Saya dapat tahu ramai Mommies pakai this brand untuk ulser. Bagus? Sebab sebelum ni saya cuma guna Oral Aid, tapi ada grup2 Mommies yang lain suggest this brand. Ok. Let’s try.
Apa itu Aloclair
Aloclair Plus Spray membentuk satu lapisan pelindung yang melekat pada rongga mulut untuk memberi halangan mekanikal di kawasan terhehas dan seterusnya meredakan kesakitan yang disebabkan oleh saraf yang terdedah.
Aloclair membantu penyembuhan dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan luka-luka kecil di dalam mulut seperti luka yang disebabkan oleh ulser aftosa, stomatitis aftosa dan luka-luka kecil; ulser geseran dan ulser traumatik yang disebabkan pendakap gigi (braces) dan gigi palsu yang tidak sesuai serta luka-luka akibat daripada pembedahan.
Asid hialuronik dan aloe vera yang terkandung dalam bahan ini membantu proses penyembuhan semula jadi.
Sesuai digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak (semua peringkat umur).
Cara guna Aloclair – UBAT ULSER BABY
Halakan vaporizer ke arah luka di dalam mulut dan sembur 3 kali atau mengikut keperluan untuk melitupi luka itu. Selamat jika ditelan.
Guna 3-4 kali sehari atau mengikut keperluan.
Peringatan : Aloclair Plus Spray TIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh mana-mana pesakit yang mempunyai SEJARAH HIPERSENSITIVITI kepada mana-mana bahan kandungan produk ini. Jangan lupa dapatkan nasihat doktor jika anda kerap mengalami ulser mulut.
Review Mommy
Malam tadi spray 3x kat tempat ulser Hannah. Mommy pn try skali kt ulser pipi nih.. X rasa kebas sangat macam Oral Aid.
Tapi magiknya selepas 30 minit spray Aloclair nih, dah boleh makan dgn senang. Minum susu pun ok. Dan Hannah dah tak bangun tengah malam sambil nangis cakap sakit.
Dan tak nampak dia ketap-ketap bibir tahan sakit this morning. Syukur.
Beli dkt mana ye spray ni..tengah mencari sian tgk anak2 xbole mkn sbb ulser
Farmasi ada
Boleh ker bagi oral aid dgn aloclair nie sekali ea ?
try one item dlm 1 masa
dekat mana2 farmasi pn ad ke? ank sya dh dua ari kna ulser.ulser ni memg demam ke? umur ank sya 13blan.pnas sgt bdan
brp blh kasi dlm 1 ari tu sis
ada tls kt kotak.. guna 3-4 kali sehari atau ikut keperluan..