Fri. Jan 17th, 2025

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) | KEMBARA KBBA9

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (14)

Kini tibalah masanya Mommy nak share tips atau checklist untuk korang kalau nak travel ke New Zealand.

Perhatian : Mommy bagi guideline untuk trip Mommy ke North Island sahaja (end of Sept). Untuk South, tunggu Mommy repeat tahun depan eh? Haha.

New Zealand, korang kena ambil tahu yang ia adalah sebuah negara yang kita tidak boleh jangka cuacanya. Walaupun musim panas, kau tetap kena sediakan baju sejuk even bukan winter jacket. Dan untuk trip Mommy kali ini ialah ketika Musim Bunga.

Apa yang patut Mommy bawa ya?

Serabut tau. Sungguh. Nak bawa ke tak nak. Ini perlu ke tak? Hoih. Stress. Belum masuk packing barang lagi. Haha.

Ok musim bunga. Musim bunga merupakan musim selepas Musim Sejuk. Makanya, musim bunga masih ada saki baki kesejukan dari winter sebelum itu. Take note ye adik-adik.

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING)

Mommy mudahkan korang checklist dengan seringkas-ringkas mungkin. Mungkin lebih kurang je dengan checklist ke Korea pada musim sejuk, sebab Mommy pun ada bawa item2 dari travel Mommy ke Korea tahun lepas.

1. PASSPORT

Pastikan perjalanan korang sah & tidak disekat mana-mana masalah yang berkaitan Imigresen. Terutamanya yang ada hutang dengan PTPTN. Nak check samada korang ada masalah atau tidak, korang boleh ke laman web Imigresen (http://sspi.imi.gov.my/sspi/) dan check samada korang dah kena blacklist atau pun tidak. Nak renew passport pun tak lepas kalau kena blacklist, tahu?

2. TRAVEL INSURANCE

Insuran perjalanan. Kalau dah jauh tu, Mommy nasihatkan belilah Insuran perjalanan korang. Macam Mommy hari tu, Mommy compare harga World Travel Insurance di laman web gobear.com. Dan Mommy pilih pakej dari Etiqa Insurance untuk semua blogger KBBA9.

3. TIKET FLIGHT

Pastikan lah korang beli sebelum travel. Haha. Tak beli kalu, korang nak pergi macam mana.. Kalau naik kat airport KLIA2 tu, tak perlu pun print boarding pass a4 dari rumah. Korang selesaikan web check in seminggu sebelum depart, pergi KLIA sana, korang just print boarding pass kat kiosk self check in. Tak perlu pun print label bag/luggage tag tu. Cukup sekadar boarding pass. Nanti pergi kaunter untuk check in luggage, dia akan bagi label tag tu.

Travel dengan Air Asia X, walau Mommy perlu transit, Mommy enjoy je. Bukan senang kau nak singgah Gold Coast dan sempat buang air je situ. Kerlasss kan? Haha. Bosan? Korang boleh tempah awal-awal untuk tonton movie via tablet. Mommy rasa ada servis sewa tablet untuk tonton movie tu. Cer usha www.airasia.com. Oh ya. Makanan on board, Mommy advise korang pilih Nasi Dagang. Sedap weh.

4. PAKAIAN

Bab pakaian ni, Mommy nak nasihat yang korang kena betul-betul well prepared. Jangan pandang rendah dengan cuaca. Apa yang korang perlu bawa musim bunga ini ialah :

  • Jaket / Winter Coat
  • Inner / Longjohn
  • Sarung tangan (leather & wool)
  • Tshirt
  • Jeans
  • Socks
  • Muffler
  • Snowcap
  • Poncho (rain coat) – oh wajib ni sebab hujan ada anytime. Rugi giler kalau kat Agrodome korang tak boleh turun sebab basah.

Kalau ada rezeki, korang boleh lalui macam Mommy. Semua musim sekaligus.

