Daddy dah mengadu nak buat spek baru.. Katanya spek lama dah patah bahagian belakang. Hmmm.. memikirkan bajet sebelum ini kalau buat spek, mesti lebih dari RM300. Itu pun dah paling basic dan murah dah Mommy rasa. Pening juga ni. Sebab spek adalah kewajipan untuk dia. Dalam masa yang sama, anak nak sekolah. Banyak komitmen nih.
Sehinggalah baru-baru ini, viral kedai spek di Sungei Wang terlajak murah. Huh? Betul ke?
NAIK MRT KE SUNGEI WANG
Korang faham-fahamlah jalan sekitar Bukit Bintang gais.. Hari biasa padat, hujung minggu sendat, hari cuti lagi la ketat. Eh.. Jadi, punya nak mudah dan elak jem, kami sekeluarga pilih menaiki MRT sahaja.

Turun di stesen MRT Bukit Bintang. Jalan sikit, terus jumpa Sungei Wang. Hoyeah. Mudahnya!
EYE PRO VISION KAT GROUND FLOOR JER..
Mudah sangat nak ke kedai spek viral di Sungei Wang Plaza nih. Rupanya kat Ground Floor jer.. Korang jalan sikit dari pintu masuk tu, memang terus sampai je area nih. Mudah giler. No kedainya Lot G111.

Dah sampai tu, Mommy dah serabut. Kenapa serabut? Banyak giler pilihan gaisss.. Mau rambang mata macam ni. Design spek semuanya up-to-date giler. Funky.
Korang pilih je nak jenis mana. Dari sekecil ngam-ngam saiz mata korang, sehinggalah penuh kelopak mata haaa. Siap boleh cover eyebag mata korang, kalau nak. Hahaha. Itu pilihan Daddy lah tu. Kemain besar frame yang mula-mula dia pilih. Mommy dah tergelak-gelak tengok. Tapi, stylo juga..
Mommy pun cuba juga. Tapi, muka Mommy memang tak sesuai pakai spek kot. Huhu.. Actually semalam, Mommy ada periksa juga mata Mommy. Ada silau sikit. No wonder Mommy susah nak drive malam. Takut-takut sebab silau lah kiranya..

Hannah pun ambil peluang untuk diperiksa juga matanya. Ada silau sikit. Mommy syak sebab selalu tengok smart phone. Tapi, tak dinasihatkan pakai spek lagi. Sebab masih sikit silaunya. Jadi, kena kawal penggunaan smartphone lah..
HARGA MURAH KAW-KAW
Patutlah viral. Rupanya harga murah kaw-kaw gaissss.. Nah.. ini harganya..

Bingkai (Frame) dan cermin multicoated cuma RM65 sahaja. Harga ini apply kepada semua jenis ‘power’ sehingga 400. Wah.. untung la. Boleh tukar spek tiap-tiap bulan kot? Haha..
Mommy dah tak fikir banyak dah. Boleh belanja Daddy anytime kalau harga macam ni. Haha.. Untung banyak berbanding harga biasa tempah spek di tempat lain.
Selain design yang cantik-cantik, bingkai yang ditawarkan juga tahan lasak. Korang boleh pilih dan minta nasihat Mr William di sana untuk jenis-jenis frame yang berkualiti tinggi.

KOS : RM65 untuk Bingkai + Cermin Multicoated.
DEMO ALPHA BLUE 420 LENS
Tunggu dulu. Ada yang lebih gempak. Semasa Mommy jumpa bos Eye Pro Vision, Mr William, beliau ada terangkan yang Eye Pro Vision ada menawarkan lens yang bagus dan berkualiti. Alpha Blue 420 Lens namanya.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang :
- Silau malam
- Selalu menggunakan smartphone, laptop, komputer
- Perlukan 100% perlindungan daripada sinar biru dan ultra ungu (UV420)

Jom Mommy kongsi demo mengenai perbezaan Alpha Blue 420 dan lens biasa yang Mr William kongsi baru-baru ini.

Ok dah tengok dan faham? Kelebihan Alpha Blue 420 Lens ini adalah :
- Kalis calar
- Tahan lasak
- Kalis air
- Tidak mudah pecah
- Tiada silau langsung
- 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu menembusi kaca mata korang
Wah.. Superb!
KOS : Tambahan RM60 untuk memilih Alpha Blue 420 Lens ini
So, kos yang Mommy keluarkan cuma RM65 (basic frame & lens) + RM60 untuk Alpha Blue 420 Lens ini.

Btw, Mommy buat tambahan extra selain dua kos di atas, iaitu Mommy memilih Pakej Sun Magic (RM250 total). Khas untuk lens bertukar menjadi warna gelap dalam tempoh 10 – 30 saat selepas terkena sinaran uv. Ianya ibarat gabungan Alpha Blue 420 dan Sunblack ini. Daddy puas hati sangat-sangat.

NAK SPEK MURAH, CARI WILLIAM!
Korang perasan tak Mommy cakap peluang dapat jumpa ‘Jae Suk’ Running Man tu? Dan dalam entri ni pun Mommy berkali-kali sebut Mr William. Haaa.. Kat kedai ini lah. Korang nak spek murah, cari Mr William ni tau. Betul weh.. muka dia macam Jae Suk. Hahah.. Untuk pengetahuan korang juga, Eye Pro Vision merupakan cawangan ketiga kedai optik mereka.
Ok kalau korang nak datang, ini full contact dan alamatnya ya..

ALAMAT EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR
Jom tukar spek!
Ingatkan serabut sebab banyak spek tak tersusun elok. Hahaha
hahahahha.. actually.. erm.. boleh tak stop reading my mind? kahhhhhhhhhhhh
Un pun buat kat kedai sama. berbaloi
Bebaloi untuk pakai harian
Dah buat dah, ambik lens Alpha Blue tu. Memang puas hati sgt, tak risau silau mlm mlm dah
Murahnyaaa… Kena plan pergi KL ni
murah yer, spek siap alpha lens dan sunblack. berbaloi sangat buat spek kat sini
memang berbaloi buat dekat sini..nad pun cek mata dekat sini..seklai ada masalh silau..terus rembat
Nanti nak bawak mertua i buat spek sini…
ala,comel model yang duk kat gambar pertama tu.Sporting habis.. btw,murah dan berbaloi dengan servis kat sini yea.Dah tak payah lagi tunggu lama-lama
tak cukup satu beli spek harga murah macam ni kan..memang handsome dia punya owner tu yer…
wah, recomended tak ni? saya rasa saya nak cuba lah nanti bila kat situ
yup.. recommended..
stylo la pulak semua design spec Provision ni
ehh kak, memang murah ehh kedai ni? sebab ramai update kedai ni murah.. agak2 ada promo lagi tak ehh
nak buat lagilah spek kat situ ….sebab murahlah sekarang dah boleh tukar2 spek…hari tu buat spek tahun 2018…ni kita nak buat spek 2019…barulah betul new year