Thu. Jan 16th, 2025

LAGU AKU CINTA SYAMEL & ERNIE ZAKRI MEMANG BUAT AKU MEREMANG!

LAGU AKU CINTA SYAMEL & ERNIE ZAKRI MEMANG BUAT AKU MEREMANG!

Berakhir sudah AJL32 malam tadi. Dan Mommy pasti, korang pun dah tahu siapa menang. Tahun ni, pentas AJL didominasi oleh ‘first timer’ kata orang. Muda mudi sampai Mommy sendiri tak kenal, siapa dia tu, siapa dia ni. Hahahaha. Marah nau kawan-kawan bila tanya siapa dia tu, siapa dia ni. Haha. Tapi bila dengar lagu, ohhhh.. Mommy tahu lagu ni.. Orangnya je tak kenal. Kihkih. Faktor umur kot. TV pun dah lama tak tengok..

Ok nak stori pasal 1 lagu yang bikin Mommy meremang. Mommy sebenarnya cuma kenal seorang je dari mereka berdua ni, iaitu Syamel. Syamel ni memang sah-sah dah suara sedap giler. Tapi siapa sorang lagi ni? Dah la comel gila! Dress serius lawa gila. Haaa boleh gila semua.. Nah.. dengar suara.. Fuhhhh. No wonder boleh menang VOKAL TERBAIK AJL32!!

Lirik Lagu Aku Cinta – Syamel Dan Ernie Zakri

Kasih rahasiakan cinta
Tak mudah aku percaya
Setelah senda tawa nan mesra
Relakan hati sucimu

Kasih rahasiakan hati
Perlahan dirimu pergi
Bila berdua bahagia rasa
Dirimu hanya milikku selamanya

Lengkapilah deraian cinta
Jangan biar ku menunggu harapanmu
Kau terindah hadir di jiwa
Zahir hilang di hatiku tetap cinta

Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta

Lemah jiwaku meronta
Biar zahir terukir tawa
Di hati tak sanggup ku bicara
Selain hanya dari kata
Aku cinta

Lengkapilah deraian cinta
Jangan biar ku menunggu harapanmu
Kau terindah hadir di jiwa
Zahir hilang di hatiku tetap cinta

Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta

Lemah jiwaku meronta
Biar zahir terukir tawa
Di hati tak sanggup ku bicara
Selain hanya dari kata
Aku cinta

INFO AJL 32

Pengacara

  • Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang sempoi giler. Kelakar tapi masih profesional! Mommy sarankan next Anugerah pun masih gabungkan mereka berdua!

Artis jemputan

  • Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A Rahman Hassan dan Jeffrey Din. Gabungan letop guitarist Edrie Hashim & AG Coco masa pembukaan pun dah meromang den. Sambil kagum, terer sungguh deme menggoreng. Huhu. Stacy, tak payah nilai apa-apa dah. Dah tahu mantap dan antara artis yang tak mudah semput walaupun menari tak hengat!

