Thu. Dec 12th, 2024

HONEYWRAP : RAWAT BATUK SELSEMA TANPA UBAT

RAWAT BATUK SELSEMA TANPA UBAT

Hasil perkongsian PAMA, Mommy rasa nak cuba kaedah ini untuk HDAE. Masing-masing sekarang batuk dan selsema agak teruk. Dalam masa yang sama, Mommy guna R.C & Lemon Essential Oil untuk kes batuk selsema mereka. Mommy juga diffuse Thieves dan Frankincense untuk udara lebih sihat.

Apa benda R.C & Lemon Essential Oil, diffuse Thieves dan Frankincense tu? Itulah MINYAK POWERRR yang Mommy akan share kat bawah nanti.

Sebelum tu, jom tengok kaedah yang PAMA share ni dahulu.

RAWAT BATUK SELSEMA DENGAN BAHAN DI DAPUR

Bahan-bahan

* 2 sudu besar madu

* 1 sudu kecil minyak sayuran

* 3 – 4 sudu besar tepung

* 1 helai napkin

* 1 Pelekat / band-aid

* Pembalut luka / cheesecloth / gauze

Cara membuatnya

1. Campurkan tepung dan madu sehingga sebati. Pastikan ia tidak terlalu melekit.

2. Tambahkan minyak sayuran ke dalam adunan dan gaul rata. Buat adunan berbentuk gulung.

3. Letak adunan ke dalam napkin dan bungkus ia dengan cheesecloth.

4. Bungkusan madu telah siap! Letakkan pada dada atau belakang badan menggunakan pelekat (band-aid).

5. Bungkusan ini tidak boleh menutup bahagian jantung.

6. Kanak-kanak hanya perlu memakai rawatan bungkusan madu ni selama tiga jam sementara orang dewasa boleh memakainya semalaman.

batuk-selsema

Jangan panik, sekiranya anak anda berasa panas dan mula berpeluh apabila menggunakan rawatan ini. Ia sememangnya kesan yang dijangkakan apabila melakukan rawatan ini dan ia bukanlah satu kesan sampingan.

Bila rawatan bungkusan madu ini sesuai digunakan?

* Ia sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

* Bungkusan madu ini selamat digunakan.

* Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, selesema dan kegatalan kerongkong.

* Jangan sapu bungkusan ini pada kulit yang alahan, luka dan kecederaan.

* Gunakan rawatan mudah dan menakjubkan ini untuk merawatan selesema anak anda di rumah.

Sumber: instiks.com

ESSENTIAL OIL

Ini adalah minyak sakti Mommy sekarang. Apa-apa je, Mommy segerakan EO ni dahulu.

Kombinasi batuk selsema

Kombinasi PEPPERMINT + RC + LEMON. Untuk dewasa, boleh sapu direct di hidung dan dada. Sapu dahulu peppermint, tunggu sehingga meresap sepenuhnya, dan barulah diikuti RC, dan kemudian Lemon. Memang selesa sangat-sangat hidung yang tengah selsema masa tu.

youngliving-essential-oil-rawat-batuk-selsema

Memandangkan kombinasi PEPPERMINT + RC + LEMON ini agak panas untuk kanak-kanak, maka wajib dilute dalam oil carrier. (kalau anak yang boleh tahan, ok ler. Kalau anak yang mulanya cakap boleh tahan panas, tapi end up mengadu kepanasan, sapukan vco terus ke kawasan yang disapu tadi. Jangan gunakan air). Mommy gunakan VCO (minyak kelapa dara) sebagai oil carrier dan barulah Mommy dilute. Selepas selesai, barulah Mommy sapu di dada, belakang dan hidung anak. Oh ya, jangan lupa sapu THIEVES di tapak kaki anak.

youngliving-essential-oil-rawat-batuk-selsema (2)

Untuk kesegaran bilik, Mommy diffuse THIEVES dan FRANKINCENSE menggunakan Dew Drop Diffuser. Kadang-kadang guna juga PURIFICATION.

young-living-essential-oil-rawat-batuk-selsema

Banyak lagilah kegunaan YL EO ini. Jom #ybyoungliving dengan Mommy. Hee. Tapi, Mommy tak jual ya. Mekasih.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

6 thoughts on “HONEYWRAP : RAWAT BATUK SELSEMA TANPA UBAT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!