Wed. Feb 12th, 2025

CENDOL POWER – BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN

CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (74)

LAKSA & CENDOL POWER SERI KEMBANGAN | Hujung minggu buat apa tu gaisss? Takkan nak shopping jer? Haaa. Alang-alang nak shopping tu, meh Mommy sarankan satu tempat best untuk korang makan.

Terletak di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan, kawasan ini tidak terlalu sesak untuk korang datang menikmati Cendol Power di tepi jalan ini!!

CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (2)

Mudah je nak datang. Taip jer “Cendol Power” atau “Laksa & Cendol Power”, mesti jumpa. Dan yang pasti, landmark lain ialah Pasar Borong Selangor atau simpang depan Giant Seri Kembangan.

CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (74)

Perniagaan Cendol Power di sini sebenarnya bukan baru tau. Dah setahun dah. Dan mereka turut ‘supply’ bahan-bahan cendol ini untuk peniaga-peniaga yang berminat melakukan perniagaan yang sama. Kalau korang pun berminat, boleh hubungi mereka di talian 0122358561.

MENU CENDOL POWER

Antara menu yang disediakan, semestinya lah Cendol! Haha.. Nah, Hannah Damia nak kenalkan untuk korang, apa yang ada di Cendol Power Seri Kembangan ini..

Haa. Dan yang tertanya harga, korang jangan risau. Harganya memang tak cekik darah langsung.

  • LAKSA – RM4
  • CENDOL BIASA – RM2
  • CENDOL KACANG/ JAGUNG/ PULUT – RM2. 50
  • CENDOL SPECIAL (KACANG+JAGUNG+PULUT) – RM3.50
  • CENDOL DURIAN – RM6 – RM7
  • CENDOL DOUBLE SPECIAL (SPECIAL+DURIAN) – RM7.50 – RM8.50
CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (75)

Ini pula pilihan Daddy… Cendol Durian. Nasib baik hidung Mommy boleh tahan bau hari tu. Haha. Tapi takdelah bau kuat sangat..

CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (2)

BIG CUP

  • CENDOL BIG CUP – RM4 (Murah giler!!)
  • CENDOL KACANG/JAGUNG/ PULUT BIG CUP -RM4.50
  • CENDOL SPECIAL (KACANG+JAGUNG+PULUT) BIG CUP – RM5.50
  • CENDOL DURIAN BIG CUP – RM9.00
  • CENDOL DOUBLE SPECIAL (SPECIAL+DURIAN) BIG CUP – RM10.50
CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (75)
Meleleh gaisssssss..

Puas hati sangat sebab cendol mereka ni ‘gemuk-gemuk’ belaka. Hiiii

CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (61)

Mommy kagum kenapa murah sangat? Especially yang BIG CUP size. Berbaloi gaiss.. Siap boleh tapau sebab tak dapat nak habiskan. Banyak giler!

CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (1)

LAKSA POWER!

Selain cendol, Mommy cuba Laksa Power ni. Sedap weh. Pedas tapi itu yang Mommy tak boleh henti makan. Untuk anak Mommy, Mommy tak letak cili padi lah.. Itu pun laju je si Ariq makan..

BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN
Semangkuk RM4 jer..

Kalau tak disebabkan cendol banyak nak cuba ni, rasanya Mommy akan repeat semangkuk lagi Laksa Power nih!

CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (3)
Hantu laksa tengah menikmati Laksa Power.. Huhuhu

Sebagai orang utara, Laksa ni bagi Mommy kira kick la dengan tekak Mommy. Orang zaman sekarang cakap PADU. Haaaa.. Jangan disamakan langsung dengan pasar malam yang ceroi tu.. Haish.. Nak kena repeat nih..

LOKASI CENDOL POWER

Kawasan bawah pokok, ditambah tiupan angin petang, buat Mommy rasa enjoy lepak sini. Anak-anak Mommy, lepas masing-masing dah kenyang, mula la buat aktiviti sendiri. Berkejaran sesama sendiri.

CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (72)

Apa pun, ibu bapa kena pantau lah juga ya. Walaupun tengah menikmati makanan sedap..

CENDOL POWER - BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN (72)
  • Menu : Cendol Biasa, Cendol Kacang, Cendol Jagung, Cendol Pulut, Cendol Durian, Cendol Big Cup, Laksa Utara
  • Harga Jualan: RM2 – RM10.50
  • Lokasi : Jalan LP 1, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
  • Waze / Google Map : “Cendol Power” atau “Laksa & Cendol Power”
  • Waktu operasi: Setiap hari / 11.30 pagi – 7 petang
  • Facebook : @CendolPowerPasarBorong
  • Instagram : www.instagram.com/cendol_power

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

9 thoughts on “CENDOL POWER – BEST CENDOL DI SERI KEMBANGAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!