12 lagu finalis AJL 32

  • Lebih Sempurna – Syamel (Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz)
    • No comment. Memang sedap. Penyanyi AF kot.. live ni memang makanan dia..
  • Sejati – Azmi Caliph Buskers (penyanyi asal Faizal Tahir) (Faizal Tahir/Mike Chan)
    • Walaupun lagu ni lagu Faizal Tahir, tapi cara Azmi bawa memang lain dari yang lain.. Syahdu macam mana ntah..
  • Aku Yang Sebenar – Hazama & The Penglipur Lara (Datuk M Nasir/Ad Samad)
    • Mata Hazama!!! Biru macam guli!! Tak sanggup pula nak cari gambar dia. Hahaha..
  • Menahan Rindu – Wany Hasrita (Ibnu/Gouffran)
    • Neves kot. Flawless skin.. haaa itu pulak yang Mommy tengok yer? Hahaha..
  • Jampi – Hael Husaini (Ezra Kong/Hael Husaini)
    • Lagu totally lain rentaknya. Mommy tak fokus sangat. Cuma, kalau laaaa dia jemput Cikgu Violin yang viral main lagu Jampi ni, sure Mommy fokus. Plus lampu dia memang sakitkan mata Mommy. Merah kan. Sesuai la kot ngan tajuk tu. Tapi tu lah.. tak panggil cikgu violin viral tu pun, dah boleh menang juga sebab lirik tu. Hehehe. Lagu Jampi yang mampu Jampi semua orang..
  • Akhirnya, Cinta – Salma (Ajai/Slen)
    • Maaf. Mommy dari awal tak boleh fokus walau ramai sokong dia. Apa yang Mommy dengar ialah menjerit. Sorry peminat Salma. Hahahaha..
  • Separuh Mati Ku Bercinta – Dayang Nurfaizah (Ajai)
    • Lagu best. Lirik best. Gaya best. Baju best. Tapi mungkin bukan tahun Dayang agaknya AJL32 ini.
  • Aku Cinta – Syamel dan Ernie Zakri (Syamel)
    • Lagu meromang den.. Haishh.. Memang powerful!! Siap ala-ala orkestra. Fuhhhh. Tabik! Dan ramai yang cakap mereka ni bercinta. Tapi masing-masing nafi katanya. Ermm.. tak kisahlah nak..
  • Amboi – Altimet (Navigator/Altimet)
    • Ohoii. Dari awal Mommy dah agak dia ni boleh menang persembahan. Memang best lahhh! Siap ambil Nabila Huda sebagai opah kau ye Altimet. Hahaha. You rock, girl!! Nenek sempoi!
  • Warkah Untuk Mu – Ara Johari (Hang Nadim/Laq)
    • Lagu best dah. Suara out malam tu. Sakit dengar-dengar cite. Kesian..
  • Bayang – Khai Bahar (Alam Harry Khalifah/Patrick Anohada)
    • Bila expectation tinggi, tapi bila perform, out. Mommy tahu, dia boleh perform better than this! Lagu ni sedap, Khai pun sebenarnya takde masalah dengan lagu tinggi.. so.. apa masalah dia? Nervous kot!
  • Tergantung Sepi – Haqiem Rusli (Ibnu/Gouffran)
    • Mula-mula Mommy tengok, ni Fattah Amin ke? Haha. Versi kurus. Heee.. Tapi lagu ni memang sedap. Lirik pun power! Cuma suara out sikit. Nervous juga kot!

Haaa. Mommy dah letak ikut turn persembahan dorang tu..

PEMENANG AJL32

  • Penyanyi Pilihan Samsung – Khai Bahar
  • Persembahan Terbaik – Altimet
  • Vokal Terbaik – Syamel & Ernie
  • Tempat Ketiga – Haqiem
  • Tempat Kedua – Azmi Caliph Busker
  • Juara AJL32 – Hael

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG AJL32

LAGU AKU CINTA SYAMEL & ERNIE ZAKRI MEMANG BUAT AKU MEREMANG!

LAGU AKU CINTA SYAMEL & ERNIE ZAKRI MEMANG BUAT AKU MEREMANG!

LAGU AKU CINTA SYAMEL & ERNIE ZAKRI MEMANG BUAT AKU MEREMANG!

LAGU AKU CINTA SYAMEL & ERNIE ZAKRI MEMANG BUAT AKU MEREMANG!

LAGU AKU CINTA SYAMEL & ERNIE ZAKRI MEMANG BUAT AKU MEREMANG!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

7 thoughts on “LAGU AKU CINTA SYAMEL & ERNIE ZAKRI MEMANG BUAT AKU MEREMANG!”
  1. setuju sangat , meremamg bila ernie buat whistle tu…
    and lagu duo ni repeat bnyk kali pun tak boring.
    kenapa lah tak dapat no 3 ke kan.. huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!