Wed. Mar 19th, 2025

ENTRY MEROYAN YANG ORANG SUKA??

Betul ke? Meroyan yang dorang suka tu kalau kita bebel marah orang dan marah diri sendiri kot. Hahaha. Entah lah. Mommy jarang nak meroyan marah orang dalam blog. Tak pandai. Sebab kalau marah sangat, Mommy lebih suka diam sampai heal sendiri. Dan orang tak amek port untuk pujuk pun. Kan? Eh.. mana dorang sedar pun Mommy diam kan?

Kalau Mommy diam ngan Daddy tu.. maksudnya tengah biol sorang-sorang la tu. Dah diam lama sikit, tetiba ajak keluar. Haishhhh.. mudah sungguh makan pujuk. Hmmm..

Entri sedih.. antara feedback yang orang cakap sangat beremosi jika baca. Apatah lagi melibatkan anak. Ermm.. banyak nak cerita lagi tapi selalu terbantut.

Eh korang dah makan ke belum? Pagi tadi sempat goreng nasi je. Itu pun sebab Hannah request. Laaa. Nasi Goreng bodo pun kemain dia puji sedap. Hahaha.. bukan susah pun. Goreng nasi dengan telur dan sos je. Done! Hahaha…

Sejak kerja dari rumah ni.. life mula-mula tu macam tak boleh adapt lagi. Nak hadap komitmen kerja, then japgi nak hadap Ariq, nak commit bab masak pulak, lepas tu ambil Hannah dari sekolah, setelkan pula bab makan minum mandi sebelum hantar semula ke sekolah petang (kafa). Balik kang sambung bab kerja, tidurkan Ariq lagi. Haha. Kelam kabut mula-mula dulu. Lama-lama ok sikit la.

Baru dapat 1 bad news plak. Hmmmm.. mood memang kelaut lah nampaknya lagi.. ermmm.. tabahlah..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “ENTRY MEROYAN YANG ORANG SUKA??”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!