Fri. Jan 17th, 2025

KREN JATUH : BINLADEN GROUP DIGANTUNG

Kren Mekah jatuh | Terbaca berita yang kren ini merupakan milik keluarga pemimpin Osama Laden. Siasatan turut mendapati kren gergasi yang tumbang adalah buatan Jerman bukannya dari China.

JEDDAH – ARAB SAUDI. Pihak berkuasa Arab Saudi mengenakan sekatan ke atas syarikat pembinaan BinLaden Group, susulan tragedi kren jatuh di Masjidil Haram.

Apa pun mudah-mudahan tindakan keselamatan dapat dipertingkatkan oleh pihak bertanggungjawab. Dah nak hampir tempoh start buat Haji ni. Selamatkanlah semua jemaah. Termasuk suami Mommy. Amin YRA.

Media tempatan melaporkan, sekatan itu termasuk memberhentikan operasi dan digantung daripada mengambil projek-projek pembinaan baharu.

Kakitangan syarikat milik keluarga pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden itu turut dikenakan perintah sekatan perjalanan ke luar negara sehingga siasatan selesai dan tindakan undang-undang diambil terhadap syarikat terbabit.

Sekatan berkenaan dikeluarkan selepas pihak berkuasa melakukan siasatan awal terhadap tragedi yang meragut 111 nyawa itu, minggu lalu.

Sebelum ini, siasatan awal menolak motif jenayah, sebaliknya mendapati angin kencang dan ribut menyebabkan kren terbabit tumbang.

BinLaden Group adalah syarikat pembinaan terbesar di negara tersebut yang telah bekerja selama empat tahun dalam projek pembesaran Masjidil Haram bagi menampung peningkatan jumlah jemaah. – Saudi Press Agency

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!