Fri. Jan 10th, 2025

Hahahahaha.. Sementara je.. 2 tahun lepas dah lalui benda sama. Tahun lepas, masa dikhabarkan perlu pergi lagi, macam tak berapa setuju. Haha.. Tahun ni, ku relakan je. Pergi cari rezeki dan dalam masa yang sama berpeluang beribadah di Tanah Suci. Siapa tak nak??

Haaa.. tu lah dia.. Daddy. Pergi jadualnya kejap je kot. Mungkin bulan 8 nanti balik dah. Andai ada rezeki lanjutkan lagi, maybe berpeluang buat ibadah Haji kali ke 2. Mommy sebenarnya berharap juga Daddy berpeluang buat Haji lagi sekali.

Sebab kali ni.. mak dan abah Mommy pun dapat peluang buat Haji. Allahu.. seronok sangat!!!

Kalau rezeki.. Mommy pun nak juga. Doakan lah ye wahai Daddy.. Jangan lupa tu.. Nanti bawa kita sekeluarga..

Kalau 2 tahun lepas.. Hannah menangis sambil peluk kaki.. This time, ok je Hannah. Dah faham dah..

Tapi Ariq.. bukan dia faham Daddy nak pergi jauh mana. Yang dia faham, kenapa Daddy tinggal dia dan masuk tempat tuuu.. nak turun escalator pulak tu. Why?? Why??

Maka..

Drama la sekejap. Syahdu je tengok masing-masing. Tapi Mommy maintain. Ok jer. Hehe..

Take care Daddy. Jangan makan Nasi Mandy kerap sangat. Tamo saiz pak Arab tauuuu.. hahaha.

Loveyou. Take care.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

16 thoughts on “IBU TUNGGAL LAGI..”
  1. Bestnya dapat pergi ke Mekah…
    Bawa rombongan Jemaah Haji ke?
    Tahniah buat suami puan.. sebab dapat Peluang macam ni… jadi tetamu Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!