ALOEVERA FROMNATURE MALAYSIA | Hai readers. Aloevera atau lidah buaya memang terkenal dengan banyak kelebihan. Dan diperakui keberkesanannya dalam menjaga kulit serta rambut khasnya. Ada juga petua tradisional untuk merawat demam menggunakan Aloevera. Mommy pun ada juga tanam & jaga Aloevera tau.
Comey kan??
Inshaa Allah, sikit masa lagi, Mommy akan penuhkan balkoni tu dengan macam-macam pokok. Harap-harap, menjadilah impian ‘berkebun di langit tinggi’ Mommy tu. Haha. Inilah realiti orang duduk rumah tinggi kan, takde tanah. Tanam kat pasu je la mampu.
KELEBIHAN ALOEVERA UNTUK KULIT DAN RAMBUT
Ok, sedia maklum yang Aloevera ni memang bagus sangat untuk kulit kita dan juga rambut. Ok macam mana ia membantu kulit dan rambut kita?
- Melembapkan kulit dan mengelak dari jerawat naik
- Menjadi asas sebelum makeup
- Menjaga kulit yang sensitif
- Digunakan sebagai rawatan rambut secara semulajadi
- Melembapkan kulit si jejaka selepas bercukur
- Merawat kulit terbakar (sunburn)
Dan ada banyak lagi. Tapi, rajin ke korang nak potong kulit berduri dia tu, kemudian keluarkan isinya?? Haaa.. Mommy tak rajin. Jadi, Mommy nak sarankan korang cuba cara paling senang ni..
ALOEVERA FROMNATURE MALAYSIA
Oh yes. Tak perlu susah-susah nak tanam pokok lagi. Nak tanam ok je, cuma kalau nak guna setiap hari tu, agak mengambil masa la juga kan. Nah.. cuba rangkaian Aloevera dari FromNature Malaysia. Mommy terima direct from Korea tau.. Eh korang tak payah pening-pening nak order kat Korea ke apa, baca sampai habis ok? Nanti Mommy info la mana nak beli.
- FROMNATURE ALOEVERA 98% SOOTHING GEL
- FROMNATURE ALOEVERA 98% SOOTHING GEL MIST
- FROMNATURE ALOEVERA 98% SOOTHING MASK
Aloevera FromNature Malaysia – Dengan efek Melembapkan (Moisturizing), Menenangkan (Soothing) & Menyejukkan (Cooling)
Haaa. itu lah dia, 3 produk yang Mommy cuba dari FromNature Malaysia ni. Best wey! Sejuk, wangi, syiok sangat-sangat. Rupanya memang Aloevera ni betul-betul best. No wonder masa Mommy travel ke Korea tahun lepas, kakak Mommy & kawan-kawannya beli berbekas-bekas kat sana. Serius best dan rugi kalau korang tak cuba sendiri.
1. FROMNATURE ALOEVERA 98% SOOTHING GEL
Soothing Gel dalam bekas yang agak besar ini berbaloi untuk korang miliki sebab banyak sangat kegunaannya. First time Mommy cuba, memang wangi dan ada efek cooling. Sejuk 1 badan.
Antara kegunaan Aloevera 98% Soothing Gel ini apabila:
- kulit terasa kering
- merasakan kulit korang perlu dimanjakan
- kulit terasa iritasi kesan cukuran
- menenangkan kawasan mata yang keletihan
- rambut terasa kering
- keadaan sekitar yang berhabuk dan menyebabkan kulit kusam
- kerap terdedah kepada matahari
- iritasi kesan terbakar matahari
- jari jemari terasa kering
Bahan utama yang digunakan dalam soothing gel ini ialah Aloevera, Chamomile, Rosemary, Lavender dan Bergamot.
Kandungan Aloevera 98% Soothing Gel ini BEBAS dari 3 bahan kimia berbahahaya iaitu Paraben, Artificial Pigment dan Benzhophenone.
Soothing Gel ini selesa dan tak melekit. Itu yang paling best! Dan produk ini sesuai untuk semua peringkat umur. Macam Ariq yang ada ekzema bawah leher, Mommy cuma sapukan ajer Aloevera Soothing Gel ini. Mommy cadangkan korang beli dan letak untuk kegunaan di rumah. Jadikan seperti losyen setiap hari.
2. FROMNATURE ALOEVERA 98% SOOTHING GEL MIST
Item kedua yang Mommy nak korang miliki dan cuba ialah Aloevera 98% Soothing Gel Mist ini. Haaa. Korang nampak tak tekstur dalamnya?
Gel jugak tau di dalam tu. Mommy mula-mula fikir, kalau Mommy spray ni, mesti terkeluar-keluar gelnya. Haha. Tapi, tidak! Mist je yang keluar. Spray seperti biasa. Dengan efek cooling serta menyegarkan kulit wajah Mommy serta merta.
Sempurna jika dijadikan sebagai salah satu rangkaian skin care kita. Apatah lagi saiznya pun sesuai untuk digunakan ketika travel. Yang pasti, Mommy akan bawa ke NZ nanti. Manalah tahu, dengan cuaca sejuk di sana, muka Mommy akan cepat kering. Jadi, Mommy akan segera sembur Aloevera 98% Soothing Gel Mist nih.
Sama seperti Aloevera Soothing Gel, Mist ini juga tidak mengandungi 3 bahan kimia berbahaya (Paraben, Artificial Pigment dan Benzhophenone), dan kandungan utamanya pula ialah Aloevera, Green Tea, Rosemary, Lavender dan Sage. Mulanya Mommy ingat sama je dengan Soothing Gel biasa tu. Rupanya lain isi kandungannya.
