Rasa macam baru je sambut New Year 2017. Tetiba masuk bulan 2, kami pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri. Tetiba masuk bulan 3. Then masuk bulan 4. Sekarang.. dah nak akhir bulan 5, dah mula berpuasa. Fuhhhh. Betul lah. Pejam celik, pejam celik, dah nak sambut birthday pula 1 Jun. Eh (motif sangat). Kihkih.
Juga pejam celik, pejam celik, Mommy dah tak bekerja dari bulan 2 baru-baru ini. Banyak sangat hikmahnya walaupun tak bekerja. Mommy ada lebih masa untuk anak-anak. Boleh sama-sama belajar untuk hadapi exam dan dalam masa yang sama fokus untuk Ariq yang memerlukan bantuan belajar dari rumah. Yes, tough. Very tough.
Sebenarnya, walaupun pada mata kasar Mommy tak kerja, sebenarnya Mommy masih ada freelance job dengan office lama. Gaji? Tak boleh shopping pun, cuma dapat tolong bayar beberapa komitmen bulanan. Masih syukur untuk itu. Perit? Sumpah Mommy cakap perit. Duduk rumah sendiri, dan tak sangka pula nak berhenti kerja, boleh bayang tak seksanya? Entahla.. mungkin orang nampak, wahhhhh rumah best tu. Ada macam-macam kemudahan. Ya, kosnya pun bukan murah. Dah ditambah tak kerja, macam mana? Hanya Allah yang tahu..
Back to niat asal, nak tolong Ariq yang dah 5 tahun tapi masih speech delay, dan juga ada beberapa isu lain, buat Mommy tawakkal dan redha. Walaupun sebenarnya Mommy sungguh takut nak hadap masa depan. Andainya freelance job ini pun Mommy tak buat nanti, tak tahu lah macam mana nak cakap.
Hanya Allah tempat Mommy mohon. Bukan nak tarik simpati orang, sebab orang tak hairan pun apa yang kita hadap. Nak tak nak, kau usahalah sendiri Shehan..
Hikmahnya, bila Mommy bersama Ariq sepanjang tak kerja ni, Subhanallah. Banyak betul improvement. Perkataan yang keluar sebutir demi sebutir bertambah dari sehari ke sehari. Dari tak boleh nak hafal segala surah-surah pendek, dah boleh lancar tanpa sebarang bantuan. Allah. Kagum sangat dengan improvement adik tu. Hikmahnya lagi, bila Mommy perlu ambil dan hantar Hannah sendiri ke sekolah, Mommy masih sempat untuk studi walau di minit-minit terakhir sebelum di ke sekolah. Jika dibandingkan waktu kerja, mungkin subuh Mommy keluar, maghrib nanti belum tentu sampai rumah.
Sempena bulan puasa ini, Mommy pinta kemaafan buat semua yang mengenali Mommy. Andai Mommy ada tersalah faham, terkasar bahasa, termarah, tersakit hati, termerajuk, tersedih, semua lah.. Mommy pohon kalian maafkanlah Mommy. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu kelemahan dari Mommy sendiri.
p/s : tetiba teremos plak la kan di hari puasa. Lapar? Haish. Macam tak biasa puasa plak korang ni. Hahahaha..
Ok. #doneentry. Isu done pun nak kecoh yerk? Hahah.. Apa-apa je lah korang, asalkan bahagia. Positif selalu deh.
Eh.. p/s lagi : korang ada perasan kelainan blog ni tak? Haaa. Sempena 1 ramadhan (27/5/2017) tau.. Selamat Berpuasa semua..
template blog dah lain!
selamat menyambut Ramadhan kak she. setiap manusia punya liku2 hidup. moga kita semua kuat menjalani kehidupan kita.
well done to adik! keep it up lil champ!
Thanks IQ. Hehe. Alert eh
perasan sebab sebelum ni header besau, ni kecik headernye, =)
Tumpang happy dgn perkembangan positif Ariq. Moga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki Shehan sekeluarga, Amin…
Secomey tuannya template kali ni ye…alhamdulillah..tak lama lagi makin lancar la Ariq…masa tu mummy jangan peing plk tau..huhu..akak mintak maaf juga yr..selalu usik2 shehan
semoga semuanya baik2 belaka
Cepat betul masa berlalu kan…. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan..
Nampak padat dan cantik sususan blog shehan…suka baca flow entry ni…sebak bacapasal ariq…good boy!…lepas ni lg byk ariq buat surprise kt mama…yeyyy