BUFFET RAMADAN KLANA BEACH RESORT | Bulan Ramadan semakin dekat, dan Mommy berpeluang menghadiri preview Bufet Ramadan 2025 di Klana Beach Resort Port Dickson. Sejujurnya, bila dengar “bufet tepi pantai,” Mommy terbayang suasana santai, dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati juadah berbuka. Dan ya, expectation Mommy TERCAPAI!
Dari 3 Ramadan hingga 28 Ramadan 1446H (4 Mac – 29 Mac 2025), Klana Beach Resort PD membawa tema “Merentasi Tradisi”, menyajikan pelbagai hidangan dari setiap negeri di Malaysia. Konsep ni memang menarik, sebab korang boleh rasa sendiri kepelbagaian menu tradisional dari Utara, Pantai Timur, Selatan, Sabah & Sarawak—semua dalam satu tempat!
SAMPAI SAJA, TERUS RASA TENANG
Lokasi bufet: Outdoor, tapi terlindung & berangin
Satu benda yang Mommy suka—suasana berbuka yang nyaman. Meskipun tempat makan berada di kawasan terbuka, ada bumbung untuk berteduh dan yang paling best, boleh rasa angin laut yang menenangkan. Lepas seharian berpuasa, dapat duduk dalam suasana santai macam ni memang pengalaman berbuka yang lain dari yang lain.
Tempat duduk pula luas, sesuai untuk family gathering atau iftar beramai-ramai. Tak perlu risau sesak atau berebut meja!
MERENTASI TRADISI – MENU BUFFET – KIBAS GOLEK & HIDANGAN IKONIK SETIAP NEGERI!
Konsep bufet tahun ni “Merentasi Tradisi”, bermakna setiap negeri di Malaysia ada wakil menu mereka sendiri. Mommy suka konsep ni sebab bukan sekadar lauk biasa, tapi ada signature dish dari setiap negeri.
⭐ Antara menu yang Mommy sempat rasa & recommend:
Kibas golek berempah – Daging lembut, berjus, dan kaya dengan aroma rempah! Ini memang highlight bufet tahun ni.
Rendang pucuk maman – Rare & susah nak jumpa, tapi kat sini ada! Rasa lemak, pedas & wangi.
Mee kolok Sarawak – Lembut, cukup rasa, memang kena dengan selera!
Laksa Johor – Pekat, berempah, lengkap dengan sambal belacan.
Pelbagai lauk-pauk tradisional – Nasi lemuni, Ikan Keli Masak Cili Api dan Kepayo Masak Lemak.
Live Stall – Murtabak, roti john semuanya freshly made.
Pencuci mulut & minuman – Kuih tradisional, kek, cendol, ais kacang, jus buah segar & teh tarik!
Antara menu lain yang ada adalah Laksa Kelantan, Ambuyat, dan banyak lagi stall yang ada.
HIGHLIGHT: KIBAS GOLEK – JUICY & CAIR DI MULUT!
Kalau Mommy nak pilih satu menu paling mengancam malam tu, mesti kibas golek! Dagingnya lembut, juicy, dengan perapan rempah yang meresap sampai ke dalam. Bila gigit, memang cair dalam mulut.
Tak perlu sos pun dah cukup sedap, tapi ada pilihan kuah lada hitam dan sos mint untuk yang suka extra flavour.
Selain kibas golek, ada juga sup kibas yang pekat dan penuh rasa. Sesiapa yang suka sup berempah, wajib cuba!
PENCUCI MULUT & MINUMAN
Ada juga aneka kek, kuih tradisional, dan ais krim untuk yang nak extra dessert.
Minuman pun banyak pilihan – dari teh tarik kaw sampailah ke jus buah-buahan segar.
SUASANA & KEMUDAHAN – SELESA UNTUK SEMUA
Satu benda yang Mommy suka tentang Klana Beach Resort ni, mereka memang mesra Muslim. Ada surau yang selesa, jadi tak perlu risau nak solat lepas berbuka. Kalau datang dengan family besar pun, tempatnya luas dan tak sesak.
Lepas makan, kalau rasa nak lepak kejap, boleh jalan ke pantai berdekatan sambil hirup udara segar.
PAKEJ PENGINAPAN RAMADAN 2025 – BANGUN SAHUR DENGAN VIEW PANTAI!
Bagi korang yang datang dari jauh atau nak staycation Ramadan, Klana Beach Resort PD ada pakej penginapan menarik. Mommy pun berpeluang stay di sini satu malam. Anak-anak pun enjoy mandi kolam di sini.
1️⃣ Bufet Ramadan, Sahur + Penginapan
Termasuk iftar buffet, sahur + bilik resort Sesuai untuk korang yang nak stay lepas berbuka
2️⃣ Ramadan Staycation + Sahur
Nikmati pengalaman Ramadan dengan tenang tepi pantai Termasuk sahur & kemudahan resort
3️⃣ Pakej Seminar Ramadan
Untuk syarikat atau organisasi yang nak buat event di bulan Ramadan Ada bilik seminar, buffet berbuka & penginapan sekali
HARGA & TEMPAHAN
Tarikh Bufet Ramadan : 3 Mac – 29 Mac 2025 Lokasi : Klana Beach Resort, Port Dickson Masa : 7.00 malam Tempahan : 06-648 7888 / 016-661 9030 / 016-661 9050 / 016-661 6089 Follow : Instagram @klanabeachresortpd
Honestly, kalau korang nak berbuka dengan suasana nyaman, angin pantai & makanan yang sedap, Mommy recommend sangat-sangat! Kibas golek tu memang lembut & juicy, ditambah pula dengan hidangan signature dari setiap negeri—memang puas hati!
Plus, lokasi luas & selesa, ada surau dekat untuk solat Maghrib & Terawih, dan pilihan makanan yang sangat berbaloi dengan harga.
So kalau korang tengah cari tempat berbuka puasa best di Port Dickson, Klana Beach Resort PD ni memang antara pilihan yang patut korang consider! Jom tempah awal sebelum penuh!
YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.