Dah lama Mommy nak tulis perihal Hagemaru dan keluarganya ni. Rancangan ni sebenarnya Mommy dah halang Hannah tonton. Sakit hati. Hahaha.
HAGEMARU : KELUARGA PELIK DAN KEDEKUT
Siapa HAGEMARU?
- Sebelum tu, bagi yang tak tahu siapa Hagemaru. Hagemaru Hageda merupakan watak paling utama dalam siri Hagemaru.
- Dia merupakan anak tunggal kepada Hagezo dan Tsuruko. Hagemaru seorang pelajar gred 4 di sekolah rendah.
- Watak Hagemaru digambarkan dengan sifat kedekutnya. Dalam babak-babak tertentu, kelihatan Hagemaru lewat ke sekolah dan sering dimarahi guru kelasnya, Cikgu Sakura. Hagemaru menaruh perasaannya kepada Midori yang mana sikapnya menjadi malu-malu jika bertembung dengan Midori.
- Hagemaru dilihat sebagai tidak tahu membaca namun dia menonjolkan idea-idea menjimatkan wang dalam keadaan lucu. Hagemaru sering mendapat markah ‘0’ dalam setiap ujian yang mana ia menghampakan guru kelasnya itu.
Siapa ibu bapa HAGEMARU?
- Hagezo Hageda ialah bapa kepada Hagemaru itu bekerja di sebuah pejabat di bandar. Hagezo juga mempunyai sikap kedekut seperti Hagemaru namun kurang kedekut jika dia dibandingkan dengan isterinya sendiri.
- Tsuruko Hageda merupakan watak ketiga paling utama selepas Hagemaru dan Hagezo. Dia ibu kepada Hagemaru itu turut mempunyai sikap kedekut yang mana tahap kebakhilannya lebih tinggi berbanding Hagemaru dan Hagezo sendiri yang dapat dilihat menerusi perancangan kewangan dan ekonomi keluarga Hageda yang dirancang secara teliti ke dalam buku log perbelanjaan keluarga itu.Dia akan melakukan apa-apa saja demi berjimat-cermat sampai anaknya sendiri tidak tertahan dengan perangainya.
Pesu
- Pesu merupakan anjing peliharaan keluarga Hageda. Pesu dianggap sebagai anjing serbaguna oleh keluarga Hageda yang mana Pesu juga tidak diberi makanan oleh keluarga Hageda yang kedekut itu.
Hahahaha. Baca intro perihal dorang pun dah rasa annoying. Keluarga dorang ni memang terkenal dengan pelik dan kedekut. Ibu Hagemaru memang bijak sangat2 merancang misi kedekut.
Kenapa Mommy sekat Hannah tonton?
Selain contoh2 yang ‘kurang sihat’ ditonton seperti kelicikan mereka untuk menipu asal boleh, pernah 1 siri tu menyebabkan Hannah asyik sebut ‘nak adik beradik’. Dah kenapa pulak laaaa Hannah asyik sebut nak adik beradik ni? Rupanya, Hagemaru pernah sebut2 ayat tersebut di hadapan ibu bapa beliau sehinggakan ada part yang kurang menarik dari ibu bapa Hagemaru. Mungkin untuk tunjukkan usaha mereka nak dapatkan adik beradik buat Hagemaru. Hahahah. Adoi laaaa. Mommy cuba cari sudut positif, mungkin ada tapi tak banyak. Last2, NO HAGEMARU FOR U, HANNAH!! So, setiap kali ada rancangan Hagemaru tu, automatik Hannah akan tukar Channel lain.
Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
ahahah kedekut sungguh hagemaru.