Thu. Oct 23rd, 2025

1MEJA1POKOK | Assalamualaikum. Minggu lepas masa meeting, bos mommy sarankan “1 meja, 1 pokok”. Untuk bagi semangat KERAJINAN agaknya.

So, Mommy sahut cabaran.

KAKTUS

Mommy pegi beli kaktus2 nih kat nurseri area MRR2 tu. Tepi jalan je.

Haha. Ada orang kata, kaktus utk orang sibuk dan malas.

Eii. Sentap mak!! Mak memang la malas! Hahahahah.

So, dalam plan nak buat camnih..

Mommy ni bab planning mmg beria-ia. Itu yg kadang tu kos melampau.

Tapi, warna-warna nih memang Mommy tak jumpa. Kalau nak jugak, kena p Cameron Highland kot.

Mommy terbaca nih:

Umum mengetahui bahawa pokok kaktus biasanya berwarna hijau tetapi, anda boleh menemui kaktus yang berwarna kuning, putih, merah dan sebagainya. Bagaimanapun pokok kaktus ‘generasi baru’ itu sebenarnya tidak boleh hidup dengan sendirinya tanpa bantuan kaktus hijau. Kaktus berwarna selain hijau umpama parasit yang menumpang pada kaktus hijau untuk sumber makanan bagi meneruskan survival.

So, ok la Mommy beli hijau2an dulu. Jumpa satu je yang kaler pink tu.. Huuu. Cita2 sangat nak kalerful cam kat atas tu. Hikhik

Mommy beli pasu kaca nih.. & transfer all dlm tu..

CARA JAGA POKOK KAKTUS

So, tiba masa untuk tahu cara jaga pokok kaktus nih:

1. Jangan kerap siram. Seminggu sekali je. Untuk elak kelembapan melampau, then akhirnya akar busuk & mati. Eh melayang la duit Mommy. 1 pokok RM5 kat nurseri KL nih.

2. Cara siram ialah SPRAY sahaja kt tanah pokok tu. Atau boleh juga rendam di bahagian tapak sampai pasu rasa berat.

3. Baja 2 minggu sekali. Mommy beli baja kopi. So, boleh guna untuk pokok RJ Mommy gak. Hiii. X kerap sangat membaja pun xpe takut layu plak pokok kita.

4. Elakkan basahan atau kekeringan melampau. Kering melampau leh tau melalui pokok tu dah gelap2 terbakar. Ooo. itu maciamm ke.. Hahaha

5. Camne nak tau kaktus kita lembap? Hujung tu mcm lembik.

6. Say NO to Tanah Liat.

7. Kalau beli kaktus kat Cameron tu, kena biar dlu dalam 2 bulan, baru tuka pasu. Takut dia terkena kejutan budaya (iklim).

Ape? Ingat jaga kaktus ni untuk orang malas ke? Ubah sket pemikiran tu.

Sebab jaga kaktus perlukan kita untuk :

1. Prihatin tentang ciri2 jaga

2. Tak mudah putus asa dalam menjaganya

3. Kena komited dalam menjaganya

CHAIYOKK MOMMY!

Oh.. Ni RJ yg Mommy beli sekali dengan pokok kaktus. This time Mommy beli jenis bunga besar.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

error: Content is protected !!