Terpaksa sambung di sini disebabkan Entri Part 4 : Tempat Menarik di Rotorua, New Zealand agak panjang dek gambar. Kang korang malas baca. Haha. Tapi Mommy yakin, korang tak malas sebab rugi kalau tak baca habis. Haha
Seperti yang Mommy share sebelum ni, 3 POI (Place of Interest) yang menarik di Rotorua iaitu Government Garden, Rotorua Lake & The Redwoods, aktiviti di situ adalah PERCUMA! Kecuali yang ingin beraktiviti di dalam The Redwoods seperti Night Walk, itu perlukan tiket ya.. Dan kali ini, Mommy kongsi 4 lagi POI menarik di sekitar Rotorua.
TEMPAT MENARIK DI ROTORUA (BERSAMBUNG)..

POI NO 4 : BLUE LAKE (LAKE TIKITAPU)
Kami ke Blue Lake (Lake Tikitapu) pada hari ketiga kami di bumi NZ iaitu pada 1 Okt 2017. Dengan jasa baik En Jeff, host BNB Rasa Sayang Villa, beliau sudi membawa kami ke tempat menarik di sini. Tempat pertama kami singgah ialah Blue Lake.

Blue Lake terkenal sebagai tasik yang paling jernih di dunia. Fuh..
Mengikut kajian, tasik ini sangat jernih dan boleh dilihat kejernihannya dalamnya sehingga 80m.

Suasana sungguh tenang. Kalau nak lepak sambil berborak-borak santai sekejap tu boleh la. Cuma takde tempat duduk. Hehe. Boleh layan itik yang berenang-renang ke tepian.

Boleh tahan sejuk, tapi demi gambar (nak baju lain-lain), ku rela tahan sejuk dulu.

Blue Lake ini sentiasa dijaga rapi untuk mengekalkan kejernihannya. Pelawat tidak dibenarkan membasuh sebarang peralatan masakan contohnya, di sini.
Rotorua ni memang terkenal dengan banyak tasik. Dan nama-nama tasiknya pun unik. Ini tasik kedua yang kami kunjungi selepas Rotorua Lake. Jom bergerak ke tasik ketiga.
POI NO 5 : PUNAROMIA (TARAWERA LAKE/LANDING)
Kami beredar dari Blue Lake dan terus ke sini pula, Tarawera Lake. Tasik ini merupakan salah satu tasik terbesar di New Zealand. Tasik ini dikunjungi oleh ramai pemancing, yang rata-ratanya memancing Ikan Trout. Masing-masing hebat dan lengkap dengan peralatan memancing. Siap bot tersendiri. Fuh. Orang NZ ni memang kaya-kayalah. Suasana masa ni tenang sangat-sangat. Serius, Mommy jatuh cinta betul dengan bumi kiwi ni.

Kawasan sekitar.



Selepas berehat sebentar di sini, Mommy meneruskan perjalanan ke Geothermal Public Park pula. Tapi dalam perjalanan tu, kami singgah di satu lookpoint yang agak menarik.

Dari sini kami dapat tinjau seluruh kawasan Tasik Tarawera. Ada juga sejarah di sini. Tapi Mommy dah lupa plak cmne historynya. Boleh la google ye. Hehe..

Kalau nampak ni, korang boleh berhenti jap di look point ni.

Jom ke Kuirau Park.
POI NO 6 : KUIRAU PARK (QUOTA SCENTED GARDEN)
Kuirau Park – Nice park with Geothermal activities. Ini juga merupakan taman awam yang boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja. Kawasannya sangat luas tapi disebabkan cuaca hujan, kami terbantut untuk teruskan lagi perjalanan.

Lebat tau hujan masa ni. Dah la sejuk amat. Tabah betul kami berjalan. Dalam dok snap-snap tu, tetiba Mommy & SS dah ketinggalan. Haha. Bamhoq, Aben & En Jeff dah hilang dalam kabus beb. Nak cari memang tak jumpa dah.

Nampak horror kan?

Kalau terjatuh dalam kolam tu, innalillah jawabnya. Jangan nak acah2 selfie duduk atas pagar pulak!
Korang boleh baca mengenai Kuirau Park ini di sini.

POI NO 7 : AGRODOME FARM
Tempat terakhir di Rotorua yang Mommy nak kongsi pengalaman Mommy di sana ialah di Agrodome!! Yeah. Apa ada di Agrodome Farm? Kambing Biri-Biri la weh! Ada lagi la binatang lain. Hahaha.. Apa kes nak pi tengok kambing ni? Ingat senang ke nak jumpa biri-biri New Zealand. Mommy sendiri teruja bila tengok show yang biri-biri NZ ni ada macam-macam jenis. Ada dari kulit nipis sehingga setebal-tebalnya.

Paling cool, siap boleh cabut bulu dia dan letak balik kat tempat cabut tu. Amboi tebal sangat tu. Hahahaha. Sesuai la deme semua dok NZ kot. Kejap sejuk, kejap panas, kejap hangin, kejap hujan. Kuda pun pakai jaket tau. Bukan orang je. Miahaha..