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (14)

5. KASUT

Kalau boleh bawa je spare. Maksudnya, lebih dari 1. Cuaca tak menentu dan kemalangan kotoran pun tak boleh dijangka. Macam Mommy, dah la kasut putih, turun bagi biri-biri makan kat Agrodome, bukan sekadar kotor becak, biri-biri tu siap pijak lagi. Adoi. Tabah ok.

Kasut yang diperlukan ialah sport shoes (yang jenis kalis air lagi bagus). Kalau musim sejuk pula, better jenis tapak yang mencengkam. Silap-silap jatuh sebab licin.

6. TRAVEL PACK COSMODERM

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (4)

Ingat Travel, Ingat Cosmoderm! WAJIB ok. Sebab dalam travel pack ini, semua dah lengkap.

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (4)

Kalau lenguh-lenguh tu,boleh terus simply sapu Deep Heat Lotion di tempat yang sakit.

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (1)

Oleh kerana cuaca yang sejuk, Vitamin E Cream sangat diperlukan untuk wajah korang untuk elak kering. Mommy dah risau sebab takut luka bibir, Vitamin E ni pun boleh jadi pelembap bibir tau. Menarik kan?

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (6)

Kaki melecet sebab jalan banyak? Apa susah.. Advance Moisture Therapy Cream kan ada.. Sapu je sebelum tidur tu. Macam magik, esok dah ok. Boleh sambung jalan banyak.

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (6)

Mommy punya tahap alergi boleh tahan lagi. Tapi kalau tiba-tiba dia menyerang, menggaru la jawabnya. Mujurlah Mommy dah siap-siap bawa travel pack ni, boleh la Mommy guna Magic Body Lotion tu. Nyaman je dengan efek cooling tu.

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (6)

Sebab tu Mommy nasihatkan korang yang nak travel, sila bawa travel pack Cosmoderm ye. Boleh dibeli di laman web cosmoderm.com.my atau di Watson/Aeon Wellness terpilih.

7. HAND WARMER

Beli je kat Daiso. Sangat berguna tau walaupun korang kata, eh Musim Bunga kot. Nak buat pe? Sejuk sayang. Situ bukan Malaysia. Expect the Unexpected. Letak dalam poket, korang ramas-ramas je. Nanti warm la tapak tangan tu. Bukankah bersedia itu lebih baik dari menyesal? Hehe..

8. TOILETRIES & TOWEL

Bawa peralatan mandi walaupun tempat penginapan korang mungkin sediakan sabun & syampu. Mommy tetap bawa my fav sabun & syampu untuk keselesaan diri walaupun bersaiz comel. Towel pun Mommy bawa sebab tak yakin dengan towel yang ada. Haha. Itu Mommy la. Tak perlu la bawa yang tebal-tebal. Beli je towel travel quick dry macam di Decathlon tu.

9. UBAT-UBATAN

Mommy bawa ubat-ubatan walaupun Mommy yakin Mommy sihat. Kononnya la. Hari 1st lagi dah telan panadol. Haha. Tak tahu lah sebab apa, tapi esok hari nya tu terus segar. Korang buat 1 checklist dan nyatakan apa ubatan yang korang bawa, just in case pihak bio security di sana tanya.

Mudah je. Cuma buat 1 timetable, tulis 4 perkara ni.

  • Product
  • Brand
  • Quantity
  • Purpose

Nak mudah, korang snap je gambar ubat tu, print dan pelekat di checklist korang tu. Mudah kan? Buat 1 page dah cukup.

10. MAKANAN & CHECKLIST ITEM UNTUK DIISYTIHARKAN DI AIRPORT NZ

NZ agak particular tentang makanan atau apa jua item yang dibawa masuk. Kalau liquid drinks tu, totally no lah. Unless kalau korang nak bawa coffee 3 in 1 tu, masih diterima. Takde masalah. Untuk makanan, korang make sure ada label elok-elok. Contohnya macam pack Brahims tu. Jangan pula korang buang kotak semata-mata nak jimat space beg. Nak senang, asingkan je makanan dalam 1 luggage asing. Kalau bawa banyak la.

