Apa itu Episiotomi?
Semasa bersalin, ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurang risiko ini doktor akan melakukan episiotomy dimana faraj wanita digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Selepas bersalin, luka tersebut akan di jahit dengan benang yang akan hancur sendiri selepas beberapa hari.
Sebab-sebab Episiotomi
Tidak semua wanita hamil perlukan episiotomi kerana ia bukan menjadi satu kemestian. Walaubagaimanapun doktor selalunya akan membuat episiotomi pada kes-kes berikut:
- Kandungan sulung
- Sebelum prosedur vacuum atau forceps
- Untuk kelahiran songsang
Risiko berkaitan Episiotomi
- Jangkitan kuman
- Pendarahan
- Darah beku
- Jahitan terbuka
- Sakit semasa hubungan
Cara menjaga luka Episiotomi
Ini adalah tip-tip mudah untuk mempastikan luka episiotomi cepat sembuh:
- Sitz bath atau rendam punggung dalam air bergaram 2-3 kali sehari selama seminggu. –>[pengalaman Mommy – gunakan HERBA PEMBERSIH WANITA dari Amway]
- Pastikan episiotomi kering setiap kali selepas mencuci faraj dan mandi
- Jangan duduk terlalu lama atau duduk bersila
- Tukar tuala wanita dengan kerap
- Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerat
- Minum serat dan air secukupnya untuk mengurangkn sembelit
- Buat senaman kegel
SOURCE: SINI
Mommy:
Mengikut pengalaman Mommy, kalau x jaga btul2, cthnya dr segi pemakanan ke, luka tersebut mempunyai risiko bernanah. Jadi, awal2 pantang tu, Mommy x makan telur, ayam. Tp, dlm seminggu lps tu, br berani makan ayam. Alhamdulillah xde pa pe terjadi. Mommy berpantang selama 100 hari telur. hehehehe.. Pemakanan lain, Mommy x makan bihun/mihun selama 6 bulan, mee selama 8 bulan, [sekarang bihun & mee dh makan sbb dh 8 bulan bsalin]. & satu lagi, Mommy tgh pantang dgn laksa. Setahun tau.. Uwaaaa.. terliur je tgk. Xpe.. Ms bzday Hannah Damia 30 Sept 2011 ini, Mommy nk makan laksa.. Hoyeah!!!!