Sun. Jul 14th, 2024

HANNAH DEMAM PANAS TAHAP 40 DEGREE PLUS PLUS

Kejadian demam panas secara tiba2 nih pada malam Isnin yang lalu (02-07-2012). Sok pagi tu (03-07-2012 Selasa), masih rasa dedar lagi. Tapi, HD masih lagi aktif & Mommy hantar ke Nursery cm biasa. Namun, pukul 230 ptg, Nursery sms mntk izin nak kasi makan ubat. Sebab Hd ttba high temp.. Mommy igt dedar2 biasa la kot pastu.
Masa Mommy ambil kt Nursery tu, mmg nampak muka HD yang sgt lemah bermaya & baring je. Panas x yah cakap. Kat umah, cool fever pn dah abeh. Bkejaran terus Mommy ke farmasi bawak HD. HD pn lemah je duduk dalam keta. Diam sunyi sepi. X macam HD yg selalu.. Mommy pegang tangan beliau, beliau pn lemah je genggam balik.. aduh.. Rasa macam nak riba sambil drive!!
Sayu hati & sambil berdoa moga Mommy kuat utk dukung HD ke atas. Makanan? Mmg x beli apa pn.. Rasa lapa tu hilang tgk anak sakit. Sampai umah, beliau terbaring saje. Mommy terus buka segala baju seluar. N mula jeram/jelum HD dengan air asam jawa.. Beliau pun redha je sebab mmg panas sangat2. Suhu waktu tu 38 plusplus.
Nak tido malam, memang bertuah la kalau boleh tido. Hannah asik merengek n kerap terkejut jaga sebab x sedap tido dek kepanasan badan. Once nampak beliau ttdo, rasa lega sket.. Nak pegang botol pn x bermaya. Xpe. Mommy ambil alih tugas tu.. (botol letak jap sbb nak snap). Tdo bangun, jeram. Tdo bangun, jeram. Biol dah. Keletihan melampau dari hari Isnin belum abeh lagi sbb pegi Conference..
Pagi tu, Mommy dapat rasa condition HD mmg x benarkan Mommy g keje. Call opis n bgtau nak amek EL. Mmg x sggup nak anta ke nursery sbb suhu mmg naik, naik dan naik.. 🙁
Ajak mandi, lemah gemalai terketar2 je nak bangun. Syukur mau gak cuba bangun. Sian sgt. Dukung, rasa bahang n mcm nak terbakar kulit Mommy.. Bila mandi, Hannah x mo stop. Gamaknya rasa selesa sbb panas hilang kot.. Lepas mandi, baring. Suap makan, apa pn xmo. Susu pn sket. Air suam minum, tp sket je la. Mata layu2 then terlelap sendiri. Alahai. Kuman apa yang jahat sgt nih??????
Hari Pertama di Hospital
Kul 12 tengah hari, dah x sanggup tgk suhu badan asik meningkat smpai 40 plus2, so, tunggu Daddy balik & terus ke Pantai Hosp, Ampang.
Perkara pertama lepas ke ER, nurse2 sponging satu badan. Suhu 40.2. Masuk ubat montot. Still, panas x turun2. Doc kat ER suh admit & dia tnya nak doc mana. Atas saranan member Mommy, Mommy request nak jumpa Dr Thanasegaran. Since nak kena admit, drip adalah benda wajib sbb doc takut HD dehydrate. Kali nih mmg Mommy redha. Plus, dorg amek darah gak utk test. Sedih sgt. Both tangan x jalan. Fail!!! Last2, kaki la mangsa!! Tengok muka HD yang tertido ats riba Mommy. Baru lepas mnum susu sket.
Kena tggu GL kua dulu baru dpt masuk ward, so sementara tunggu tu, HD kena g xray dulu.. 