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (1)

Then korang buat checklist juga 1 page. Tulis tangan pun takde masalah. Contoh checklist yang Mommy buat adalah macam ini. Nak senang, korang boleh juga snap produk tu, ingredients & pelekat je di checklist korang. Mudahkan dorang untuk mudahkan hidup korang. Haha.

List korang kena letak ialah:

  • Product
  • Brand
  • Quantity
  • Weight
  • Remarks

Oh ya.. no meat, poultry atau seangkatan dengannya. Macam Mommy hari tu, cuma bawa Maggi, Brahims Nasi Goreng (nasi lemak pun boleh).. Lamb tak boleh tau.. Itu je la kot. Biskut, Milo, Horlicks, pun boleh. Takde masalah.

11. GADGET STUFF

Perhatian! NZ adalah negara yang sangat cantik untuk korang nikmati. Abadikan kenangan korang di sana dengan gambar-gambar yang indah. Maka, di sini, gadget seperti kamera (kamera handphone pun ok) sangat penting.

Jangan dilupakan perkata lain seperti:

  • charger kamera
  • cable usb (beli extra in case rosak sebab selalu guna)
  • powerbank (20k MAH atau 2 ketul powerbank)
  • plug extension (wajib bawa sebab korang nak caj banyak item dalam satu2 masa, jangan malas bawa)
  • selfie stick (dan jangan tinggal kat NZ pulak, cam Mommy. kahkah)
  • hard disk / OTG (external usb storage) untuk save gambar
  • travel adapter (3 pin yang senget tu)
CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (14)

12. BOTOL KOSONG

Bawa je untuk minum dan penggunaan di tandas. Sumpah tak selesa kalau tak dapat basuh dengan air. Haha. Oh ya, NZ sangat pentingkan toilet mereka ye. Tak boleh basah-basah dan memang tak ada pun lubang air. Huhu. Jadi, kalau korang stay homestay tu, alert lah ye. Jangan basah-basah kecuali di shower room. Lap sebelum check out.

13. TISU BASAH

Sangat penting lah kalau korang tak bawa botol air tu kan. Since tisu je disediakan di toilet, pasti tak selesa. Di sinilah penggunaan tisu basah ye kawan-kawan.

14. TUKARAN MATA WANG

Mommy pergi tukar duit di Mid Valley. Kadar tukaran mata wang masa tu ialah:

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (12)

RM3.09 = NZD1

Jadi kalau Mommy nak beli apa-apa, Mommy akan darab 3. Berbaloi atau tak? Fikir semula, bukan senang nak datang. Maka, pejam mata & TAKE MY MONEY, BEBEH!!

15. LUGGAGE

Luggage, bawa la yang berkualiti. Dan jangan terlalu padat isinya sebab Mommy yakin, korang akan tambah kuantiti bila datang ke NZ. Aci kerat kuku punya. Hahaha.

16. BARANG TERLARANG

Larangan seperti bateri, item berbahaya dan tajam. Untuk hand luggage pula, item seperti gel, liquid atau seangkatan dengannya tak boleh ye. Yang bawa powerbank, sila letak dalam hand luggage.

17. LESEN MEMANDU YANG SAH

Kalau korang jelajah New Zealand, korang berpeluang memandu sendiri di sana. Seperti kami, kereta yang disediakan ialah Toyota Estima. Memang selesa lah. Sebab tu Mommy puas hati betul dengan perkhidmatan Ikhlas Tours ni. Korang tak payah pening-pening fikir dah. Untuk memandu di sana, korang wajib ada lesen memandu (Malaysia) yang sah dan tidak tamat tempoh. GPS turut disediakan untuk setiap kenderaan. Korang cuma perlu search je destinasi korang.

Contoh kenderaan lain boleh tengok di website Ikhlas Tours.

Memandu di sana memang enjoy sebab pemandu mereka memang berhemah yang amat! Bila nampak sign had limit memandu, masing-msing akan auto slow dan follow limit tu. Alahai. Nak laju buat pe, pemandangan sepanjang perjalanan tu terlalu cantik untuk korang enjoy. Tak sempat mengantuk. Unless yang jetlag je la. Haha.

