Memandangkan esok, 24 April 2019, sambutan Hari Guru akan diadakan di sekolah Ariq, manakala 30 April 2019 pula di sekolah Hannah, maka, kelam kabutlah Mommy sediakan hadiah untuk cikgu mereka ni.
Cikgu PPKI Ariq ada 12 orang, cikgu sekolah Hannah pula 10 orang, jadi dalam fikir punya fikir, Mommy terpaksa beli barang yang termampu sahaja. Sori nak. Mommy tak boleh nak beli mahal-mahal. 22 orang tu. Huuu.. Takkan nak bagi kat guru kelas je kot?
Ini sahaja Mommy mampu sediakan. Menggelabah kejap ink printer macam kekurangan jer. Dah la print atas glossy paper. Hahaha..
Bahan-bahan pun mudah sangat. Mommy cuma beli pen banyak-banyak. Gunakan riben yang ada. Kemudian design sikit kad. Ucapan boleh google. Hahaha..
Ingat! Yang penting, ikhlas!!
Ok lah kan ni? Jadi, malam ni cuma siapkan yang Ariq sahaja dulu. Untuk bagi kat cikgu esok.
Mana Mommy beli pen comel tu? Semestinya di tempat kesukaan Mommy. Jeng.. Jeng.. Ada banyak lagi design, tapi ini pilihan anak-anak. Kita ikut sahaja.
Murah kan?
Ingat! Yang penting, ikhlas!!
Harap cikgu happy terima hadiah ikhlas anak-anak dari syurga ini. Inshaa Allah.
Doa Mommy, moga cikgu-cikgu sentiasa ikhlas dalam mengajar, menjaga secara tidak langsung, dan diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak di sekolah. Dan Mommy doakan, agar anak-anak Mommy sentiasa mengikut segala kebaikan yang cikgu curahkan buat kamu berdua sayang..
Mana tahu, rezeki kita mewah lepas ni, Mommy boleh sediakan hadiah mahal pula kan? Inshaa Allah. Amin..
Comelnya.. kreatif
hehe idok ler diy sgt. simple jer. ehehehe
kreatif la mommy ni….tq bg idea
sama2.. hehe
kreatif sangat.. Anak Ina dia nak bagi pada cikgu kesayangan dia je tau.2 orang.. ehhehe. Belom beli lagi..
Klu kesayangan, boleh beli mahal sket. atau Bird Nest tu ke? hehehe
keren ya
pen ke tu..eh tetiba nak cari comel sangat..hahaa
aah heeee
Cumel hadiah tu. Ye, yg penting ikhlas 🙂