Mommy gigih mencari info mengenai rambut sebab setiap kali nak cari syampu, mesti pening. Syampu nih sesuai utk jenis kering ke, rosak ke, sesuai untuk semua jenis rambut ke, macam mana.
ISI KANDUNGAN
hide
Jom studi jap.
SYAMPU SESUAI MENGIKUT JENIS RAMBUT
Jika Rambut Berminyak
Pilih syampoo yang dibuat khusus untuk rambut berminyak. Formulanya harus mampu membersihkan minyak dan lemak pada kulit kepala, tapi juga harus sesuai untuk penggunaan sehari-hari. Produk tidak harus yang berformula terlalu kuat, kerana bahan kimia yang terlalu kuat dapat mengambil kandungan minyak yang terdapat di kulit kepala, sehingga kelenjar minyak pada kulit kepala akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk mengatasi kekeringan, yang akibatnya rambut akan semakin berminyak.
Untuk penggunaan kondisioner, pilih yang sedikit mengandung minyak untuk mencegah kelebihan minyak dan agar rambut tidak terlalu lembap. Jenis Clarifying Shampoo merupakan pilihan yang paling tepat untuk Si Rambut Berminyak, karena secara efektif mengurangi kandungan minyak dan lemak, sehingga rambut tidak lepek dan terasa lebih ringan. Syampo dengan ekstrak mint atau lemon merupakan pilihan ideal untuk rambut berminyak. Bersihkan rambut minimal tiga kali seminggu.
Untuk Rambut Kering
Rambut kering cenderung bercabang dan mudah patah. Pilih syampoo khusus rambut kering yang mengandungi lebih banyak pelembap dan nutrisi. Formulanya juga harus lembut dan mengandungi bahan-bahan yang mengandungi minyak almond, madu, chamomile, atau minyak zaitun. Kondisioner pelembap sangat diwajibkan untuk rambut kering. Tekstur kondisioner yang lebih pekat merupakan pilihan sempurna untuk rambut kering dan rosak, untuk perawatan harian yang lebih intensif.
Rambut Diwarnai, Diluruskan/Dikeriting
Jika rambut telah mengalami pewarnaan, pelurusan atau pengeritingan, anda harus lebih hati-hati dalam memilih produk perawatan rambut. Produk seharusnya dapat mempertahankan warna pewarna rambut dan memperbaiki kerosakan rambut yang terjadi selama proses pewarnaan. sebanyak mana pewarna rambut yang anda gunakan, produk tersebut tetap mengandung bahan kimia yang keras.
Gunakan syampoo yang dibuat khusus untuk rambut diwarnai/dikeriting/diluruskan dengan UV filter untuk mencegah warna rambut dari pudar. Syampoo harus lebih banyak mengandungi berbagai nutrisi untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan bahan kimia dari pewarna rambut atau produk pelurus/pengeriting rambut. Lengkapi juga perawatan dengan kondisioner dan masker rambut.
Rambut Mudah Berkelumumur
Jika rambut anda mudah berkelumumur, anda harus memilih syampo dan kondisioner atau serum anti kelumumur. Syampoo jenis ini mampu membersihkan kulit kepala secara efektif dan menghilangkan kelumumur selama beberapa hari. Beberapa jenis syampo anti ketombe menawarkan bahan khusus seperti ketoconazole yang berfungsi mencegah penyebab kelumumur dan menormalkan kadar pH kulit.
Mitos mengenai rambut
1. Rambut tebal jika kerap dipotong
Ramai beranggapan, rambut akan tumbuh lebih cepat dan tebal jika sering dipotong. Buat pengetahuan anda, akar rambut tumbuh di dalam kulit. Memotong rambut lebih kerap membantu memperbaiki folikel rambut terutama bagi yang menghadapi masalah rambut bercabang. Pun begitu, kerap memotong rambut tidak bermakna rambut akan tumbuh lebih cepat atau tebal.
2. Mewarnakan buat rambut mudah bercabang
Rambut bercabang disebabkan kebiasaan merawat rambut dengan cara yang kurang tepat. Selain itu kurangnya penjagaan yang sesuai dan tepat menyebabkan rambut mudah rosak. Salah satu tanda rambut rosak adalah bercabang pada hujungnya. Meskipun sudah banyak produk perawatan rambut bercabang diperkenal di pasaran, namun tidak semestinya ia benar-benar berkesan dan sesuai untuk rambut seseorang. Justeru, bagi yang mengelakkannya, cara yang paling efektif adalah dengan memotong atau merapikan bahagian rambut yang bercabang.
3. Bersih rambut setiap hari punca rambut kering
Tidak ada peraturan tentang berapa kerap sepatutnya anda bersyampu mencuci rambut, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor. Sebagai contoh, andai anda memiliki kulit kepala dan rambut jenis kering, jika anda membersihkan setiap hari maka itu membuatkan rambut menjadi kering, kecuali jika anda menggunakan perapi selepas mencuci. Sebaliknya, seseorang dengan rambut berminyak, tiada masalah jika sering membersihkan rambut.
Begitu juga dengan mereka yang gemar bersenam setiap hari. Rambut perlu dibersihkan lebih kerap kerana ketika bersenam, tubuh termasuk kulit kepala akan mengeluarkan lebih banyak peluh sehingga kulit kepala dan rambut akan lembap. Oleh itu, bukan kekerapan membersihkan rambut yang menjadi persoalan, sebaliknya jenis rambut dan aktiviti yang dilakukan merupakan faktor utama kenapa rambut perlu dibersihkan.