Bab deposit untuk sewa kereta pun kami tak perlu risau sebab semuanya telah diuruskan oleh pihak Ikhlas Tours. Betul-betul relax mind lah..

18. KOS AKTIVITI & ITINERARY

Macam kami, itinerary disediakan sepenuhnya oleh pihak agen. Kami cuma follow je tempat yang dicadangkan. Unless kalau ada faktor yang tak boleh dielakkan contohnya hujan, kami akan segera dicadangkan ke tempat lain pula. Untuk kos aktiviti, korang kena sediakan cash lebih ye. Sebab agak ‘mantap’ juga kos tempat yang nak dikunjungi. Contohnya Hobbiton (NZD79), Agrodome (NZD69) seorang. Kat North ni ada banyak tempat yang boleh kita buat aktiviti.

19. SIMKAD & SEWA PORTABLE WIFI

Tanpa internet, hidup rasa sepi. Itulah ‘nyawa’ sebagai blogger. Korang juga boleh sewa portable wifi dengan Samurai Wifi, oleh VisonData seperti kami.

CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) (14)
Checklist ke New Zealand ketika Musim Bunga

Kalau rasa tak cukup, boleh juga beli simkad di sana. Mommy beli simkad jenama Spark dan harganya untuk 1.5GB (NZD25), 3GB (NZD49). Pretty expensive huh? Yang Mommy tahu, simkad NZ memang a bit expensive compared other countries.

20. PEN

Korang senang hidup kalau ada pen. Bukan susah pun. Letak je dalam handbag tu. Once sampai NZ, korang kena tulis declaration form. Tak perlu susah payah nak tunggu orang lain habis tulis.

21. AKSESORI

Seperti cermin mata hitam ke.. kalau yang jenis suka bergaya lah.

22. SEJADAH/TELEKUNG

Untuk wanita, elok la bawa telekung travel. Sejadah ikut tempat juga. Kalau ada BNB yang sediakan sejadah, lega la. Contohnya Rasa Sayang Villa yang kami duduk tu. Memang lengkap semua. Owner pun orang Islam kan. Kalau takde sejadah pun, takde masalah. Islam tak bebankan kita. Guna je apa-apa kain yang bersih.

23. NOVEL

Atau apa-apa jua bahan bacaan untuk mengelakkan kebosanan. Macam blogger Ben Ashaari, dia dah ready macam-macam movie dalam handset beliau. Blogger Sohoque pula, sediakan ipod untuk didengari sepanjang perjalanan. Blogger Shiqeen Sattar pula buku motivasi, while Mommy? sediakan mata untuk tidur je. Hahahaha.

24. PEMILIHAN TRAVEL AGEN YANG BETUL

Untuk keselesaan otak, Mommy cadangkan korang guna perkhidmatan Ikhlas Tours. Sebab? Mereka dah sediakan itinerary yang lengkap, pengangkutan selesa, penginapan yang unik macam kitorang lalui dan harga pula memang terbaik.

TEMPAH BUSINESS CARD CEPAT & MURAH DENGAN BG DESIGN RESOURCES (8)

Korang boleh dapatkan maklumat dan konsultasi mengenai harga pakej melalui maklumat seperti di bawah:

INGAT NEW ZEALAND.. INGAT IKHLAS TOURS!

Mommy harap, Checklist ke New Zealand ketika Musim Bunga ini sedikit sebanyak membantu korang ye. Last but not least, enjoy your trip.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

14 thoughts on “CHECKLIST KE NEW ZEALAND KETIKA MUSIM BUNGA (SPRING) | KEMBARA KBBA9”
  1. Wahh!! Baca She punya tips n pengalaman pun dah rasa teruja nak ke NZ.. Moga ada rezeki untuk jejak sana one fine day.. InsyaAllah.. Thank you for the info..

  2. makaih… nyesal pula baca blog ni…. best pula.

    bab sediakan mata utk tdo tu lawak… tp cmne org boleh baca dan tgk movie dlm kenderaan/flight. Iolls pun akan bawa mata je untuk tdo..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!