Fri. Jan 17th, 2025

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN : VAPE HARAM

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN : VAPE, E-CIGGARETTES HARAM

SEPANG 21 Dis. – Penggunaan rokok elektronik atau vape yang menjadi trend segelintir masyarakat ketika ini difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu diambil berdasarkan kajian yang dijalankan dalam pelbagai sudut seperti syariah, perubatan dan saintifik.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan juga mendapati penggunaan rokok elektronik atau vape memudaratkan tidak kira kesannya cepat atau lambat terhadap seseorang individu.

“Dalam Islam umatnya dilarang mengambil bahan memudaratkan secara jelas atau tidak, secara segera atau secara perlahan-lahan yang membawa kepada kematian, kerosakan anggota, boleh membawa penyakit bahaya atau kemudaratan pada akal.

“Rokok elektronik atau vape juga termasuk dalam perkara yang jijik seperti memudaratkan dan baunya yang busuk,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di sini malam ini.

Menurut Abdul Shukor, rokok elektronik atau vape juga mengandungi unsur pembaziran kerana penggunanya mem­be­lan­jakan wang kepada perkara mudarat dan tidak berfaedah.

“Dalam Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, semua ahli panel bersetuju untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape selepas mene­liti dapatan kajian yang dijalankan.

“Sehubungan itu, orang Islam hendaklah menjauhkan diri daripada menggunakan atau terlibat dengan rokok elektronik atau vape yang ketika ini sudah jelas memudaratkan penggunanya.

“Pihak berkuasa atau pe­merintah juga boleh membu­at keputusan mengharamkan vape jika ada maslahat umum dan kebaikan,” katanya.
 Sementara itu katanya, rokok elektronik atau vape diharamkan berdasarkan Qaedah Saad Al-Zaraia ia­itu menutup keburukan yang lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Abdul Shukor turut mengesyorkan agar negeri-negeri lain mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape seperti yang telah dilaksanakan di Johor dan Kelantan.
- Utusan Online

Mommy : Baguslah. Bukan bagus pun vape tu. #vapeoff

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!