Waktu bila sesuai guna Aloevera 98% Soothing Gel Mist ni?
Waktu sesuai untuk gunakan Soothing Gel Mist ini apabila :
- kulit terasa kering dan sangat sensitif
- terdedah kepada matahari terlalu lama
- persekitaran yang berhabuk dan kotor dan menyebabkan kulit kusam tidak bermaya
- kulit perlu dilembapkan
Efek cooling dan segar adalah sama seperti Soothing Gel juga. Jadi, korang tak perlu risau kalau guna pelembab via Mist ini. Lagipun ia lebih senang digunakan dan cepat meresap. Cuma jarakkan lebih kurang sejengkal, spray, biarkan beberapa saat dan tepuk2 manja kulit wajah korang. Boleh guna bila-bila masa dan di mana jua. Simpan kat tempat sejuk pun ok, lagi segar bila kita spray. Woot! Woot!
3. FROMNATURE ALOEVERA 98% SOOTHING MASK
Paling suka!!! Yeeahhh.. FromNature Malaysia Aloevera 98% Soothing Mask! Yang memberikan 3 efek utama iaitu melembapkan, menenangkan dan membantu membaiki tona kulit! Wah. Bahasa buku sangat.
Tapi betul lah. Mommy dah cuba beberapa keping dah. Seronok tau uols. Sejukkk je. Hehe.
Nah muka pertama kali cuba. Tak boleh senyum la opkos.
Lepas pakai tu baring la kejap 15-20 minit. Best rasa. Pek tu bila korang buka, rasa basah je. Memang tak kedekut bahan laaa kalau compare mask lain yang biasa Mommy guna. Kadang tu kering je. Errmmm. Wangi je mask ni pun!
Lepas dah buka tu, jangan pulak korang lap atau basuh. Tepuk-tepuk manja je wajah korang sehingga semua serum tersebut meresap ke dalam kulit. Kesannya, esok pagi tu, kulit korang rasa lembut sangat. Pelembap terbaik for me!! Owh. I’m so in love!
KAT MANA NAK BELI ALOEVERA FROMNATURE MALAYSIA NIH?
Korang boleh beli secara online di website berikut:
Malaysia : http://www.11street.my/store/fromnatureofficialstore (Free Shipping)
Singapura : https://ezbuy.sg/seller/products/efromnatureofficial-12382921
Untuk info terkini dan maklumat lanjut mengenai Aloevera FromNature Malaysia ini, korang boleh lawati laman facebook mereka, FromNature Malaysia @fromnaturemy
Jom grab sekarang. Thanks FromNature Malaysia, Aloe-You-Vera-Much!
Byk kan kegunaan aloevera ni. Lynda berkenan tgk mask tu. Boleh cuba ni sbb memang kulit muka selalu kering.
aloevera memang best..banyak kelebihan dia ni
Suka laaa yang mist spray tuu…
Produk berasaskan aloe vera memang elok,skrg pun tgh pakai produk alovera tuk hilangkan parut dan mark kat kulit masa pregnant.
Aloevera mmg byk kegunaan. Lepas berjemur Sal suka tepek kat muka. Sejuk dan menyegarkan.
Menarik gak aloe vera soothing mist tu
Dulu selalu ambil daun aloevera pastu letak gel dia tu kat rambut. Tapi sekarang dah senang, banyak dah produk berasakan aloevera. Memang bagus!
Pergh….. gel mist tu seksi
Bagus aloe vera ni… kecik2 dulu amik yg raw letak dkt muka.. dh besar ni mudah sbb dh ada produk mcm ni.
Jari anak melecur ritu pun sapu alovera jugak
best pakai aloevera ni..LN pernah burn satu muka..then pakai aloevera dlm seminggu camtu alhamdulillah terus oke..
Aloe vera memang bnyk kegunaanya.. Baguslah dah ada produk berasaskan aloevera mcm ni.. memudahkan pengguna yg nak pakai produk berasaskan aloevera
Dulu kat kg ada la aloe vera ni… best main jelly dia ms kecik2 dulu… x tahu lak khasiat die byk..
Mask tu menarik lah.. ai dulu suka main dengan pokok aloevera tu..
Suka efek aloevera bila kena kat skin kita. Comel taw awak punya pokok aloevera tu.
Aloe vera mmg banyak khasiat. Segar jer muka lps pakai mask aloe vera kan she? Best eh produk ni
Ada beli di Althea . Tak habis pakai lagi sebab malas haha tapi mmg banyak khasiat aloe vera ni
Ye? yang lain brand kot? yang ni dari FromNature. 98% hehe.. ada kt 11street je so far..
Wahhh bestnya..leh try pas ni..plak2 yg mist spray tu
Wahhh aloe vera gitu..banyak juga ya kelebihan2 aloe vera..ada jugak yg kita tatau.. tq she ..sharing about this..
Wahhhh. Byknya kelebihannya.. Hihihi
Migha memang suka pakai aloe vera nie, nak-nak kalau sunburn. Lepas nie boleh la cuba aloe vera FromNature nie pulak.
Best yer pakai mask aloe vera tu, nak beli jugak lah..
Mmg dok survey face mist, boleh laa tgk tgk yg aloevera ni gak
memang bestkan produk yg ada aloevera. nnti boleh la beli aloevera gel tu, taklarat dh nak ambik kat pokok taksempat dia nk besar
Aloe vera ni mmg Bagus. Sekarang dah senang ada produk camni. Nak guna je terus sapu. Tak payah susah-susah nak kupas kulit daun lidah buaya tu lg dah..
Menarik… suka produk aloevera mcm ni…
Aloevera soothing gel tu boleh membantu ekzema juga ye…yes tq she! Nak usya la web tu