tengok makanan dimasak depan mata, ada juga pelbagai live stall seperti roti jala serawa, somtam, popia basah, pulut mangga dan keropok lekor picit.
Pencuci mulut pula memang buat Mommy senyum sebab banyak yang klasik – nekbat, puding diraja dan butir nangka.
Kalau datang dengan anak kecil, memang lega sebab ada kids stall khas dengan menu ringkas seperti makaroni bakar, nugget ayam dan jajan kegemaran budak-budak.

HARGA BUFFET RAMADAN KLANA BEACH RESORT 2026
Untuk harga, Mommy rasa ia masih reasonable dengan suasana resort dan variasi makanan yang ditawarkan.
- Dewasa: RM70 bersih
- Kanak-kanak (5–12 tahun): RM38 bersih
- Promosi awal: RM60 bersih (tempoh terhad)
Satu perkara yang buat Mommy suka, setiap pembelian buffet akan menyumbang RM1 kepada Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Makan pun rasa lebih berkat.

PAKEJ PENGINAPAN RAMADAN 2026 – STAY, BERBUKA & SAHUR SEKALI
Untuk Mommy, ini antara bahagian paling menarik tahun 2026. Pakej bilik + sahur ni memang praktikal, especially untuk yang datang dari jauh atau memang nak rasa suasana Ramadan lebih tenang tanpa rushing.
(A) Pakej Penginapan, Berbuka Puasa & Sahur
Harga bermula: RM168+ per pax
Termasuk bilik 2H1M, bufet berbuka & sahur.
(B) Pakej Penginapan & Sahur
Harga bermula: RM120+ per pax
Sesuai untuk yang nak stay santai, bangun sahur tanpa fikir nak masak, lepas tu boleh sambung rehat atau jalan tepi pantai.
(C) Pakej Seminar Ramadan (Minimum 20 pax)
Sesuai untuk company atau organisasi yang nak buat program Ramadan lengkap dengan penginapan dan dewan seminar.

Mommy pun selesa menginap di sini.





PENDAPAT JUJUR MOMMY
Kalau Mommy kena ringkaskan pengalaman ni dalam satu ayat, ini tempat berbuka untuk yang nak rasa Ramadan, bukan sekadar makan.
Suasana dia sesuai untuk family, menu pula fokus pada masakan tradisi yang jarang jumpa, dan keseluruhan pengalaman terasa terjaga dan tak kelam-kabut.
Kalau korang tengah cari buffet Ramadan di Port Dickson yang tenang, selesa dan berjiwa tradisi, Klana Beach Resort ni memang antara pilihan yang patut dipertimbangkan.

MAKLUMAT TEMPAHAN & RSVP
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi Klana Beach Resort Port Dickson di 06-648 7888 atau terus hubungi Puan Amalina (016 661 9030), Encik Misraini (016 661 9050) atau Puan Ayu (016 661 6089).
Kalau nak tengok update dan visual terkini, boleh juga follow Instagram @klanabeachresortpd.


Berbaloi harga dengan juadah yang bakal disajikan di sini