SEBAK, TAKUT, SEDIH, HAPPY, semua ada sebenarnya ketika ini. Apatah lagi selepas Mommy tonton video yang dikongsikan oleh Sinar FM. Satu video temu bual khas bersama Zarina Zainuddin tentang kisah suka duka membesarkan sepasang anak kembar autisma.

Ada suka.
Ada sedih.
Ada takut.
Semua perasaanlah.
Kenapa bila Mommy tonton ni, Mommy jadi sebak yang teramat. Kenapa sama perasaan Mommy? Especially part ‘taknak beranak lagi’.
Kenapa?
Mommy takut anak baru Mommy kerap sakit, sama seperti kakak & adik HDAE. Hampir setiap bulan, dari lahir, admit ke hospital.
Mommy takut anak baru Mommy ada masalah speech delay, sama seperti kakak & adik HDAE.
Mommy takut anak baru Mommy.. ok.. Maaf Mommy tak boleh nak teruskan.
Mommy cuba enjoy jadi emak yang biasa. Mommy tahu anak-anak Mommy bukan biasa-biasa. Mereka sangat istimewa! Anak-anak inilah yang akan menjaga Mommy nanti.
Speech Delay, Sakit, semua itu dugaan untuk Mommy.
Mungkin Mommy ada dosa dan inilah dugaan buat Mommy?
Mommy sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk anak-anak Mommy. Hantar ke tadika lebih awal, dengan harapan yang tinggi buat mereka. Ada perubahan.
Mommy hentikan treatment Speech Therapy bersama Hospital, tapi Mommy cuba tolong anak-anak Mommy dengan buat sendiri segala yang perlu di rumah.
Belum cukup.
Anak Mommy dah nak masuk 4 tahun dan 6 tahun masing-masing hujung tahun ini.
Apakah Mommy bersedia?
Sedangkan yang hampir 4 tahun itu belum mampu membuat ayat? Allah.
Tak mampu menulis lagi. Perasaan takut untuk ada anak lagi sentiasa menebal di hati ini. Namun, Mommy percaya anak-anak Mommy hebat! Pasti ada hikmah. Allahuakbar.
Mungkin ibu-ibu di luar sana ada pendapat sendiri jika mereka juga taknak ada baby lagi. Bukan nak menolak rezeki, tetapi keadaan contohnya seperti sakit berbahaya juga boleh menjadi penyebab untuk elak ada baby lagi.