Fri. Nov 1st, 2024

KALAU TAK DE JOB, TAK PAYAH UPDATE KE?

Ha tu diaaaaa. Mula dah berleter kat diri sendiri. Ya Allah Nabila.. Ngapain begini sih??? Sejak akhir-akhir ni, kesibukan melanda. Plus, baru sekarang rasa badan bertenaga sedikit. Kalau tak, membungkus je kerjanya. Haishhhh..

Kadang-kadang tu, baru je nak mula menaip, akan ada makhluk kecik memanggil-manggil. Mommy.. Mommy.. Jadi entri personal tu dah semakin slow. Ohh nooooooo..

Oh ya. Untuk tahun 2018 ni, ini kali ke 2 Mommy beranikan diri tuka template baru. Awal bulan hari tu, Mommy dah cuba tuka template dah, tapi baru perasan yang ada orang pakai template yang sama. Terus rancang nak tukar. Haha. Ya, sebolehnya taknak lah sama dengan orang yang Mommy kenal. Kalau tak kenal, ok sikit. Cuma Mommy harap, yang terbaru ni, takde siapa-siapa yang Mommy kenal, pakai template sama. Hahahaa. Harap-harap lah.

Jadi, template yang Mommy guna dari Januari 2016 (sejak berpindah daripada blogspot ke wordpress), dah officially bertukar. Ini yang terbaru. Warna warni temanya. Hahahaha. Kalau ada warna pastel, lagi bagus kan? Boleh je manual edit, tapi ya ampun, malasnya kacau css bagai lagi.

template baru

Oh lupa. Sekarang ni dok asah skill potrait photography. Harap dapat asah skill ni sebab dah ada cikputihyb & cikhitamputihyb sekarang ni. Ngeeeee. Banyak lagi kena belajar. Mula-mula bab snap dulu. Nanti bab edit pula. Yang penting, rajin.. Hohoho..

Semoga mulai hari ni ada semangat semula nak update entri personal. Erm.. ke nak kena travel dulu? Untuk ambil semangat. Hahahaha..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

19 thoughts on “KALAU TAK DE JOB, TAK PAYAH UPDATE KE?”
  1. Cantik dan stylo. Betul setuju bab kena travel tu. Dari travel inspirasi nk menulis tu akan datang. Semoga murah rezeki selalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!