Thu. Feb 6th, 2025

KERETA SEMPUT.. AIK? DAH KENAPA??

kereta semput - proton ignition coil 2
credit pic : youtube (google)

KERETA SEMPUT!!! Perkara ni sebenarnya terjadi kat Mommy sejak bulan lepas. Tapi takde la teruk sangat. Jadi perkara tu macam tak diambil berat sangat. Sehinggalah pada minggu lepas, Mommy rasa keadaan macam makin ‘lain macam’. Bila tekan minyak sikit jer, rasa semput-semput tapi tak mati. Mujurlah tak mati. Keadaan dia macam bekalan letrik / tenaga tak sampai. Hmmmm.. Apa yang tak kena ni??

credit pic di atas : youtube/google

KERETA SEMPUT.. KENAPA AGAKNYA???

Mommy ada baca melalui sedikit info berkenaan masalah ‘kereta semput’ ni..

Sumber Facebook ZaimAutoServis

Bila tekan minyak tetibe sangkut, semput macam enjin nak mati tapi bila perlahankan sikit (speed bawah 60) ok pulak. Pernah berlaku pada korang kan??? Ketika masa nak gerak dari gear 1 kalu tekan lebih skit dia sangkut2 balik tapi enjin tak mati. Nak bawa lebih 70 km/j je dia dah jadi sangkut2. Tapi bila keadaan IDLE, tekan minyak kuat pun xde plak sangkut2 tu. Ramai yg pening bila kes seperti ni berlaku..

OK.. Ada beberapa solution jika bende ni berlaku berdasarkan kebiasaan pengguna kereta alami..

  1. Cuba tengok balik bila last ganti minyak enjin??? Adakah dah lebih dari limit? Atau kurang sesuai?? Cuba cek pekat likat hitam legam tak?
  2. Check plug, cable plug atau ignition coil.. Kadang2 punca dari plug..
  3. Untuk kereta manual, sila ingat kembali bila last tukar clutch plate..
  4. Carbon bnyk kat throttlebody pun boleh jadi penyebab.. Yang ni ada 2 cara mudah untuk selesaikan.. pertama pergi ke bengkel dan mereka akan cuci.. kedua, (DIY a.k.a kampung style) cari jalan lurus kasi tekan minyak kuat2. Biar die pecut mengejut.. Kalau dia letup2 ke henggut2 ke biarkan dan ulang sampai semua clear dan rasa enjin ringan semula…

Mengikut pengalaman admin lah,kita check kat plug, cable / ignition coil dulu, kemudian fuel pump, air filter, trottle body dan barulah distributor. Jika semua tu ok, baru lakukan test kelajuan di jalan lurus.. Jika rpm tinggi tapi kelajuan kereta tak setimpal dgn rpm… Maknanya clutch lah.. kalau distributor atau plug, susah nak hidup. Dan paling kerap belaku pada mana mana kereta hanya sebenarnya disebabkan air filter kotor, fuel filter tersumbat, fuel pump rosak…

Untuk kereta2 yg banyak menggunakan sensor elektronik sila check wire setiap sensor. Kadang2 ada yg tercabut atau putus.. Sebaiknya bab bab sensor ni dapatkan nasihat dari mekanik yg berpengalaman..

APA MOMMY BUAT?

Mommy teringat yang ada seorang mekanik melayu kenalan kakak Mommy area semenyih ni. Dia pernah juga repair lock kereta Mommy yang tersangkut. Upahnya memang tak mahal langsung. Jadi, Mommy terus whatsapp dia dan cerita mengenai masalah kereta semput tu. Dari agakan beliau, mungkin kena tukar ignition coil. Tapi dia minta datang ke rumah dulu untuk uji. So Mommy set untuk datang hari sabtu pagi. Risau juga kalau lambat sebab Mommy ada facial treatment pada hari yang sama. Tapi katanya tak lama. Harga pula, kalau tukar seketul around RM100++ original. Dia nak test satu persatu, sebab ignition coil ni tak mungkin rosak keempat-empat sekali.

kereta semput - proton ignition coil
credit pic : lelong.com.my

Jadi, pagi tadi (sabtu), Mommy terus ke rumah mekanik (En Fahmi) tu. Dia ketatkan semua skru yang ada. Apa sahaja yang boleh diketatkan masa tu, dia buat terlebih dahulu. Satu persatu dia test. Masa ni kereta comey molek pulak. Tak gegar-gegar pun. Satu persatu dia cabut, enjin gegar tapi tak semput. Katanya, kalau cabut socket wire kat ignition coil tu, tiada apa-apa gegaran, itu tandanya rosak. But so far, macam Mommy cakap tadi, memang dah takde semput tu. Hmmmm. Main-main eh.

Siap dia drive dan pusing-pusing taman sekitar. Memang takde masalah dah. Terus Mommy teringat yang kereta ni mula jadi tu bulan lepas, dan kebetulan bulan lepas memang ada buat servis dan cuci kawasan sekitar enjin. Mungkin ada lah longgar-longgar semasa buat pertukaran spark plug. Uish.. tetiba Mommy cakap term-term mekanik pulak ni. Haha.

Ok lah.. Harap kereta ni bertahan lah ye. Mommy servis on time tu. Cuma, ye lah.. bukan buatan luar. Hohoho. Mungkin manja dia terlebih sikit gamaknya. Ngeeee.. Eh dah lewat ni. Mau ketiduran. Saje update sebab macam dah lama blog ni terpinggir. Mood kelaut. Huwaaaaaaaaaaaaa..

Update : Kereta masih gegar. Selepas tukar plug, terus ok sampai sekarang..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

13 thoughts on “KERETA SEMPUT.. AIK? DAH KENAPA??”
    1. Hi mommy…ni kete sy ni lebih krng mcm kes mommy tu …tp dah tukar igintion coil pon masuk sangkut2 lagi…plug pon masih ok…service last bln 12/19 bru tahun lepas…apa masalah ye…mekanik tu cakap mungkin minyak masuk ai…betul ke boleh jadi macam tu…risau gak sebab selalu drive lagi2 bawah budak….pls harap mommy dapat jawap

  1. Fuhhh paling ditakuti wanita bila kereta buat masalah…juju tau bawa dan isi minyak je…yg lain2 mmg org laki kna cek…adudududu bila baca kisah she ni mmg kita kena ambil tau juga wpun sikit kan

  2. ni ok lagi tak banyak keluar duit..Saya haritu compressor rosak melayang Rm800..lepas tu tinggal beberapa minggu roadtax mati..menangis sampai tak keluar air mati duit banyak keluar ke kereta..huhu

  3. Salam bang….sy pakai charade tukar enjin masuk 1.6..pastu dah masuk semua gearbox lpstu test start enjin hidup….hidup2 pastu sy tekan minyak sikit mati,,start balik hidup jugak…tpi tekan minyak sikit dia mati balik….disterbutter sy ejaskn smpai atas seklai…tu pun bru hidup…hidup jer la…nk tekan minyak sikit jer mati terus……apa penyebb ye bang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!