Fri. Jan 17th, 2025

CARA MUDAH POTONG DAGING

Salam

Mommy nak kongsikan cara mudah potong daging. Silap langkah, tercabut gigi palsu masa makan daging kome tu (liat). Kihkihkih

Gambar mudah faham

Credit Picture

Lagi satu, amek cara omputih plak

Penerangan lebih jelas

  • Sebelum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang menempel pada daging tersebut.
  • Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging. Daging harus dipotong melintang urat, jangan ikut urat daging supaya daging nanti tidak liat dan susah untuk empuk. Caranya ialah dengan melihat jalur-jalur urat daging, kemudian letakkan arah urat-urat daging bertentangan dengan pisau dan potong.
  • Pada beberapa bahagian daging yang mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot daging. Maka setiap otot harus di buangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru kemudian daging tersebut dipotong.

Mommy punya tips : Separa-bekukan terlebih dahulu. Nanti daging akan lebih mudah dipotong.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!