4. Rambut berubah warna kerana syampu
Syampu merupakan pencuci yang diformulasi untuk membersihkan rambut dan kulit kepala. Menggunakan sabun setiap hari tidak akan mengubah warna kulit kepada warna kelabu, begitu juga dengan penggunaan syampu – tidak akan membuat rambut bertukar kepada warna kelabu. Punca rambut berubah warna mungkin disebabkan oleh faktor genetik, hormon, dan pengambilan zat yang tidak seimbang. Misalnya, disebabkan oleh kekurangan vitamin.
Penggunaan syampu juga bukan bermakna rambut anda kekal sihat sentiasa. Rambut merupakan unsur mati, zat yang dihasilkan oleh rambut disebut keratin. Syampu berfungsi hanya untuk membersihkan rambut dan kulit kepala semata-mata. Ia tidak ada kaitan secara langsung dengan sistem imunisasi tubuh. Jika anda sudah menemui syampu yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut, sebaiknya kekalkan ia dan tidak perlu untuk bertukar-tukar semata-mata mahukan kelainan.
5. Penggunaan perapi tidak berkesan
Kebanyakan perapi yang disapu pada rambut akan dicuci semula hingga ada beranggapan ia tidak mendatangkan sebarang kesan kerana dibersihkan. Perapi bertujuan menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diatur. Kebanyakan perapi digunakan setelah selesai mencuci rambut dengan syampu. Selepas beberapa minit dibiarkan pada rambut, perapi akan dibilas, namun dalam tempoh tersebut, ia sudah berfungsi secara optimum. Ini kerana fungsinya membantu membuatkan rambut lebih mudah diatur, lebih bersinar dan lembut sudah tercapai.
6. Uban tumbuh lebih banyak jika dicabut
Ramai beranggapan, apabila mencabut rambut yang beruban, maka ia akan menyebabkan lebih banyak uban yang akan tumbuh. Ini sama sekali tidak benar memandangkan setiap rambut memiliki satu folikel. Mencabut satu helai rambut tidak akan mempengaruhi lainnya. Jadi, apabila anda melihat rambut beruban, jangan takut untuk mencabutnya.
7. Tidur dengan rambut basah penyebab kelemumur
Keadaan yang memudahkan kelemumur tumbuh adalah lembap, berminyak dan panas. Ada beranggapan, tidur dengan rambut baru disyampu dan masih lembap akan menyebabkan kelemumur. Masalah pada rambut disebabkan diri tidak mementingkan kesihatan dan penjagaan rambut iaitu tidak membersihkan rambut selama berhari hari. Ini akan menyebabkan keadaan kulit kepala menjadi berminyak akibat timbunan minyak yang tidak dibersihkan selama berhari-hari sehingga menimbulkan masalah kelemumur dan sebagainya lagi.
8. Produk penjagaan rambut di spa sama seperti di pasaran
Produk penjagaan rambut di salun kecantikan rambut dihasilkan secara khusus untuk memenuhi keperluan pengguna. Sebagai contoh, salun menyediakan produk khusus untuk merawat rambut berwarna. Seperti penambahan ekstra serum pada produk dan juga perapi. Manakala produk syampu yang biasa di pasaran adalah untuk kegunaan umum dan tidak terhad untuk tujuan tertentu. Justeru, tidak benar andai dikatakan produk syampu di salun sama bahan dan fungsi seperti mana syampu biasa di pasaran.
9. Produk dengan label semula jadi bebas bahan kimia
Sebetulnya, apa yang dimaksudkan dengan penggunaan bahan semula jadi adalah bahan tersebut biasa anda guna ketika di dapur atau ada di kebun. Label yang ada pada sesuatu produk kononnya menggunakan bahan semula jadi adalah semata-mata untuk menarik perhatian. Di dalam syampu misalnya, tetap memerlukan pewarna, bahan pencuci dan sebagainya dan yang pasti ia bukan bahan semula jadi.
10. Rambut nipis lebih mudah rosak
Rambut rosak sebenarnya disebabkan oleh cara menyisir yang salah dan bukannya atas sebab tipis atau tebalnya rambut. Bahkan, penggunaan sikat yang tidak sesuai atau terlalu kasar ketika menyisir rambut juga boleh menyebabkan rambut bercabang dan lebih serius lagi ia akan mengalami kerosakan. Menyisir dengan cara yang salah, terutama pada bahagian rambut yang tipis akan menyebabkan rambut lebih mudah rosak. Tetapi, jika anda menyisir rambut mengikut kaedah yang tepat iaitu dengan cara yang lembut, maka rambut tidak mudah rosak.
******************
******************
Zaman dulu kan, masa kecik2 la kat kampung. Mak Mommy selalu ‘santankan’ kepala Mommy. Uols pernah buat? Rawatan cara guna santan (rambut) & parutan kelapa (gosok badan), nyata boleh SIHATKAN RAMBUT (santan) & buang daki2 badan (Hampas kelapa – yg dh diperah tu).
Bila tengok seperti di bawah nih, Mommy kena bagitau cara bawah ni. So xde la busuk gila sangat kepala nih kena lumur santan. Hahaha
Rasanya leh guna EVCO yg cosway punya tu..
******************
Tahukah anda???
pic: youngblacknappyTahukah anda???
Hebatkan kuasa Allah dalam menciptakan bahan2 seperti ini?
******************
Korang pakai syampu apa??
tolong suggest kalau rambut bermasalah, kering dan ada juga kelumumur, nak kena guna shampoo apa yang sesuai
Tyzara..
Best baca entry nie, banyak info..tq Mommy 🙂
Sy kadang main capai je syampu yang berkenan tp takde fikir pula pasal kesesuaian dgn jenis rambut.. Now dah tau ni rasanya kene research syampu dulu la baru beli.. Hehe