
Vitamin E Moisturising Mask Cosmoderm | Prinsip Mommy, kulit kena sihat terlebih dahulu, barulah cantik untuk pakai makeup. Kalau kulit tak sihat, kita pakai pula makeup setiap hari, bukan kah ia cuma makin merosakkan kulit kita? Fuh.. Bila kita sentiasa ingat perkara ini, Mommy akan pastikan wajah Mommy betul-betul dijaga setiap hari. Tolong jangan malas kalau sayang kulit korang!
Dengan usia yang makin bertambah.. Ok Mommy ngaku, Mommy bukan 17 tahun dah, tapi 18 tahun tahun 2018. Ahaks. Ok bila usia dah makin bertambah ni, kulit kita pun sebenarnya ada perubahan juga. Ditambah pula kalau kalau kulit jenis kombinasi (kering) macam Mommy ni. Ishhhh… Mommy kena cari solusi untuk hidratkan semula kulit ni.
Dan disebabkan ini jugalah Mommy nak kongsi dengan korang..
RUTIN SKINCARE.. BUKAN HANYA CUCI MUKA..
Kalau ikutkan langkah-langkah penjagaan wajah ni, ada banyak tau. Bukan sekadar cuci muka je tau. Ada scrub, mask, serum, mist dan macam-macam lagi tau. Penjagaan kulit muka Mommy ada banyak langkah-langkahnya. Nah Mommy tunjuk SEPARUH daripada apa yang Mommy amal.
Ok.. Mommy taknak stori tentang semua produk di atas, tapi kali ni Mommy nak kongsi dengan korang 1 rutin penting untuk wajah kita, iaitu penggunaan MASK! Penting oiitttt!!
UNTUK KULIT KOMBINASI, VITAMIN E MOISTURISING MASK COSMODERM INI SANGAT MEMBANTU!
Tahukah korang, dengan penggunaan mask 2 kali seminggu, ia mampu memperbaharui kulit dan dalam masa yang sama melembapkan wajah. Biasanya, kalau sebut mask, ada macam-macam jenis tau, antaranya krim, sheet mask, gel dan clay masks. Dan pilihan Mommy, adalah VITAMIN E MOISTURISING MASK COSMODERM jenis krim ini.
Haaa.. Ingat Mommy cakap tadi? Kulit Mommy jenis kombinasi (kering dan matang), jadi Mask ini sesuai untuk korang yang sama jenis kulit Mommy.
Paling penting, ia sangat mudah digunakan. Cuma calit-calit seluruh wajah, leher dan sekeliling mata, tunggu 30 minit, terus cuci. Tempoh 30 minit tu sebenarnya adalah untuk menambah penghidratan dan nutrien kembali ke kulit kita.
Lepas guna mask ini, biasanya Mommy akan terus sapu Eye Treatment Gel Cosmoderm pula di bawah mata untuk hilangkan lebam dan garis halus bawah mata (jangan sebut kedut..tak baik! ekeke).
3 bahan utama digunakan iaitu Aqua, Sunflower Seed Oil, Kaolin ini memberikan beberapa kebaikan, iaitu :
- Mengekal dan mengawal kelembapan lapisan epidermis
- Melembap dan mempertingkat kelembapan kulit
- Memulihkan tisu-tisu kulit dengan memperbaiki peredaran darah
- Melembapkan sel-sel kulit agar menjadi lembut, anjal dan berseri
Bagus kan??
PENGALAMAN MOMMY GUNA VITAMIN E MOISTURISING MASK
Selain kaedah menggunakannya cukup mudah, Mommy juga suka dengan tekstur krim Moisturing Mask yang tidak terlalu pekat melekat macam sesetengah krim yang lain. Mudah sangat dicuci walaupun dengan hanya menggunakan tisu basah.
Dengan rasanya yang sejuk di muka dan tiada sebarang alahan sepanjang Mommy cuba Mask ini, buat Mommy yakin yang Mask ini memang sesuai dengan kulit Mommy.
Sebenarnya, bukan Mommy sahaja yang guna tau. Daddy pun turut guna Vitamin E Moisturising Mask Cosmoderm nih. Tapi biasalah lelaki, kalau tak pesan, mesti lupa punya. Jadi, Mommy akan pastikan Daddy turut pakai pada malam yang sama Mommy guna.
Oh ya.. Mommy tak risau bila beli secara online sebab ada lapisan pelindung yang ditutup penuh seperti ini. Jadi, isu kebocoran tak mungkin berlaku.
Korang pun boleh dapatkan dari laman web www.cosmoderm.com.my juga. Atau melalui farmasi-farmasi terpilih seperti Guardian, Watson, Caring, Aeon Wellness dan banyak lagi.
Harga?? Ini satu part yang Mommy suka sangat dengan Cosmoderm. Harganya memang mampu milik ye kawan-kawan. Serius! Yang paling penting, ianya selamat dan halal. Dan korang pun tengok sendiri kan koleksi Cosmoderm yang Mommy ada. Sebab Mommy memang percaya dengan Cosmoderm.
Apa yang korang patut buat sekarang? Pertama sekali, kenali kulit sendiri. Sebab produk Cosmoderm ini dikhususkan untuk menyelesaikan masalah mengikut jenis kulit kita. Kemudian, korang boleh follow Facebook Cosmoderm dan Instagram Cosmoderm untuk info yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan di sana pun, memang cepat sangat respon mereka. Sebab tu Mommy sayang sangat Cosmoderm. Auwwww..
Cik tunang ada masalah kulit kering.. Boleh belikan dekat dia..
Wahh ada mask…ritu usya mask rangkaian lain terlampau mahal…nanti nk cuba beli 1…jarang juju guna mask…kena praktik azam tahun baru.
lama dah tak pakai masker. nak beli la masker cosmoderm ni, mudah jer nak pakai.
memang best la tengok mask cosmoderm ni, rasa nak cuba!
Selalu dengar orang cakap produk ni bagus. Nak try la…mana tau mmg elok 🙂
mimin pun suka pakai pencuci muka ni
memang best sgt pakai barangan cosmoderm ni..i olss pun skrg pakai cosmoderm je..
Baru je beli produk cosmoderm tapi tak beli yang mask nie. Nanti bolehlah order kat website tu. Thank you akak!
Set Vit E Cosmoderm ni memang best.
Sekarang konsisten dengan pelembab vut e cosmoderm .. sebab kulit kering , rasa smooth jugak la kulit
lengkap dah dengan produk cosmoderm ni ye kak she..
cik daddy hanya pakai mask ni je ke atau ada pakai yang lain juga ?
ada yg lain juga. gilir2. itu pun depend bini dia pakai apa. hehehe