Halu gais.. Raya puasa tak boleh balik kampung sebab PKP. Raya haji 2020 pun kami tak balik juga. Lagipun cuti kejap sangat. Tak sanggup redah jem oii.
Jadi, raya haji hari pertama, kami cuma tidur sahaja. Haha. Tapi, raya haji kedua, Daddy plan nak bawa kami jejak Kilometer Sifar. Nice!
Ini semua punca lepas Mommy jumpa KM0 di Kuala Lipis la. Balik cerita kat dia, dia pun ajak cari walaupun slow-slow gituh.
Rupanya Daddy bawa ke area Banting. Wah.. apa ada kat Banting selain Pantai Morib? Zaman bercinta je ke situ.
TEMPAT MENARIK DI BANTING
TUGU PERINGATAN KELUARGA HAJI SIDEK
Sebagai pemain badminton sejati (merujuk kepada Daddy), of course lah dia kena tahu pasal ini. Hehehe.. Rupanya dah lama dia tahu, cuma tak singgah.
Agaknya sebab kedudukan tugu ini depan rumah pemilik tugu ini, jadi tak ramai nak berhenti di sini. Malah, tepi jalan pula tu. Kena meredah masuk ke dalam kawasan rumah orang. Huhu.

Mohon izin bergambar ya. Terima kasih.
Alamat : Tugu Peringatan Keluarga Dato Hj Sidek, Kampung Kanchong Darat, Banting.
PANTAI MORIB
Tempat kedua yang kami singgah adalah Pantai Morib. Lama betul tak datang sini. Rasanya belum kahwin pun lagi masa tu. Huhu..

Cuma Mommy tak berapa yakin nak benarkan anak-anak mandi di sini. Airnya tidaklah terlalu bersih. Jadi, jalan-jalan sambil menikmati angin laut dan juga aiskrim sahajalah.

Ariq biasalah. Masih lagi fobia dengan pasir. Tapi, bila dah stay lama sikit, barulah dia berani jejakkan kaki. Itupun pakai kasut!
Alamat : Pantai Morib, 42700 Banting, Selangor.
MUZIUM INSITU JUGRA
Kemudian, kami ke Jugra pula. Di sini, banyak juga tarikan rupanya. Salah satunya adalah Muzium Insitu Jugra ini. Cuma, mungkin sebab masih bercuti raya (raya haji hari kedua), muzium ini masih ditutup. Jadi, kami bergambar di hadapan muzium sahajalah.

Bab posing, korang boleh agak lah anak-anak ikut sapa? Hmm..
Alamat : Muzium Insitu Jugra, Jugra, 42700 Banting, Selangor.
BUKIT JUGRA
Signage Jugra memang nampak dari jauh lagi. Terus tertarik untuk naik ke sana. Dan sebelum ke sini, korang boleh singgah ke Muzium Insitu tadi, dan juga Makam Sultan Abdul Samad.

Di Bukit Jugra ini rupanya terkenal dengan aktiviti paragliding. Tertarik anak-anak bila masing-masing dapat tengok aktiviti tersebut.
Selain aktiviti Paragliding, Mommy rasa di sini pun boleh hiking.
Alamat : Bukit Jugra, Jugra, 42700 Banting, Selangor
RUMAH API BUKIT JUGRA (BUKIT JUGRA LIGHTHOUSE)
Tempat yang sama dengan Bukit Jugra ini, terletak Rumah Api Jugra. Tapak inilah dijadikan sebagai kawasan untuk aktiviti Paragliding.

Menurut Wikipedia, rumah api ini dibina oleh Jabatan Marin Malaysia pada tahun 1976 bagi mengawal dan membantu pelayaran dan pergerakan kapal dagang dan nelayan yang melalui Selat Melaka, terutama yang akan berlabuh di Pelabuhan Klang.
Rumah api ini dibina berbentuk menara batu konkrit setinggi 146 meter pada permukaan 25 meter dari aras laut.
Alamat : Bukit Jugra Lighthouse (Rumah api Bukit Jugra), Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor.
MAKAM SULTAN ABDUL SAMAD
Tak lengkap ke Jugra jika tak singgah ke Makam ini juga. Kami pergi pun dah lewat petang. Sejurus selepas turun dari Bukit Jugra.

Korang perlu pandu ke dalam sehinggalah ternampak pintu gerbang ini.

