Fri. Jan 17th, 2025

BILA SUAMI DAH TANYA..

gym

Mana entri latest Mommy? Ye.. Mood Mommy memang ke laut sangat-sangat. Plus sibuk apa pun tak tahu. Nak kata layan drama kpop ke, tak juga. Layan tv, drama si Husna tu pun masa sebelum tidur je. Ermmmm..

Macam mana nak ada entri santai selalu nih?

Huwaaaaaaaaaa..

Minggu lepas, Mommy start masuk gym. Cabarannya untuk dapatkan stamina. Tapi dalam masa yang sama, Mommy ke sauna juga.

Dan tak sangka, akibat Mommy ‘push’ sangat agaknya, Mommy sendiri yang suffer. Sampai kena simptom BPPV. Tapi selagi tak buat pemeriksaan kesihatan terperinci, Mommy tak boleh kata yang Mommy betul-betul suffer BPPV sebab ia ada kaitan dengan telinga. In fact, Mommy takde masalah tu..

Cuma, bila Mommy jumpa doktor dan nyatakan apa yang Mommy lalui, doktor cuma katakan ianya simptom BPPV.

Apa yang Mommy rasa?

Mommy rasa semua benda dalam rumah Mommy berpusing. Dan Mommy rasa nak menjunam. Seakan-akan nak pitam juga. Macam low blood kan?

Tapi bila dah sampai tahap pusing dan junam ni, doktor cakap ada 2 je kemungkinan. Pregnant atau BPPV. Sah la Mommy bukan pregnant. Datang bulan tanpa masalah..

Cuma jika masalah Mommy ni disertakan dengan masalah bunyi bingit, yang melibatkan telinga, dan perasaan seperti mual dan muntah, masa tu doktor sarankan untuk buat further check up.

Jadi, Mommy stop sekejap aktiviti gym Mommy.

Pergi gym bukan untuk kurus semata-mata. Sebab Mommy pun dah kurus. Cuma Mommy nak gain stamina. Rupanya dengan push pun, tak elok sangat..

Tapi, hati tetap rasa nak mula balik. Buat apa bayar maintenance rumah mahal-mahal, gym ada tapi tak digunakan? Hukhuk..

Adehlaaaa..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

4 thoughts on “BILA SUAMI DAH TANYA..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!