Antara sebab-sebab utama ramai berminat untuk menjadi usahawan adalah ingin mengejar peluang baru, ingin merealisasikan impian sendiri, untuk kebebasan tanpa perlu rasa dikawal oleh orang lain dan tak kurang juga memang meminati bidang keusahawanan.
Namun, apakah cukup kuat untuk lebih berjaya? Tanpa perancangan teliti dalam perniagaan, mungkin ianya lebih sukar.
Untuk pengetahuan umum, BioUsahawan 2019 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15 & 16 Mac 2019 nanti.
‘Bio’ bermaksud ‘kehidupan’, oleh itu ‘BioUsahawan’ direka untuk usahawan-usahawan dari pelbagai jenis bidang (termasuk industri agro, bio dan selainnya) yang mencorakkan dan mewarnakan kehidupan orang ramai melalui produk atau perkhidmatan mereka.
BioUsahawan 2019 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan Bioeconomy Corp ini antara lain adalah bertujuan :
- menggalakkan jualan produk dan perkhidmatan dalam industri agro, bio dan selainnya
- memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan tempatan, startup serta PKS untuk mengembangkan rangkaian perniagaan di dalam dan luar negara
- meningkatkan kepercayaan dan kesedaran tentang produk-produk tempatan yang selamat, berkesan dan berpatutan
- menghubungkan usahawan dan pemain industri tempatan dengan orang awam
- menyebarkan maklumat mengenai teknologi dan keselamatan makanan
PROGRAM YANG DIJADUALKAN DI BIOUSAHAWAN 2019
Antara program yang bakal berlangsung di BioUsahawan 2019 adalah pameran demonstrasi produk usahawan tempatan dan luar negara, business matching, business pitching (BioPitch), pocket talk dan juga perkongsian pengalaman melalui #BIOCHAT bersama eFM.
SIAPA YANG PATUT AMBIL BAHAGIAN?
Untuk pengetahuan anda juga, acara ini terbuka kepada usahawan tempatan dan luar negara samada usahawan persendirian, startups, perusahaan kecil dan sederhana Malaysia (PKS), syarikat perniagaan berdaftar, pengeluar dan pembekal termasuk OEM, koperasi, agensi kerajaan, penyelidik dan juga pelabur.
3 SEGMEN UTAMA DI BIOUSAHAWAN 2019
Pempamer atau peserta boleh mengambil bahagian dalam 3 segmen utama iaitu :
- Bio-Based (Zon Oren) yang terdiri daripada Syarikat, Produk dan Perkhidmatan Bionexus; Kesihatan dan Penjagaan Diri; Kosmetik; Bioteknologi; Produk dan Perkhidmatan Biodegradasi (Biodegradable); serta Produk dan Perkhidmatan Kelestarian (Sustainability)
- Agro-Based (Zon Hijau) iaitu Teknologi Agro (Agrotech); Hortikultur; Akuakultur; Pertanian dan Penternakan; Pertanian Bandar (Urban Farming); serta Keselamatan Dan Teknologi Makanan
- Entrepreneurship (Zon Kelabu) iaitu Halal; Makanan dan Minuman (Agroculinary); Pembiayaan (bank dan institusi kewangan); Perdagangan (trading); Pengeluar dan Pembekal (termasuk OEM) serta Business pitching
FAEDAH KEPADA PESERTA BIOUSAHAWAN 2019
Antara faedah dan manfaat bagi program sebegini, anda mungkin mendapat peluang untuk:
- Mendapatkan pembiayaan dan sokongan pelbagai pihak termasuk bantuan kerajaan dan lain-lain
- Menyerlahkan penjenamaan (branding) dan profil syarikat
- Mendapat peluang nasihat daripada pakar untuk mengembangkan dan mengekalkan perniagaan
- Menjalinkan kerjasama strategik untuk memperkasakan perniagaan
- Mengukuhkan kepakaran dan kemahiran untuk menjayakan perniagaan
REBUT PELUANG UNTUK DAPAT HADIAH MENARIK
Buat usahawan sekalian, ada satu lagi berita gembira sekiranya anda mengambil bahagian dalam acara BioUsahawan 2019 ini.
Cara untuk anda memenangi hadiah menarik ini adalah seperti berikut :
- Daftar dan buat bayaran sebagai pempamer di BioUsahawan 2019 dengan mengisi butiran di RISALAH dan emelkan kepada biousahawan@bioeconomycorporation.my
- Jawab soal selidik di Survey untuk Pempamer – BioUsahawan 2019
- Pemenang akan diumumkan oleh Bioeconomy Corp sebelum 15 Mac 2019. (Hadiah boleh dituntut di acara BioUsahawan 2019 pada 15 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur)
HADIAH UTAMA
1x Baucar Penginapan Percuma di Bilik Standard untuk 2 Hari 1 Malam di Hotel ibis KLCC untuk 2 orang, termasuk Sarapan Pagi (bernilai RM248++)
HADIAH KEDUA
1x Baucar Bufet Hi-Tea pada Hujung Minggu untuk 1 orang di Kampung Kitchen, ibis KLCC (bernilai RM68nett)
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai BioUsahawan 2019, anda boleh layari :
- Web : www.bioeconomycorporation.my/biousahawan-2019
- Facebook : www.facebook.com/BioeconomyCorporation)
- Twitter : twitter.com/bioeconomycorp
- Instagram : www.instagram.com/biousahawan/
Untuk pertanyaan tentang pameran, sila hubungi :
- Email : biousahawan@bioeconomycorporation.my
- Cik Marlia: +603 2116 5471 / +6012 364 8179
- Cik Norma: +603 2116 5442 / +6011 222 6384
Untuk penajaan, sila hubungi:
- syahirah.adnan@bioeconomycorporation.my
- Cik Syahirah: +603 2116 6499
Semoga Maju Jaya Mommy ucapkan.
saya hendak belajar kursus uahawandan secara part-time
Peluang macamni memang sentiasa ditunggu² usahawan lebih-lebih lagi bagi yg baru mula nak berniaga.
peluang keemasan untuk usahawan. Bagus sangat ada event macam ni.
Hadiah best2 jugak tu