Nak ke Xray dept tuh, dorg sorong wheelchair. HD yang dari rengek2 tangis hiba tu, terdiam jap. Mommy lak over sonok sbb org tlg sorong while kita duduk atas tu. Hehehehe. (ala.. kena ada mode hepi gak wpon riso n sedey kan??)
Namun, malangnya Mommy x dpt masuk pegang HD masa nk Xray sbb Mommy pregnant. Hoho. Daddy la takeover.
Dr Thana datang melawat & tanya salasilah sakit2 HD & kekerapan warded & ubat2an. Mommy rs terkedu ngan this doc. Hehehe. Sbb cara sembang beliau sgt bgs. Mommy ckp pasal allergy rhinitis, bla2.. Now doc ckp, based on Xray, jangkitan datang semula.. Ayomaaaaaaa
Once dah dapat masuk ward, petang tu ttba ada sorg staff datang nak amek darah lagi. Haiyaa.. X cukup lagi meh? Katanya utk check denggi, kidney smua. Ala.. cucuk lagi..
abaikan muka mommy yang cm hantu itu. kihkih
Oh..ni barang2 yang dorang kasi.. Comelness!! Ada towel kecik, sabun syampoo, ubat gigi, berus gg cute, sudu garfu, sikat, pen. Hoho. Lengkap travel kit. Cam dok hotel nih..
HD asik amuk & trauma je stiap kali nurse dtg utk check suhu, check air, check oksigen, bagi ubat, letak ubat nebulizer, orang melawat pn dia takut. TQ Ain from RapidKL yang dtg dgn bapanya.. :p
Setelah tido berkali2 & amuk juga berkali2, bahang dah makin kurang waktu petang. HD ttba rasa nak makan. Mommy kasi nasi, xmo. Dia tunjuk nak biskut kering nih. Dari x mkn pa pe lgsg, xpe la makan yang nih.. 
Daddy balik ambil charger & barang2 keperluan lain. Masalahnya, batt tab dah kong. Daddy xtau masa melawat smpai kul 9 malam je. Riso kalau Daddy dtg lmbt. Jam 8 baru smpai.. Doc datang lagi sekali kul 11 malam. Wah.. bes pulak hosp nih. 3x sehari dtg! Bagus tul!!
HD masih xmo minum susu sangat. Makan apatah lagi. So, ttdo gtu setelah bpelukan ngan Mommy sambil usap2 pipi Mommy. aduhai.. Manja Mommy. Camna Mommy nak tinggalkan HD 3 hari nih???
Hari Kedua di Hospital
Mommy kena keja!! tskk tskk.. Setiap kali anak sakit & warded, Daddy lah yang take over tempat Mommy utk jaga HD. Mommy cuma jaga waktu malam. Tskk.. Tskk..
Muka ceria hari nih..
Ooooo???
Ngeeeee…
Comelness!!
Muka dah ceria & rasanya beliau dah gain kekuatan sket. Tangisan amukan masih ada especially masa Mommy nak g keje pagi tadi. Plus, masa doc dtg pn, beliau amuk gak. Menurut doc, HD kena pneumonia. (baca sini utk tau apa Pneumonia)
Perkara yang selalu jadi kt HD dari kecik kot. Ermmm!!
Kata doc lagi, darah HD ok. So, let see sampai petang nih, kalau dah lalu makan, leh stop drip tu.
Mommy rempit ke opis & time lunch Mommy bawak nasi utk Daddy sbb kata Daddy, HD ada makan nasi n sup half td. Lega & x kesah penat sanggup Mommy ke hosp wpun masa suntuk.
Pegi, HD dah tido. Wawawawa.. X pe la..
Balik dari opis jap lg, Mommy nak trus ke rumah utk packing segala barang utk ke company trip esok! Esok pagi okey!! Jumaat!! Budak opis mai pickup dari spital. Sadis nak tinggal HD. Daddy suh pegi & jgn riso pasal HD.. Tskk.. Tskk.. Selfishkah Mommy?????

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!