Fri. Jan 17th, 2025

MATA MASUK HABUK!! KENAPA AKU TAK PERNAH DENGAR LAGU NIH?

BUTA - CALIPH BUSKERS FEAT FAIZAL TAHIR

BUTA! Tetiba ternampak tajuk ini di Youtube aku. Eh Faizal Tahir? Caliph Buskers? Bila masa ada lagu nih?

Tarikh publish di youtube pun, 1 April 2018. Released tahun 2017 lagi.. Uish. Lama dah.. Dekat setahun dah nih.. Erm. Pelik Mommy tak pernah dengar langsung. Huhu..

Dulu, kalau ada lagu best dan kena dengan jiwa, Mommy mesti letak dekat blog. Dan yang bestnya, Mommy boleh cari balik lagu-lagu lama yang Mommy pernah tulis, tapi aku dah tak ingat tajuk, untuk dengar semula..

Mommy sebagai peminat Faizal Tahir dari zaman Mirwana, terpaksa akui yang Mommy bukanlah fans sejati macam ni. Sebab langsung tak sedar lagu best dan boleh buat mata masuk habuk ini. Aduyai.

Korang tengoklah sendiri muzik video rasmi nih..

BUTA – CALIPH BUSKERS FEAT FAIZAL TAHIR

Pejamkan mata dengarkan saja
Apa di minda

Apakah semua yang zahir dimata
Takkan pernah berdusta

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan..
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Andai hatiku lihat semua
Adakah ku sempurna
Atau kerana mataku yang leka
Membuat ku berdosa

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan..
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tuhan..
Segalanya telah Engkau berikan
Tetapkan saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tanpa Kamu, siapalah aku
Tanpa aku, tetap saja Kau sempurna
Dan satu, terangilah hatiku

Tuhan..
Segalanya telah engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tuhan..
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Uuh.. maafkan aku
Selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

PENDAPAT MOMMY

Lagu macam inilah yang patut viral dari dulu. Hmmm.. Memang tak perasan langsung. Huuu.. Mata masuk habuk.. Sobs..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

4 thoughts on “MATA MASUK HABUK!! KENAPA AKU TAK PERNAH DENGAR LAGU NIH?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!