Sejak Mommy kenal produk Suchi, dari set Suchi Kosmetik Umrah Haji (Set Travel Suchi) dan Lipbalm Nuur Suchi yang efektif untuk bibir kering, Mommy sentiasa sarankan buat orang yang nak pergi umrah dan haji untuk dapatkan produk Suchi.
Terbukti keberkesanan dan paling penting, bahannya adalah daripada bahan semulajadi, mudah dibawa dan sah ketika Ihram.
Terbaru, Mommy cuba Bedak Talkum Suchi ini. Harganya sangat murah ye kawan-kawan. RM10 sahaja.
Untuk orang kulit kering seperti Mommy, cepat gatal-gatal dan sensitif, Mommy sangat bersyukur jumpa Bedak Talkum Suchi ini. Alhamdulillah.
APA YANG ISTIMEWANYA BEDAK TALKUM SUCHI INI?

Bedak Suchi ini khas untuk Umrah & Haji.
Sesuai untuk pelbagai cuaca seperti di Mekah.
Bedak Suchi ini telah dirumus khas tanpa wangian dan alkohol.
Ianya boleh digunakan untuk kegunaan harian di muka, badan dan ketiak.
Mesra ibadah.
Bedak ini sah ketika ihram.
Bedak Talkum ini dapat membantu memutih, menyerap lembapan berlebihan, melindungi kulit daripada ruam, menghilangkan bau badan serta menyerap kotoran yang terkumpul akibat peluh.
Bahan-bahannya pula adalah Talkum dan Titanium Dioxide.

APA ITU TITANIUM DIOXIDE?
Titanium Dioxide tu adalah salah satu kandungan kecil untuk mineral.
Kenapa pula sesuatu produk itu bagus untuk ada mineral?
Mineral adalah bahan yang sangat diperlukan dalam tubuh badan kita dengan membekalkan pelbagai kebaikan.
Mineral juga mampu memberikan kebaikan tersebut terus kepada kulit muka kita agar kulit muka kita kelihatan sihat dan berseri.
Produk yang mempunyai mineral sangat sesuai untuk kulit yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, berminyak, kering dan kulit sensitif.
Yang paling penting, kosmetik mineral bebas minyak dan tak menyumbatkan liang pori yang akan menyebabkan jerawat dan kulit menjadi alergi.
Jadi, sama seperti kelebihan yang Mommy nyatakan di atas di mana Bedak Talkum Suchi ini boleh membantu kulit kita.

CARA GUNA BEDAK SUCHI
Cuma taburkan ke atas tapak tangan, kemudian sapu rata di seluruh badan. Mommy juga gunakan sebagai pengganti bedak tabur untuk makeup harian Mommy.

So far, Mommy yakin ianya sesuai untuk kulit Mommy, tiada gatal-gatal lagi selepas memakainya di badan.
KAT MANA NAK BELI?
Korang boleh beli melalui :
Laman web Suchi Official
Whatsapp atau call +6018-2904373 Ummi, +6018-2904367 Ain; atau
Walk in di Senawang Galeri Muslim yang beralamat di No. 361, Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Email di suchimalaysia@gmail.com
I love Kosmetik Halal.
Ingat Kosmetik Halal, Ingat Suchi!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Suchi Official, instagram @suchiofficial dan facebook @SuchiByGaleriMuslim
Dah guna jugak bedak SUCHI ni. Best! Halus lembut jer untuk kulit dan seisi keluarga
Suka bedak talkum Suchi ni, halus & gebu. Dok rumah pakai bedak ni ja jimat hehe
alhamdulillah. bagus sangat produk ni. boleh gunakan tanpa was-was dah ^_^
Mmang bagus bedak Talkum ni. Lembut n halus kk kulit
ya best..