Gaya di Hari Raya tahun ini. Ok lagi ni nak post. Masih di bulan Syawal. Oh raya tahun ini sangat sedih dari segi kewangan. Bonus takde. Sobss. Namun, masih bersyukur apabila dapat belanja juga untuk anak-anak. Parent mengalah pun tak mengapa. Selalu macam tu la kan kalau dah jadi mak mak pak pak ni.
GAYA RAYA FAMILY #HARISHEHANHDAE
Outfit Mommy : Kurung Moden yang Mommy pakai ketika Photoshoot KBBA9. Tak beli extra pun. Itu je ada.
Outfit Daddy : Jubah tahun lepas, beli kat Mekah. Belum pernah pakai. Tahun ini baru rasmi.
Outfit Hannah Damia : Dari Pokoks.com
Bila dah dapat, terus nak cuba. Ini cuba sebelum hari raya. Sayang betul Mommy tak sempat belikan tudung untuk Hannah.
Mommy beli blouse sekali. Nanti kita add on skirt plak ye.
Ok #hannahdamiaposing di hari raya. Rumah tokwan ni cantik kawasan laman dia. So, jom la photoshoot.
Outfit Ariq Emir : Jalan Tar (ada online baju melayu best tak? Susah kot. Jalan Tar pun cun gak!)
Smart kan? Hehehe. Besar dah anak2 Mommy ni..
Mommy & Family
Raya kali ini, sebelah Mommy kekurangan ahli keluarga. Kakak sulung, abang & adik beraya di rumah mentua masing-masing. Yang ada cuma keluarga Mommy dan keluarga kakak no 2. Itu sahaja. Jom la bergambar dulu. Kali ini tak banyak gambar sebab rushing ke rumah atok Mommy pulak.
With Mak Abah
Selesai beraya rumah atok Mommy, kami ke rumah atok Daddy pula. Macam tu la setiap tahun. Hehe. Cuma raya kali ini, dari raya ke 2 kat rumah dy sampai balik KL. Sebab parent Mommy pergi KL dari raya pertama lagi.
Family mentua Mommy
Beraya di rumah mentua. Ada open house hari raya ke 2 tu. Malam raya tu kami sempat berposing dulu.. Mommy dah tak bermaya dah. Letih seharian berjalan. Mata pun dah kuyu. Huhu
Kali ini semua ahli keluarga daddy berkumpul. Yang dari Qatar pun balik beraya kali ni.
Gaya HDAE raya kedua
Sibuk apa entah, tapi ini je yang sempat snap raya ke 2. Gambar makanan masa open house tu pun tak sempat snap. Hihi.
Sempat la lari sekejap keluar rumah. Ramai betul tetamu. Almaklum la mama memang pandai masak. So, rugi kalau tak makan. Hehe
Tempat lepak kalau lepak kt kedai makan Mama.
Malamnya ke open house sepupu daddy pula. Fuh. Pack betul aktiviti raya kali ini. Bila dah sepupu dan dua pupu yang rata2 umur lebih kurang berjumpa, selfie wefie memang wajib la. Meriah!!
Dengan wife2 kezen serta MIL mommy.
Wajib la kan laki bini ni. Hehe..
Anak2 dan 2 pupu mereka..
Cuti raya yang paling lama Mommy rasa tahun ini. Sampai seminggu cuti. Selalunya balik awal ke KL. Dan selepas raya, kami sambung bercuti ke Pulau Perhentian. Tunggu next entri ya.
Kuat posing hannah ye.. Hehehe
sangat! hahahaha
Kenapa baju warna baju raya tak sama sekeluarga? Biasa orang suka pakai baju raya warna yang sama… Supaya senang nak cam bila pergi bejalan beraya..
Senang apa? Hahaha. Senang kenal ke? Haha. Dah bertahun2 asyik sedondon. Kali ini memang nak lain. Heee
meriah berposing! ☺️☺️
hehe.. semua kaki posing gitew.. hehe