Kalau gaya di hari raya 2016 bertema caca merba warnanya, gaya di hari raya tahun 2017 Mommy decide nak sedondon. Kami pilih warna merah mak ngah selepas jumpa baju di Bangi Sentral. Hahaha.. Bukan rancang dari awal pun warna tu, asal jumpa baju je sebenarnya. Masa tu baru decide. Haha..
Beraya di rumah mak abah kali ni, kami pulang lebih awal untuk lepak rumah mentua dahulu.. Mujur juga Mommy dah tak kerja, Daddy pun minta cuti awal, senang sikit nak balik awal.
Perjalanan pulang dari hari rabu (21.7.2017), sejurus selepas pick up Hannah dari sekolah, sangat lancar. Tiada jem langsung. Alhamdulillah..
Ngam-ngam sampai rumah mentua masa dah hampir nak berbuka puasa. Alhamdulillah.. Paling best, dijamu cucur udang kuah kacang oleh mentua. Feveret kot!!!
Raya Pertama
Raya Pertama disambut rumah mak abah Mommy. Jarak dengan rumah mentua tak jauh pun. Dalam 15 minit gitu je. Best view kali ni. Sawah padi yang sangat cantik.
Anak-anak banyak drama plak. Sorang puteri lilin, sorang lagi tak boleh lama-lama nak posing, maka…..
Haaa apa lagi, Mommy Daddy hangpa la bercinta sat. Kan kan?
Rupanya bila dah stabil emosi, dah makan semua, baru sporting sikit masing-masing. Dah boleh jadi model dah masing-masing. Hahahaha.
Budak 2 orang ni masing-masing ada hashtag memasing tau. Kalau Hannah, dengan #hannahdamiaposing. Memang dari kecik suka sangat posing. Terpengaruh dengan rancangan tv #antm kot. Hahaha..
posing ngan Mommy seround..
Kalau Ariq pula, #ariqemirposingtaktengokkamera. Hahaha.. Sebab.. dia tak suka tengok kamera. #anakdarisyurga Mommy ni memang macam-macam. Hahaha..
Seharian berjalan. Dari SP ke Alor Setar. Malam balik rumah mentua pula. Hee.. Untung la dekat kan?
Raya kali ni kami cuma beli 1 pasang je baju raya. Banyak persiapan nak kena buat untuk Daddy ke Mekah tak lama lagi (inshaa Allah Khamis ini ketika Mommy tulis entri ini). Mohon korang juga doakan buat suami Mommy. Semoga selamat perjalanan, semoga tabah buat kerja di sana dan selamat menjalani ibadah Umrah dan Haji lagi inshaa Allah. Bye bamaji mylove..
Selamat Hari Raya korang. Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih selalu singgah blog Mommy ya. Love u.
tak pernah pakai merah menyala macam ni… tapi tengok cantiknya.. Selamat hari raya YB
Model dia pn cun kan? Kihkih
Kita tema emerald green di hari raya pertama
Wah.. sure cantik..
suami kak she buat haji tahun ni? sama la dengan abah IQ. InsyaAllah ke mekah untuk haji. sama2 kita doakan mereka selamat pergi dan pulang..
merah mak ngah. warna merah memang paling menyerlah kalau buat tema raya
Dia p qeja sat sana.. klu ada rezki lajak buat haji, inshaa Allah. Mak Abah saya pn dpt buat haji gak tahun ni. Mudah2an. Amin..
cantik sis kebaya tu,,, suka warna merah…
Emak dan anak baju raya sedondon… Warna sama, corak pun sama… Memang terbaik…
tahun depan nak buat merah la hahhaha cam lawa la pulak
Lawanya she dengan berkebaya merah gitu wowwwwwww…bestnya rumah mertua dengan rumah mak abah 15 min je beza perghhhhhhhh mmg jimat sungguh balik kg cm ni she…
comel je ha…Salam Syawal 1438H dr Sal sekeluarga
untung suami dpt kerja dna haji serta umrah disana. Anak syurga banyak kelebihan. Hannah posing ikut mummy. sua lawa merah.
Cantik sedondon camni!
teringin pulak nk pakai merah mcm ni.. mcm cantik je
Cantik! Keluarga kami pula tahun ni pilih warna biru tua sedondon.
Ala..setahun sekali je nak bergaya kan?
Selamat hari Raya Shehan
Selamat hari raya sisi Shehan.
Masih tak terlewat untuk Cik Luna ucapkannya ya.