Kompleks Makam DiRaja ini bukan sahaja menempatkan Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, tetapi juga makam kaum kerabat baginda.
Untuk masuk ke sini, korang perlu daftar nama dahulu di pondok pengawal. Dan jangan lupa pakai mask ya. Tiada bayaran, tapi ia ditutup jam 5 petang.
Alamat : Makam Sultan Abdul Samad, Jalan Makam, Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor.
MASJID DIRAJA SULTAN ALA’EDDDIN
Pada mulanya, Mommy tercari-cari juga di mana masjid keemasan ini? Rupanya ia kini berwarna putih. Juga dikenali dengan nama Masjid Bandar, ia dibina pada tahun 1905 selepas siapnya pembinaan bangunan Istana Alaeddin.

Nama Masjid Bandar atau Masjid Alaeddin ini diberi sempena mengambil nama Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke 5 (1898 – 1938).
Menurut sumber, masjid yang mampu menampung 500 jemaah dalam satu masa ini dibina hasil dari sumbangan dana Baginda Sultan Alaeddin sendiri.
Dari luar, masjid ini memang luas. Singgah sebentar sebab sudah lewat petang.

Masjid ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak tanah Bersejarah dan juga didaftarkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada 2008 oleh Jabatan Warisan Negara. Ia juga merupakan salah satu masjid tertua di Selangor.
Alamat : Sultan Alaeddin Mosque (Masjid DiRaja Sultan Alaeddin), Kampung Sawah Tengah, 42700 Banting, Selangor.
ISTANA BANDAR
Sayang betul. Kalau mengikut google, Istana Bandar ini ditutup jam 6 petang. Tapi, Mommy faham, musim PKP sekarang ni, semua tempat kebanyakannya akan ditutup awal.

Dan Mommy sendiri menyaksikan pagar dikunci jam 4.50 petang. Sobs. Maybe next time kita jejak lagi di sini.
Istana Bandar ini cantik dari luar. Pasti di dalam lebih indah.
Istana ini asalnya tempat bersemayam Sultan Selangor ketika Jugra menjadi ibu negeri Selangor. Sultan Selangor ke-5, Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pernah menetap di sini selama 35 tahun , sejak 1905.
Ketika itu ramai pegawai British dan tetamu asing datang ke sini. Di istana ini turut diadakan majlis keramaian dan majlis keagamaan kerana baginda seorang sultan yang amat berpengaruh dan berkuasa.
Alamat : Istana Bandar, Kampung Sungai Ingat, 42700 Banting, Selangor.
RESTORAN TAWAQAL BANTING
Datang tempat orang, kita kena cari tempat makan best. Katanya, di sini tempat makannya best. The best traditional recipe in town since 1941. Fuh lama betul restoran ini.

Jadi kami cuba menu-menu ini.
– Mee Rojak sedap 🥰
– Roti canai lembut 😍
– Cicah kari daging yang marvelous 😋😋
Alamak! Rindu pula kari daging tu.. Harga standard sahaja. Best!
Alamat : Restoran Tawakal Banting, 315, 287, Jalan Sultan Abdul Samad, Taman Seri, 42700 Banting, Selangor
KILOMETER SIFAR KLANG (0KM KLANG)
Dah puas rasanya pusing-pusing Banting. Kami ke destinasi akhir iaitu di Klang. Ini pun sekadar singgah untuk lihat sendiri batu 0KM atau dikenali sebagai Kilometer Sifar.

Korang nak cari KMO ini mudah jer. Taip je KM 0 Klang. Google Map akan bawa terus ke sini. Dan yang pasti, kebanyakan batu ini depan Pejabat Pos.
Amacam?
Jangan ingat Selangor tiada tempat menarik tau. Pusing Banting sahaja pun dah penat tau. Hahaha.. Mommy siap bertema baju kedah lagi. Tapi, baju ni memang selesa betul. Jadi, tidaklah Mommy nak tantrum sebab berpeluh ke apa. Heheh..
Selamat melawat Banting!
Cantik² lah semua gambaq
maceh
selalu gi Banting balik umah mak angkat tak pun lepak morib je hahahah tak pernah sampai jugra,oh ya kat morib tak best lepak,pi kelanang depan skit cantik giler tuk photoshoot.
pttnya mmg nak g Pantai Kelanang atau Pantai Batu Laut, tp lemau dah haahahaha
Oii lama dah tak pergi banting oiii…morib pun lama tak pergi