Tiket masuk ke Agrodome Farm ada 3 jenis. Samada korang nak Tour sahaja, atau Show sahaja atau kedua-duanya (combo) sekali. Kami pilih combo. Harga tiket tertera di atas. Oh ya.. Kalau korang stay di Rasa Sayang Villa, boleh dapat diskaun bila masuk sini. Woot Woot!

AGRODOME FARM SHOW
Ada 3 waktu untuk show, boleh pilih jam 9.30 pagi, 11 pagi atau 2.30 petang. Memandangkan jam masa tu dah hampir 11 pagi, dah tentulah kami pilih show jam 11 kan. Dan masa Farm Show inilah Mommy baru tahu yang biri-biri NZ ni banyak betul jenisnya.
Ada yang aktif, ada yang macam King! Yang tengah-tengah sekali tu la. Berat pungkoq! Kena la dengan saiz badannya. Memang gemuk. Nak je gomol. Tapi bila dekat, cuak weh! Mommy rasa, depa lagi berat dari Mommy. Gaaghaahhahahhaa..

Selain kenalkan jenis-jenis biri-biri NZ tu, kami dapat lihat sendiri cara mereka mengambil bulu-bulu biri-biri ini. Patuh giler masa mamat tu nak shave. Memang laju la dia buat keje.

Dapat merasa bulu kambing tebal.. Hos tu main lempar-lempar je bulu-bulu kat penonton.

Tak lembut tau.. Haha
Dapat juga tengok cara perah susu lembu NZ. Hehe..

Dapat selfie bersama biri-biri (busuk) dan masuk ke nursery anak-anak biri.

AGRODOME FARM TOUR
Kami dibawa menaiki truck panjang ni. Dah macam nak pegi membajak sawah je tengok trucknya. Tapi versi boleh bawa penumpang. Hehe. Masa tu hujan agak lebat. Basah jugak la kalau turun.

Pendapat Mommy, andai korang datang bersama anak-anak, ini adalah tempat yang wajib korang kunjungi. Semasa tour tu, Mommy nasihatkan korang ready poncho (baju hujan), ketika musim bunga ini sebab cuacanya memang tak boleh dijangka. Kalau bawa siap-siap untung la. Nak beli kat Agrodome pun boleh. Harga tak tau la plak berapa.

Seperti yang kami lalui, hujan lebat & sejuk yang amat. Tiada payung atau poncho pulak tu. Mood memang kelaut la nak turun, apatah lagi memikirkan dengan tanah becak dan kasut Mommy pula putih!!! Hahahaha.


Tapi, Mommy akhirnya turun juga sebab tak mampu tahan godaan untuk cuba beri biri-biri dan llama ni makan. Syok weh. Mommy ingat Mommy penggeli. Rupanya tak.



Cuma down bila Mommy tak dapat nak balas dendam dengan seekor biri-biri yang berani pijak kasut putih Mommy. Dem!!!

Di pertengahan jalan, kami singgah sebentar untuk basuh tangan, kaki, kasut dan menikmati madu & jus kiwi. Sedap namateyyyy. Menyesal tak beli weh! Menyesal. Jus kiwi kena beli masa ni je. Madu masih ada jual di depan sebelum keluar Agrodome. Sumpah sedap!

Ada je binatang lain, tapi tak berhenti pun la.. Nak buat mende jumpa pig? Ekeke.

Sebelum habis kembara, sempat la hulur biz card.

Ada job, halo-halo, ok?
Eh korang gelak apahal? Mommy paham bahasa binatang tau. Korang tengok ler tu, sekor sombong, sekor kemain excited nak call Mommy. Acah pen-pal lettewww!
KEMBARA DITERUSKAN..
Kembara kami seterusnya menuju ke Taupo. Dan dalam perjalanan tu, kami singgah ke Huka Falls. Air dia macam Listerine uols!!!

Nak tengok ke? Tunggu part 6 eh. Hahahahah. Kena kongsi la. Jadi korang tak terlepas untuk masukkan dalam itinerary korang andainya nak ke New Zealand.
NOTA KAKI :
Teringin bercuti ke New Zealand seperti Mommy? Dapatkan info lanjut dan harga pakej di fanpage Ikhlas Tours. #kembarakbba9 #cosmoderm #ikhlastours #samuraiwifi #airasia #ybtravelogue
Untuk tajaan, jangan malu-malu hubungi Mommy ya?
boleh singgah nti kalau nk pergi sana… heheh harap thun depan pi atau thn berikutnya .. hehehe
Wahhhhhhh bestnya..huhu..nak gi gak..
Subahanallah..cantik nya..
Bestnya dapat pergi tempat ni..
Pemandangannya cantik2 belaka..
Eksyen dia kan, tak nak ambik biz card mommy tu hahahah
teringin nak tgk depa shave biri2 biri tu… One day.. insyallah
haha! penpal sangat kak she, da dapat surat belum? emel? haha!
Tengok gambar pun dah best..apatah lagi dpt jejak