15/06/2024 8:42 AM
Kadang2, Mommy tenangkan fikiran & cuba refresh balik zaman kecik Mommy.

Xde teknologi canggih.
Xde komputer.
Xde smart phone.

Yang ada, hiburan bila sembang2 & gelak tawa bersama family & kawan2.

Hiburan ketika main2 panjat lori, aci2 sembunyi, baling tin, main tiang ke tiang, galah panjang & segalanya. Seronok betul pk masa tu.


X pernah dengar ada budak2 masalah lambat cakap segala. mungkin sebab Mommy kecik lagi. Tapi tengok adik Mommy, walaupun beza 8 tahun umur kami, kecik2 petah je bercakap.

Balik sekolah, baik sekolah rendah, mahupun sekolah menengah, x sabar2 nak balik cerita macam2. Dah tau, 100% fokus diberikan oleh makbapak.

So, apa masalah sekarang ni?

Makin maju.
Makin ligat otak masing2.

Tapi.. makin parah komunikasi!

Macam2 dengar sekarang ni. Masalah sosial melampau, anak2 kecil lambat bercakap, masalah itu ini yg rata2 x pernah org tua2 cerita masalah tesebut..

Semua ralit.

Duduk semeja, x bercakap.
Duduk bersebelahan, x bercakap.

Anak2? Makin galak & ralit hadap gajet.
Mak bapak? Scroll! Scroll! Scroll!
Kadang2, nothing to read!
but HABIT!

“I cepat boring”

Pegi depan tv, nak elak gadget, hadap TV, terlupa jugak bab komunikasi tadi.
Terlupa ada ramai orang dalam rumah.
Terlupa yang banyaknya cerita yang nak diceritakan.

Minit sentiasa bergerak.
Sampai masa untuk tidur.
Sebelum tidur, hadap lagi gadget.
Bangun tido, gadget lagi.

Apa hebat sangat teknologi mcm ni?
Sibuk di situ macam sedang berborak di pasar.

Realitinya??

Allah.
Aku kah yang ralit itu?
Aku kah punca anak2ku lambat bercakap?
Aku kah?
Aku..

Regards,
Mommy Hannah Damia ‘n’ Ariq Emir
Important :
– Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
– Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
– Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!